6. Sekeping Kad Nama

110 5 0
                                    

K berhenti membelek helaian Jurnal apabila dia ternampak sekeping kad nama terselit. AHMAD. Geoform. Jurutera. Lama K berfikir. Sejujurnya K tidak ingat nama yang tertulis di atas sekeping kad nama ini. Sebenarnya K mencari katalaluan yang pernah K catat di dalam jurnalnya sebelum ini. Untuk urusan rasmi K akan buat katalaluan yang berbeza supaya lebih selamat dan senaraikan katalaluan tersebut didalam jurnalnya. K melihat tarikh jurnal yang terselit kad nama Ahmad. Pertengahan Disember. Hujung tahun lepas. K selak muka surat seterusnya. Makan malam sempena krismas. K menghitung tempoh masa yang telah berlalu itu. Sekarang pertengahan Februari. K sudah ingat.

"Ya Allah! Macam mana aku boleh lupa?"

Makan Malam Krismas. K hanya menerima kad nama dari Ahmad dan K tidak membalas tindakan Ahmad kerana K tidak bawa kad namanya. " maaf, saya tak bawa kad nama saya," ujar K dengan sopan. Bukan K mengelak tapi kebetulan itu benar. Selalunya K ada simpanan dalam tas tangannya. Selepas Ahmad beri kad namanya pada K, dia terus beredar tanpa sempat K bertanya lebih. Kenapa Ahmad beri kad namanya. Untuk apa sebenarnya? Soalan-soalan itu hanya terapung di minda K tanpa jawapan.

K kembali ke meja makannya. Leo, Alpha, Kim, Chan dan Andy dari tadi asyik memandang K. Andy cepat-cepat merampas kad nama ditangan K sebelum sempat K simpan dalam tas tangannya.

"Ahmad, Electrical Engineer. Geoform," Andy membaca dengan kuat. Semua yang memasang dengan penuh perhatian. K buat muka. Dia kini menjadi sasaran Andy untuk diusik. Sekarang mereka ada cerita menarik dari K. K hanya menerangkan bahawa tentang fakta di dalam kad. Kisah K pernah berjumpa sebelum ini K tidak beritahu.

"I cannot find him in twitter." Ujar Andy sebaik sahaja K selesai bercerita tentang Ahmad.

"He's on Instagram," Sahut Chan. K tepuk dahi. Pertemuan mereka kini bertukar sesi "stalk" Ahmad. Leo, Kim dan Alpha sibuk ingin melihat profil Ahmad.

"facebook too." Leo sengih sambil menayangkan profil Ahmad di skrin phonennya.

"Let's be friend with him," sahut Andy.

"Request sent!," laju Chan membalas. K kelu. Kim dan Alpha hanya senyum.

"Why don't you try Linkedin too?" tambah K sarcastic sambil merampas kad nama Ahmad di tangan Andy. Perasaan K menjadi kacau. Pertamanya, ingin dia berterima kasih pada takdir kerana ditemukan semula dengan Ahmad. Siapa sangka dia akan bertemu lagi Ahmad dalam tempoh kurang 24 jam. Kedua, pada masa yang sama K ingin marah pada Ahmad kerana muncul dengan tiba-tiba. Muncul ketika dia bersama dengan sahabatnya. Kenapa Ahmad tidak menunggu kemudian. Ketiga, K juga geram pada sahabatnya kerana asyik mengusiknya.

Sahabat K tidak berhenti mengusik walaupun saat mereka berpisah. Adalah seminggu juga mereka sambung mengusik dalam group chat. Ada sahaja maklumat terbaru dikongsi oleh Andy, Leo dan Chan.

Andy : dia terima request aku di FB.

Leo: Dia follow aku balik di Instagram.

Chan: Dia dah backpacking ke New Zealand, Tokyo dan Thailand.

Andy: Dia ada 5 adik beradik, anak kedua.

Andy: Graduate RMIT university tapi kerja di Sydney, hampir dua tahun.

Andy: Dia belajar diploma di UniKL dan dua tahun bekerja di Malaysia.

