Muka Zara terus berubah. "Alololo..tak mau la marah marah macam ni. I saja nak bergurau dengan you. Hehehe.." kata Zara sambil duduk di atas riba Firdaus.

"I miss you so much.." bisik Zara ke telinga Firdaus dengan gaya menggoda.

Firdaus sudah menggigit bibir sambil tersengih melihat aksi nakal Zara. Dia terus mencium pipi Zara.

"Aip,nanti orang nampak macam mana? Nakal la you ni" kata Zara sambil memukul perlahan bahu Firdaus.

Firdaus hanya tergelak kecil.        "Biarlah orang nampak pun. You kan i punya"

"Banyaklah you punya" kata Zara sambil membuka butang baju Firdaus.

Firdaus sudah memandang nakal ke arah Zara. Zara adalah wanita yang paling dicintainya sekarang ni.

Hanis? Ah lantaklah...

Kedengaran pintu diketuk perlahan sebelum berhenti selepas mendengar isyarat Firdaus untuk masuk.

" Tuan,ada orang nak berjumpa dengan tuan. Dia kata urgent" kata Lana,setiausaha kepada Firdaus.

"Oh really? Perempuan ke?" Soalan Firdaus kepada Lana itu membuatkan Zara yang masih berada di atas riba Firdaus menoleh ke arah lelaki itu.

Dasar gatal!

Lana hanya mengangguk sambil memandang ke arah Zara. Dia sungguh janggal ketika ini kerana menyaksikan pasangan di depannya ini. Sungguh intim.

"Let her in" arah Firdaus sebelum mata memandang ke arah Zara yang sedang membuat muka cemberut. Jealous la tu!

"Baiklah tuan. Err cik.."

Wanita yang ingin berjumpa dengan bosnya itu menoleh sambil mengangkat kening.

"Cik boleh masuk sekarang" kata Lana sambil tersenyum. Pelbagai persoalan yang berada di mindanya. Siapa perempuan ni?

"Oh thanks puan" ujar wanita itu sambil tersenyum.

Bagaimana dia boleh tahu Lana itu 'puan'?

Sebab dia mengandung. Pfft.

Wanita itu terus melangkah masuk ke dalam pejabat Firdaus. Tetapi alangkah terkejutnya dia dengan apa yang dilihatnya.

Deringan telefon bimbit milik Hanis berbunyi nyaring menandakan ada orang sedang menelefon dia.

Nur Hanis mencapai telefon bimbitnya untuk melihat gerangan yang menelefonnya.

Matanya terus bercahaya. "Umi.."

"Assalamualaikum anak umi" sapa Puan Rozi.

"Waalaikummusalam umi. Umi sihat? Lamanya tak dengar suara umi. Rindu la Hanis" manja Nur Hanis bercakap dengan Puan Rozi.

Puan Rozi hanya tergelak kecil." Alhamdulilah,umi sihat..kalau rindu kenapa tak call umi? Lama umi tunggu anak umi ni call. Hanis sihat tak?" Ceria sahaja nada Puan Rozi.

"Hanis kurang sihat la umi" jawab Hanis dengan lemah. Sengaja ingin menarik perhatian wanita kesayangannya itu.

"Laa. Hanis sakit apa nak? Sejak bila? Macam mana boleh sakit? Dah jumpa doktor belum? Ha satu lagi,rehat cukup tak?" Bertubi tubi soalan yang keluar daripada mulut Puan Rozi.

Hanis hanya tergelak. Luculah umi ni.

"Hanis kena gastrik"

"Ya Rabbi. Macam mana boleh kena gastrik ni? Hanis tak makan ke nak? Ya Allah kamu ni Hanis,janganlah buat perangai" kata kata uminya itu menggeletek hatinya.

"Ewah ewah. Dah la sakit,ada hati pulak nak gelakkan orang ya? Sakit pulak hati kita" kata Puan Rozi berbaur gurauan. Dia sangat risau tentang kesihatan anaknya.

"Hanis okaylah umi. Hanis dah sihat sikit. Cuma sakit perutlah ada lagi. Tapi Insya Allah,cepatlah sembuhnya kalau umi doakan kesihatan Hanis" ujar Nur Hanis kepada Puan Rozi. Biasanya,kalau Nur Hanis tidak sihat,Puan Rozi lah yang sering menjaganya sehingga sembuh.

Dia amat merindukan wanita itu.

"Umi mana yang nak tengok anak dia sakit,Hanis oi. Umi sentiasa doakan kesihatan anak anak umi" ujar Puan Rozi.

"Okaylah umi. Hanis nak rehat ni. Nanti Insya Allah,Hanis call umi"

"Ha yelah. Kirim salam kat Lisa" Puan Rozi juga mengenali Melissa disebabkan kebaikannya yang sering dihulurkan sewaktu Nur Hanis dan keluarga susah.

"Insya Allah. Kirim salam kat abah dengan abang Luq ya"

"Yelah. Assalamualaikum"

"Waalaikummusalam" Nur Hanis menamatkan panggilan. Dia kembali berbaring sambil merenung siling atas di biliknya.

"Huh..kalau awak ada dekat sisi saya. Saya jamin saya akan terus sihat. Firdaus.. "

*************

Rahsia Takdir Antara Kita Donde viven las historias. Descúbrelo ahora