Seventeen

169 9 1
                                    

  Taehyung dan Mingyu terdengar suara jeritan Sowon dan terus berlari sepantas kilat. Sebaik sahaja tiba di sana, Taehyung dan Mingyu mula rasa tidak sedap hati selepas ternampak seorang perempuan sedang melutut dan meriba seorang lagi perempuan. Mereka berdua yakin itu ialah Sowon dan Sujeong tetapi mereka tidak tahu siapalah yang sedang melutut itu kerana dari belakang Sowon dan Sujeong kelihatan serupa. Perempuan yang melutut itu menangis teresak-esak. Melalui suara tangisan itu sahaja Taehyung sudah tahu siapakah perempuan itu. "S-S-Sujeong?" Sujeong toleh ke belakang selepas terdengar namanya diseru. "Sowon.... Sowon...." Sujeong tidak sanggup menghabiskan ayatnya. Mingyu menghampiri Sujeong lalu bertanya "Kenapa dengan Sowon, Sujeong?!" "Sowon dah takde. Dia dilanggar ketika dia cuba selamatkan saya daripada dirempuh sebuah kereta". Taehyung dan Mingyu amatlah terkejut sehingga mereka hilang kata-kata.

  "Sowon dah takde?" Taehyung rebah ke bumi. Lututnya terasa sangat lemah. Ternyata perempuan yang terbaring di atas riba Sujeong adalah Sowon. Sowon menjadi mangsa langgar lari ketika dia cuba selamatkan Sujeong. Sujeong pula dihujani rasa bersalah kerana nyawa Sowon melayang disebabkan kedegilannya. Sujeong bangun dan meletakkan Sowon yang sudah terkulai layu di atas riba Taehyung. Sujeong pula memeluk Mingyu yang baru sahaja selesai menghubungi ambulans. Sujeong tidak boleh berhenti menangis. Mingyu cuba menenangkan Sujeong walaupun dia sendiri terasa amat sedih akan kehilangan Sowon. "Awak datang dan pergi terlalu cepat Sowon. Saya belum puas lagi luangkan masa bersama awak tapi saya redha ketentuan takdir. Saya gembira saya dapat jadi boyfriend awak walaupun pada awalnya perasaan saya pada awak hanyalah palsu. I'm sorry and I love you Sowon" lafaz Taehyung sambil mengusap kepala Sowon buat kali terakhir. 

Fake Love [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now