Precious One [19]

Start from the beginning
                                    

Baru sahaja Taehyung hendak membuka hadiah pemberian Seulgi. Seulgi sudah merampasnya.

"Mian! Aku salah bagi kau hadiah. Mianhae! Ni untuk Irene" Katanya lalu meletak di atas ribanya. Taehyung dan Mark hanya memuncungkan bibir tanda tidak tahu sambil melihat antara satu sama lain.

Sebaik sahaja selesai menjamah hidangan. Seulgi membantu Puan Kim mengemas pinggan mangkuk pada atas meja. Manakala lelaki pula berada di ruang tamu sambil bermain game begitu juga dengan ayah Taehyung.

"Ahjumma! Ahjussi! Seulgi balik dulu" Jeritnya.

"Ne, pelan-pelan. Licin jalan tu" Balas Puan Kim.

"Arasseo" Seulgi pun mengatur langkah keluar. Kasutnya disarungkan terlebih dahulu. Tiba-tiba tangannya diraih oleh Taehyung, menahan Seulgi sebelum pergi. Seulgi sedikit terkejut lalu memandang Taehyung hairan. Jantungnya berdegup kencang apabila Taehyung mendekatinya. Dia terus menutup matanya. Tiba-tiba Taehyung membuka soalan.

"Hadiah tu aku punya kan?" Soalnya sambil melirik ke arah sekotak hadiah yang dipegangnya pada tangan kanannya. Dia bergumam sambil berfikir sejenak. Tanpa membuang masa. Taehyung merampasnya dari tangan Seulgi. Seulgi yang cuba menghalangnya akhirnya berhenti apabila Taehyung sudah membukanya terlebih dahulu. Tiket perlawanan bola Manchester United kelihatan. Taehyung memegangnya. Dia teringat akan soalan yang dilontarkan oleh Seulgi beberapa hari lepas. Seulgi hanya terdiam membisu. Hujung lengan bajunya diusik-usik manakala bawah bibirnya digigit.

"Kenapa kau tak bagi je aku?" Soal Taehyung.

"Kau tak suka nonton perlawanan bola sepak kan sebenarnya" Seulgi berkata dengan raut wajah rasa bersalah begitu juga sedih.

"Eo, tapi kau dah beli tiket ni. Tak kan nak buang? Lagipun aku boleh je menggambar kat stadium nanti" Dia cuba menaikkan semangat Seulgi. Senyuman Seulgi mulai mekar dihujung bibirnya.

"Malam ni pukul 7, aku tunggu kau depan rumah kau. Jangan lupa" Kata Seulgi sebelum berlari pulang. Ketawa gembiranya disepanjang jalan kuat kedengaran hingga ke dalam rumah Taehyung.

"Dah kenapa dengan dia tu?" Soal Mark yang tiba-tiba muncul disebalik pintu. Taehyung hanya mengangkat kedua tangannya tanda tidak tahu. Kemudian masuk ke dalam rumah semula.

_____________

[Asan Medical Centre]

Chorong yang dibuai mimpi tiba-tiba terkejut, apabila telefon miliknya berbunyi. Tombol hijau di tekan sebelum menyambut panggilan tersebut.

"Chorong-ah! Chorong dekat mana?" ~ Puan Park.

"Chorong dekat rumah kawan" ~ Chorong.

"Kenapa bilik Chorong macam ni?" ~ Puan Park.

"Eo? Mian eomma, Chorong kelam-kabut tadi. Nanti balik Chorong kemas eh" ~ Chorong.

"Takpelah, eomma dengan Youngja ahjumma boleh kemaskan" ~ Puan Park.

"Gomawo eomma!" ~ Chorong.

"Eo, jam berapa Chorong balik? Nanti eomma jemput" ~ Puan Park.

"Malam kot, banyak sangat assignment kitorang. Nanti kalau dah siap Chorong terus balik rumah. Eomma tak payahlah jemput Chorong" ~ Chorong.

