17. Dunia Baru Satu Perspektif

122 6 2
                                    

K merenung Ahmad yang sedang nyenyak tidur. Asar mendekat tetapi Ahmad belum Zuhur lagi. K gigit bibir. Berfikir. Bagaimana cara lagi untuk dia kejutkan Ahmad, si suami yang pernah dia gelarkan sebagai lelaki soleh. Ini tidak soleh kalau tidur tak bangun-bangun, Ahmad. 

K sudah pesan jangan tidur tetapi Ahmad tetap tidur. Ketika itu beberapa minit sebelum zuhur, konon mahu qailullah. K tahu qailullah tu sunnah tetapi qailullah Ahmad hampir ke waktu asar. Lagipun bila Ahmad tidur, dia akan tidur mati. Tidak kira bila dan dimana. Boleh saja dia tidur lena. 

"Encik Soleh, asar dah sampai," seru K dengan suara perlahan. Ahmad bergerak sedikit dan dia membuka mata separuh sedar. 

"Abang Soleh, belum zuhur lagi,"ujar K lagi. Ahmad buat muka bingung. K tunjuk jam. Ahmad mengalih mata ke arah jam. Sudah pukul 4. Serta-merta Ahmad bangkit. 

K menarik nafas lega. Tidak sangka Ahmad akan terjaga dengan mudah. Sebelum ini, bermacam cara K buat. Jerit kuat-kuat di telinga. Tiup mata Ahmad. Pasang alat penggera dan jam loceng. Pernah juga K sepak kaki Ahmad walaupun seperti kasar.Semua tidak berkesan. 

Pernah K bertanya pada ibu mentuanya ketika mula kahwin dulu, adakah Ahmad memang susah untuk bangun tidur? Jawab ibu mentuanya, dia tidak pernah kejutkan Ahmad sebab Ahmad akan bangun sendiri dan kadang-kadang Ahmad akan kejutkannya. Jawapan ini disokong oleh Kak Hawa dan Asiah. 

Bila K mengadu pada Marisa, bukan buka aib Ahmad cuma bertanya pendapat. Kata Marisa, ada dua pendapat. Pendapat yang pertama, perangai sebenar Ahmad baru terserlah. Perangai yang tidak dapat dikesan oleh ahli keluarganya tetapi hanya pasangannya sahaja tahu. Pendapat kedua, sikap atau tabiat baru muncul bila hidup bersama dengan pasangan. K tidak tahu pendapat mana yang betul untuk Ahmad. Lagipun mereka baru mendirikan rumah tangga. K dan Ahmad masih lagi dalam fasa mengenal hati budi, kekurangan dan kelebihan pasangan. 

"lepas asar, kita keluar. Maaf tadi tertidur," Ahmad sudah selesai solat zuhur. K hanya mengangguk. Dia masih berfikir tentang Ahmad yang tidur mati. Bagi K ia adalah satu-satunya perkara tentang yang dia tidak boleh terima. K sebenarnya tidak suka kejutkan orang bangun tidur. K sangat mudah terjaga. K akan terus terjaga kalau dia terdengar bunyi dan langsung tidak boleh tidur kalau tempat tersebut bising. Dalam kata lain, K adalah light sleeper. 

K menarik tali pinggang keledar. Ahmad sudah hidupkan enjin kereta. Mereka keluar untuk barang keperluan. Sebenarnya Ahmad janji untuk bawa K selepas zohor tetapi disebabkan Ahmad tidur sampai ke asar, jadual mereka juga turut beranjak. Kalau tidak pasti mereka sudah kembali ke rumah. 

Bukan Ahmad tidak tahu K kurang gemar keluar ikut waktu orang ramai. K tidak suka bersesak dengan orang ramai. Serabut. Nak membeli pun tidak tenang. Tetapi hari ini dikecualikan kerana mereka benar-benar kehabisan barang. Itu pun setelah Ahmad pujuk untuk belanja K makan nasi arab. 

"kita nak beli barang dapur je kan?"  tanya Ahmad sambil memandu. Jarak rumah dengan tempat membeli-belah mengambil masa 20 minit. Walaupun sekejap, Ahmad rasa pelik tidak mendengar suara K. 

"emmm," K hanya mengeluarkan suaranya. Tiada sepatah perkataan yang keluar. Matanya memandang jalan dihadapan. 

"lepas beli barang, ada nak singgah mana-mana tak?" tanya sekali lagi tidak puas hati dengan respond K. 

"tak," jawab K malas. Ahmad menoleh. Jari mengetuk stereng. Berfikir. Perlukan dia bertanya sekarang? Ahmad seperti tahu kenapa K bersikap begitu. K sedang merajuk. K juga sedang marah. 

"kenapa marah mesti diam?" Ahmad menembak soalan pada K. Dia sudah bersedia jikalau apa-apa yang berlaku sekarang. 

"sebab... suara saya macam itik.... kalau marah-marah," jawab K dengan lambat. Jelas setiap patah perkataan yang disebut. Ahmad mengangguk. Kini Ahmad tahu, bila K marah dia akan diam. Ahmad membiarkan keadaan sunyi dan sepi. Kipas penghawa dingin kereta juga boleh didengari. Mungkin dia patut biarkan K bertenang terlebih dahulu. 

Dia Lelaki RandomWhere stories live. Discover now