Chan: Mungkin setahun tua dari K

Chan: Asal Keramat, KL tapi ada kampung di Kuantan dan Terengganu

Leo: Dia lebih suka badminton dari bola

K tidak melatah dengan setiap maklumat yang dia terima tentang Ahmad. K hanya membiarkan sahaja. Malah, selepas menerima kad nama dari Ahmad K terus simpan dalam jurnalnya. K lupa terus sehingga dia membuka kembali jurnalnya. K sebenarnya tidak mengerti apa maksud Ahmad dengan memberi K sekeping kad namanya. Adakah Ahmad ingin K menghubunginya. Tapi, untuk apa K menghubungi Ahmad. K tiada sebab yang kukuh.

Selepas pertemuannya dengan Ahmad dan makan malam sempena Krismas, K sangat sibuk dengan halnya kembali ke Malaysia. K mengambil keputusan dengan mendadak untuk kembali ke Malaysia kerana doktor menasihatkan K untuk pulang meluangkan masa dengan keluarga. Sebenarnya K mengalami kemurungan selepas Marisa berkahwin. Dia cuti 6 bulan tanpa gaji.

Telefon K berbunyi. Panggilan dari Marisa. K menarik senyumnya. Marisa seperti tahu K perlukannya sekarang. K menjawab panggilan dari Marisa dan terus bercerita tentang kad nama Ahmad. Seperti jangkaan K, Marisa menjerit kegembiraan dan pada masa yang memarahi K. Gembira kerana ada seseorang istimewa berjaya menarik perhatian K. Marah kerana K mengambil masa yang lama untuk bercerita kepada Marisa.

"apa lagi, cepatlah hubungi dia K," Marisa juga turut memberi sokongan pada K. K tidak memberi kata putus. Hatinya masih berbelah bahagi. Malu pun ada.

"nak cakap apa? Barangkali dia sudah lupa, Marisa," K seakan mengalah.

"belum buat lagi dah mengalah?"

"I am. 3 bulan macam-macam boleh jadi. Mana tahu dia dah kahwin. Lepas tu takkan tiba-tiba I contact Ahmad out of nowhere. Kalau dia dah kahwin, I might kacau bilaukan his marriage," terang K. Ya, dia risau kalau dia tersalah waktu dan tempat.

" intip la dulu pasal dia," ada saja idea dari Marisa.

"macam mana?" soal K kosong.

"kata your friend stalk dia sebelum ni. Suruh la diaorang stalk again,"

"segan," perlahan suara K menjawab. K masih belum yakin.

"segan ke malu, " usik Marisa.

"boleh percaya ke sumber media social ni?" K masih lagi ragu. Mengelak pun ya.

"bagi informasi Ahmad, let me contact him directly." Marisa memberi idea. Pada masa yang sama, Marisa ingin menyokong K untuk mengambil langkah pertama. Bukan salah pun, K sebagai perempuan memulakan perkenalan – perigi mencari timba.

"gila. Serius ke?" K seperti tidak percaya Marisa cuba membantunya.

"two source better than one, right?" K diam. Untuk apa dia buat semua ini? Hati K berperang. Apa yang dia inginkan sebenarnya? Adakah sebab dia tertarik pada Ahmad? K merenung kad nama Ahmad. Marisa menanti jawapan K.

"Marisa, biar aku ingatkan kau. Kita stalk dia bukan sebab aku suka dia. Tapi sebab aku nak tau kenapa dia bagi kad nama dia," Marisa hanya gelak dengan jawapan K. Marisa tidak mahu memaksa K mengaku perasaan hatinya. Biarlah setelah Ahmad berjaya dijejaki. Marisa tahu K takut patah hati dan tak mahu berharap. Emosi K perlu ditenangkan. Marisa tidak mahu K ditimpa kemurungan lagi. Sejak K kembali ke Malaysia, K semakin baik dan lebih gembira.

"baik, Mem. Jangan lupa bagitau your friend. Baik malu sekarang dari kemudian, K," Marisa cuba meyakinkan K dengan tindakannya adalah betul dan mahu K lebih positif. Sekarang K ada misi baru dan Marisa sangat teruja dengan keputusannya nanti. Harapnya ada berita baik!

Dia Lelaki RandomWhere stories live. Discover now