16. Resepsi

115 5 4
                                    

K senyum dan mengucapkan terima kasih pada salah seorang tetamu yang hadir majlis perkahwinannya dengan Ahmad. Majlis akad nikah dan kenduri berlangsung pada hari yang sama. Majlis akad nikah diadakan di masjid mukim pada sebelah pagi dan kenduri bermula pada tengah hari di kediaman K. 

K menarik nafas lega kerana majlis berjalan lancar. K akui bukan senang merancang dan menguruskan majlis perkahwinan. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Patutlah Marisa buat majlisnya secara tertutup. Bukan sahaja menjimatkan kos tetapi dia dapat mengelakkan konflik dikalangan ahli keluarganya. Lebih lagi apabila Marisa memilih Aaron sebagai pasangan hidupnya. Pasti lagi banyak dugaan dan cabaran yang dihadapi Marisa. 

Ahmad berlalu apabila Abah K memanggilnya. Abah K sedang gembira memperkenalkan menantu baru kepada kawannya yang hadir. K pula dipanggil oleh sepupunya bergambar bersama. Bermacam gaya mereka bergambar walaupun tiada pelamin. Hanya hiasan backdrop sahaja dihias untuk tetamu bergambar dengan pengantin. 

K masih ingat pada awal dia merancang majlis perkahwinannya, K bukan sahaja perlu berbincang dengan keluarga dan Ahmad tetapi dia perlu nasihat dari doktor. Ini kerana untuk mengelakkan K mengalami panick attack di majlis penting dalam hidupnya. Semua terpaksa mengikut kehendak K untuk mengadakan majlis yang sederhana dan terhad. Ketika itu K jadi sangat cerewet dan sensitif. K juga tidak lupa mengambil ubat sebelum majlis. 

K perasan banyak mata yang memandang pada tetamu yang baru sampai. K sengih. Kebetulan Ahmad sudah kembali ke sisinya. Leo, Andy, Chan, Kim dan Alpha menjadi perhatian. Jauh sahabatnya itu datang semata menghadiri majlis perkahwinan. K terharu. 

you getting married, K! -Leo

Leo orang yang pertama memberi reaksi apabila melihat kad jemputan yang dikongsi oleh K di dalam group chat. K tahu semua pasti terkejut. Leo, Andy, Chan, Kim dan Alpha adalah antara tetamu terawal yang K jemput. Sengaja K edarkan jemputan pada lima sahabatnya ini empat bulan lebih awal supaya lima sahabatnya ini akan save the date dan datang ke majlisnya. 

wow, with Ahmad. Is it the same Ahmad? - Andy

K juga tidak menyangka Andy masih ingat usikan tersebut walaupun perkara itu telah lama berlalu. K pun dengan rela hati bercerita pertemuan semula dia dengan Ahmad di lapangan terbang Sydney pada lima sahabatnya ini. 

Yes, the same Ahmad. No wonder, you asked me about him. *emoji muka smirk*  - Leo 

Leo pecah rahsia tentang K pernah bertanya pasal Ahmad beberapa bulan lepas. K hanya ketawa ketika membaca meseg tersebut. Kali ini dia terpaksa menerima dan mengaku apa saja yang bakal dipersoalkan oleh sahabatnya. 

why i don't know? I thought we are your friend, K.- Chan. 

Giliran Chan pula meluahkan rasa tidak puas hatinya. Kecil hati pun ya kerana diketepikan. 

Congrats, K. I and Alpha will come to your wedding - Kim.

Kim dan Alpha masih tidak berubah. Mengambil posisi berkecuali tetapi menyokong apa saja yang baik buat K. Alpha pernah mesej K beritahu tidak sangka jodoh K sampai dahulu sedangkan dia dan Kim sudah berpacaran hampir 4 tahun. K masih ingat pada awal Alpha dan Kim berpacaran, mereka tidak mahu berkahwin dan lebih selesa untuk tinggal bersama. Namun, apabila melihat K akan berkahwin Alpha sedikit cemburu kerana Alpha ingin meraikan hubungannya dengan Kim secara rasmi dan dia juga sedar kebaikan berkahwin dari menjadi pasangan kekasih yang tinggal bersama. 

K benar-benar tidak menyangka lima sahabatnya datang ke majlis perkahwinan dengan berpakaian batik. Mereka bukan sahaja berusaha datang dari Sydney tetapi juga memenuhi kod berpakaian majlis orang Islam. Memang mereka berjaya mencuri perhatian pada majlis K. 

