7. Jiwa Kacau

111 7 0
                                    

K menguak pintu bilik pakar psikologistnya, Rose. Dia ada temu janji dengan Rose setiap dua bulan. Ketika dia didiagnos sakit depressi dan anxiety pada peringkat awal dia sentiasa bertemu Rose setiap minggu. Setelah Rose melihat progress sakit K makin baik, Rose telah mengurangkan kekerapan temujanji mereka dari setiap minggu ke dua minggu sekali. Kemudian sebulan sekali dan akhirnya dua bulan sekali. Kalau ikut kiraan K, sudah hampir dua tahun dia menjadi pesakit Rose. K suka bertemu dengan Rose kerana Rose sangat memahami dan tidak memaksanya berbanding doktor sebelumnya. 

Seperti biasa, Rose akan menyapa dengan gembira dan mesra. "Hi K, how are you?" 

K pula, entah kenapa sesi kali ini tidak berjalan dengan baik. Sebaik saja mendengar suara Rose K terus menangis. Rose juga terkejut melihat reaksi K. selalunya K akan senyum membalas sapaan Rose dan akan mengawal debaran di hatinya. Jarang untuk K terus menangis begini. Memang setiap sesi K akan menangis cuma tidak seawal dia melihat wajah Rose. 

"sorry, I don't know what happened to me these days," ucap K sambil menerima huluran tisu dari Rose. Rose mula bertanya kenapa dan meminta K menerangkan apa yang terjadi. Rose sudah sedia untuk mendengar sambil menulis keterangan dari K. 

K cuba ingat kembali apa yang berlaku kepada dirinya. Ketika Marisa masih tinggal bersamanya, K rasa dia makin pulih. Dia semakin gembira walaupun personaliti mereka berbeza. Marisa adalah antara orang yang tahu tentang dia mengalami depressi dan anxiety. Marisa juga memahami dan sentiasa mendengar apa sahaja luahan rasa K. Cuma semenjak Marisa berumah tangga dengan Aaron, K rasa sunyi dan keseorangan. Sikapnya berubah sejak empat minggu lepas apabila Marisa pindah rumah Aaron. 

"bagaimana dengan kawan-kawan yang lain?"tanya Rose. Rose tahu tentang Marisa kerana K selalu bercerita dengan Rose. 

Selain Marisa, Leo, Alpha, Kim, Chan dan Andy antara kawan yang paling rapat. Cuma K jarang bercerita dengan mereka setelah tamat belajar. Malah, masing-masing sibuk dengan kerja. K tak mahu tambah masalah. Rakan sepejabatnya pula tidak tahu tentang sakitnya kecuali bosnya, Encik Martin. 

Penting untuk Encik Martin tahu kerana ia akan memberi kesan pada performance kerjanya. Sesi ini juga Encik Martin maklum dan membenarkan untuk K cuti sehari. Encik Martin juga perasan dengan perubahan sikap K yang kurang bersemangat dan seperti mayat hidup. Datang pejabat, buat kerja tanpa berhenti. Nasib Encik Martin tegas dengan waktu kerja, kalau tidak K mungkin akan tinggal terus di pejabat. 

"do you think you feel like this because of you jealous towards Marisa?" soal Rose lagi. K diam sejenak. 

Cemburu dengan Marisa? Cemburu sebab Marisa sudah berkahwin? Tak mungkin. K sebenarnya gembira Marisa bertemu jodoh. Cuma siapa sangka jodohnya datang dengan cara tak disangka. Mungkin sebenarnya K rasa sedih sebab tiada lagi yang menyambut kepulangannya? Tiada teman untuk makan bersama. Tiada teman untuk menonton movie bersama. Tiada teman yang sudi menegur dan mengusiknya. 

"do you have boyfriend?" Entah kali ke berapa Rose bertanya tentang teman lelaki K. K geleng. Hatinya ingin ketawa. Ada soalan akan ditanya beberapa kali. K berpendapat Rose mungkin terlupa atau Rose ingin kepastian. Mana tahu sesi lepas K tiada teman lelaki dan sesi kali ini K sudah bertemu jodoh. 

Memang K tidak pernah ada teman lelaki. Sama ada zaman sekolah atau zaman dia sudah bekerja. Bukan dia tak mahu tapi ayah pun tidak benarkan dia bercinta ketika belajar. Bila dah masuk alam bekerja pula K kurang bersosial. Dia asyik jumpa orang yang sama.  Andy pernah pasangkan K dengan Leo tapi Leo seperti tidak berminat. K pernah juga layankan usikan Andy tapi Leo bersikap hati batu. K akui Perwatakan Leo memang menarik  cuma rupa Leo tidak pernah buat hati K berdebar. Pada akhirnya  K dan Leo jadi teman biasa. Lagipula Leo bukan Islam, sama seperti Michael. Jadi mereka ada jurang dari segi agama dan bangsa. 