"Arasseo" ~ Puan Park.

Setelah itu panggilan pun tamat. Chorong segera bangkit dari tempat tidurnya lalu menuju ke bilik Doktor Jin. Pintunya sempat diketuk sebelum mendapat sahutan darinya. Lantas dia menguak pintu tersebut dengan kadar segera. Kerusi dihadapan diduduki sebelum di pelawa.

"Eo, Chorong-ah? Dah rasa okay dah?" Doktor Jin menyoal.

"Ne, bila saya boleh balik doktor?" Dia menjawab sepatah kemudian menyoal.

"Bila dah rasa sihat. Langsung boleh balik" Jawabnya.

"Kalau macam tu, saya dah boleh balik sekarang lah kan?"

"Baring dekat katil tu dulu. Biar doktor check dah sihatkah belum" Chorong dengan segera menuju ke arah katil tersebut dengan berbaring. Doktor Jin mulai memeriksa keadaannya. Senyuman kecil terpampang pada wajahnya sambil berkata bahawa Chorong sudah boleh pulang. Gadis itu sudah tertawa riang sambil menggoyangkan kakinya. Tiba-tiba dia teringat akan sesuatu.

"Tapi...saya ada satu permintaan" Chorong berkata sambil mendekatkan wajahnya pada doktor Jin. Doktor Jin sudah kehairanan disitu lalu menyuruh Chorong memberitahunya permintaan itu. Dia melihat sekeliling terlebih dahulu sebelum bertanya.

"Doktor boleh tak pinjamkan saya duit? Doktor bawa saya pergi hospital ni sehelai sepinggang je dengan telefon saya. Doktor langsung tak bawa dompet saya. Macam mana saya nak bayar bil hospital dengan bayar tambang teksi nanti" Doktor Jin sudah ternganga mendengar permintaan gadis itu. Gadis itu sungguh pelik. Ianya membuatkan Jin tidak dapat menolak permintaannya itu.

"Arasseo, nanti doktor selesaikan bil hospital dengan tambang teksi kamu, okay?"

"Assa! Kamsahamnida Dr.Jin" Chorong menunduk hormat sebelum beredar dari situ.

Bajunya di ganti terlebih dahulu sebelum melangkah keluar dari hospital. Doktor Jin yang menunggunya dihadapan pintu utama terus membukakan pintu teksi untuknya.

"Jangan lupa, bagitahu keluarga kamu tentang kesihatan kamu. Semakin kamu tunda. Semakin buruk jadinya" Nasihat Doktor Jin.

"Arasseo Dr.Jin. Saya dah boleh gerak dah?" Dia menjawab sebelum menyoal. Doktor Jin hanya mengangguk.

"Gomawo!" Ujar Chorong tiba-tiba dengan nada yang sangat berterima-kasih. Doktor Jin sedikit tersentuh dengan satu perkataan yang keluar dari mulut gadis itu. Rasa simpati semakin menghantui dirinya. Dia tersenyum kecil sebelum menyuruh pemandu teksi itu untuk membawa Chorong pulang dengan selamat.

Seusai teksi itu bergerak. Air mata Chorong jatuh membasahi pipinya. Dia cuba untuk berpura-pura kuat di hadapan doktor Jin. Sedangkan dia takut dengan penyakitnya yang mulai merebak pada dirinya. Setiap kali berdepan dengan Doktor Jin, dia mulai memikirkan hari kematiannya. Apatah lagi tatapan Doktor Jin yang melihatnya dengan penuh bersimpati membuatkan dia semakin takut. Dia tahu bahawa lelaki itu sangat mengasihani pesakitnya ini sehinggakan sanggup menjaganya semalaman di wad nya.

_____________

[TBC]

Vote & Comment ❤️

[OG] SECOND CHANCE - 두번째 기회 [VRong] 💌Where stories live. Discover now