"where you get that?" tegur K ketika lima sahabatnya datang menemuinya. Alpha menghulurkan hadiah dan disambut oleh adik K, Rahmah. Leo, Andy, Chan dan Kim berjabat tangan dengan Ahmad. 

"Andy," Ringkas Leo memberi jawapan. 

"Again, Congrats K! and you too, man!" ucap Chan dengan ceria. Selepas berbual seketika dengan K, lima sahabatnya ke meja hidangan untuk menjamu selera. 

Sekali lagi tetamu datang berjumpa dengan K dan Ahmad mengucapkan tahniah. "tahu tak mereka stalker sukarela?" kata K pada Ahmad. K yakin Ahmad tidak perasan sahabat K ada mengikuti Ahmad di sosial media. 

"stalker? stalker siapa?" balas Ahmad tidak faham. K ketawa. Betul lah tekaannya. 

"stalk awak untuk saya," jawab K malu. Ahmad turut gelak. K tidak dapat lari. Tetamu tidak putus datang berjumpa dengan mereka. 

"Mima, tahniah. Siapa lagi yang kau ajak?" Amani yang sudah selesai menjamu selera datang berbual dengan K. K perasan Ahmad memandangnya pelik. K hanya sempat kenalkan Amani sebagai rakan sekolahnya pada Ahmad. 

"errr..kau seorang je. Sebab aku ada nombor telefon kau je," ujar K dengan serba salah. K memang niat mengajak beberapa temannya yang lain. K masih ingat pada Hakimah,Husna dan Rafiqah. Mereka duduk semeja ketika majlis alumni tahun lepas. 

"eh, kau tak ajak dekat Fb ke?" tanya Amani terkejut. K geleng dengan senyuman paksa. Ahmad disebelah K hanya memasang telinga. Pertama kali bertemu dengan Amani. Dia masih belum biasa dengan keramahan Amani. 

"jemputan aku terhad. Aku ajak kau sebab aku masih simpan no kau. Orang lain aku tak sedar macam mana boleh terhilang," K memberi alasan. K sebenarnya cuba elak untuk jemput Adam sekali. Biarlah Amani seorang sahaja yang tahu. K percaya Amani akan menghebohkannya nanti. Amani secara tidak rasmi dah jadi ketua alumni untuk generasi K. 

"la...kenapa tak bagitahu. Aku boleh bagi," balas Amani bersahaja. 

"tak pe. Lagipun aku kelam kabut dengan persiapan. Banyak benda nak kena uruskan," ujar K dengan sedikit lega. Risau juga kalau Amani tanya macam-macam soalan lagi. K belum sedia untuk jawab soalan seterusnya. 

"ok lah. Kalau macam tu, aku balik dulu," Amani mengundur diri setelah selesai berbual dan bergambar dengan K dan Ahmad sebagai kenangan. 

"kenapa?" tanya Ahmad selepas Amani pergi. K memandang Ahmad. Tidak mengerti dengan soalan Ahmad. 

"kenapa tak ajak rakan sekolah?" sekali lagi Ahmad bertanya dengan soalan yang lebih jelas. K menelan air liur. 

"sebab saya memang tak da nombor mereka. Saya tak bersedia nak jumpa mereka lagi. Mereka bukan keutamaan saya sekarang," Mendengar jawapan K, Ahmad tidak bertanya lagi. Dia seperti faham apa maksud K tidak bersedia. Mungkin suatu hari K akan bercerita dengannya tentang perkara itu.  Ahmad mengenggam tangan K erat. Dia tidak mahu K patah semangat. 

Leo, Andy, Chan, Kim dan Alpha kembali bertemu dengan K dengan Ahmad. Mereka merakam beberapa keping gambar sebelum berpisah. Kata Leo, mereka gembira dapat menghadiri majlis perkahwinan K dan mengenali kampung asal K. Walaupun majlis K berlangsung pada musim perayaan tahun baru cina, ia tidak menghalang mereka untuk datang. Mereka sangat berbesar hati meraikan hari berbahagia K. 

"now, we are friends. No more stalker," Ahmad mencelah dengan nada bergurau. Leo, Andy dan Chan tergamam. Masing-masing memandang K dengan rasa tidak puas hati. Nampaknya K sudah pecah rahsia. K hanya ketawa. Seronok berjaya mengenakan sahabatnya itu. Bukan selalu. Lagipun, selalunya K jadi mangsa usikan mereka. Kali ini biarlah K pula berbuat begitu. 




Dia Lelaki RandomWhere stories live. Discover now