Michael pula hampir buat K jatuh hati. Namun, ia adalah amaran palsu. Bila fikir balik K baru sedar Michael melayan K dengan baik ketika waktu pejabat. K dan Michael tidak keluar bersama selepas waktu pejabat melainkan office dinner party. Itu pun sekali setahun. Maknanya selama ini K hanya perasan Michael juga tertarik dengannya. Lelaki melayu pun tidak suka kau apatah lagi lelaki asing, K. 

Bukan tiada. K baru saja terserempak dengan Lelaki Soleh tempoh hari. Melayu dan yang penting Islam. Kalau ayah tengok mesti bekenan. Cuma K hanya tahu dia asal dari Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Bekerja di Sydney sudah tentu sebab K bertemu Lelaki Soleh di atas keretaapi laluan Sydney - Newcastle. Adakah dia akan bertemu lagi? K tidak tahu. 

K tidak ceritakan pada Rose tentang Leo, Michael dan Lelaki Soleh. ketiga-tiga lelaki ini bukan teman lelaki K, jadi tidak perlu Rose tahu. Mereka adalah lelaki singgahan yang hadir dalam hidup K. 

"did you try to go out by yourself? do something make you happy?" Rose masih mencari sebab kemurungan K. K geleng lagi. 

"I don't feel to go out. I stop doing my hobby. I sleep a lot and did not enjoy doing anything. I feel like I dying," luah K. Air mata kembali merembes. K ambil tisu lagi. 

K juga berkongsi rutin harian K pada Rose. K masih pergi kerja seperti biasa. Cuma K kurang selera makan dan banyak tidur. K juga kurang bersemangat. Pekerjaan menjadi sebab untuk dia keluar. Bila hujung minggu, K akan bergelap dalam bilik. 

"are you homesick?" Rose cuba mencari sebab lain punca kemurungan K.

"I don't think so. I just came back from my break 6 weeks ago," K tidak setuju. Setelah beberapa tahun tinggal di Sydney, dia jarang rasa homesick.

"but have you travel other places apart of your home?" Rose mengorek dengan lebih dalam. Dia cuba meneroka apa yang boleh mengembalikan kegembiraan K.

"No. I never thought of that. I just go back to see my family. Besides I don't have any friend to travel together," Bosannya hidup K. 

"how long have you been working?" Rose kembali kepada soalan basic. 

"two years," pantas K menjawab. Dua tahun bekerja. Dua tahun belajar. Empat tahun sudah dia di sini. 

"and you never take a break. travel alone. See other parts of the world?" laju Rose memintas. 

"....yup. I never thought of doing that." jawab K lambat. 

"K, I think you feeling lonely now because Marisa is married. I know you try to adapt life without Marisa. You struggling with this life transition and you need time. what do you think, if I suggest you take a long break. go travel. alone. Find something that you enjoy the most," Rose memberi cadangan. 

"I'm not sure I can do that. I'm not confident," balas K ragu. Dia menjadi sangsi. Dia tidak yakin dengan kemampuan dirinya. Rose bangkit dari kerusi sesi kaunseling ke mejanya. 

"I will prepare a letter for your long break. I suggest having at least 6-month break. I will keep in touch with you and let me know the progress," kata Rose sambil menulis sesuatu. 

Rose memberi kata-kata semangat dan memaklumkan bahawa sesi satu jam mereka sudah tamat. Temu janji seterusnya dipercepatkan kepada minggu hadapan. K hanya akur. Sungguh hati dan fikirannya sangat celaru. 

Kembali dari sesi kaunseling, K berbincang dengan Encik Martin tentang keadaannya. Encik Martin meluluskan 6-bulan cuti tanpa gaji pada K. Ia bermula dari hujung tahun - cuti krismas sehingga bulan 6 tahun berikutnya. 

Selepas sesi kaunseling juga, takdir telah menemukan K dengan Lelaki Soleh ketika dia keluar makan tengahhari dengan Michael dan Susan. K juga menerima sekeping kad nama dari Lelaki Soleh. 

Sekarang, K sudah hampir 3 bulan bercuti di Malaysia dan dia masih belum mendapat apa-apa maklumat tentang Lelaki Soleh. RESAH!



published 25 Ramadhan 1438H / 10.6.2018 


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI pada pembaca

KULLU 'AM WA ANTUM BIKHAIR  ^_^

MOHON SHARE, COMMENT DAN VOTE

Dia Lelaki RandomTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon