Three

164 12 0
                                    

  "Sebab itulah dia nampak macam aku versi perempuan" jawab Mingyu. "Kan bagus kalau ada Taehyung versi perempuan jugak" "Taehyung versi perempuan? Cukuplah ada satu sahaja Taehyung dalam dunia ni. Aku tak sanggup dah melayan karenah Taehyung yang lain tak kisahlah dia Taehyung versi perempuan ke Taehyung versi bapok ke" kata Mingyu spontan lalu mempercepatkan langkahnya. "Main lawak kasar nampak" Taehyung terus mendapatkan Mingyu lalu memicit-micit bahu Mingyu. Usai membeli makanan yang digemari, mereka berempat duduk bersama. Taehyung duduk di hadapan Sowon. Mingyu pula duduk di hadapan Sujeong. Ketika mereka sedang menjamu selera, Sujeong perasan Sowon asyik curi pandang Taehyung sejak tadi. Taehyung pula sudah tentu tidak menyedari tentang itu. 5 minit sebelum waktu rehat tamat, Taehyung dan Mingyu sudah kembali ke kelas. Sujeong pula menemani Sowon ke tandas.

  Usai membuang air kecil, Sowon terus pergi ke sinki untuk membasuh tangannya. Sujeong juga berada di sebelahnya. "Awak rasa Taehyung tu orang yang macam mana?" tanya Sujeong tiba-tiba. Sowon sedikit terperanjat. "Kenapa awak tanya saya? Awak kan kawan baik dia. Sepatutnya awak lebih tahu" kata Sowon sambil membetulkan rambutnya. "Maksud saya, apa first impression awak terhadap Taehyung?" tanya Sujeong dengan lebih jelas. "Ohhh first impression. Saya rasa dia kelakar dan cool" jawab Sowon. "Yang kelakar tu saya setuju tapi cool tu, tak. Dia tak cool lah. Dia lebih kepada kelam-kabut" kata Sujeong. "Okay itu betul" kata Sowon sambil ketawa besar. Keesokan harinya, Sowon antara tiga pelajar terawal yang tiba di kelas A2. Memandangkan tiada ramai orang, Sowon mengambil kesempatan itu untuk membersihkan kelas. Dia mencapai penyapu dan mula menyapu lantai.

  5 minit kemudian, Taehyung pun tiba. "Rajin betul kawan baru kita seorang ni" kata Taehyung sebaik sahaja ternampak Sowon sedang khusyuk menyapu sampah. "Awak rupanya Taehyung. Selamat pagi" sapa Sowon dengan penuh mesra. "Selamat pagi Sowon. Awal betul awak sampai hari ni" "Saya dah biasa datang awal ke sekolah sejak sekolah rendah lagi Taehyung. Sebab itulah sampai sekarang saya dah terbiasa. Saya suka datang awal pun sebab saya nak pastikan kelas bersih sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula. Saya tak suka belajar dalam keadaan kelas kotor" terang Sowon. Dia masih sibuk menyapu sampah. "Baguslah awak ni Sowon. Awak rajin, tak macam pelajar lain. Pelajar lain pemalas. Bila kena bersihkan kelas je semua jadi lemau" ujar Taehyung. "Adakah awak termasuk dalam kalangan pelajar lain jugak?" Sowon sengaja menyakat Taehyung.

 "Tepat sekali" kata Taehyung sambil tersenyum janggal. Sowon hanya mampu ketawa. "Awak pun datang awal harini. Semalam bukan kemain lewat awak datang" "Saya selalu datang awal lah Sowon. Cuma semalam saya terlewat sikit sebab ada hal" maklum Taehyung. "Jadi kiranya awak pelajar lelaki yang selalu datang awal lah?" tanya Sowon lagi sambil membuang sampah yang disapunya ke dalam tong sampah di belakang kelas. "Ya sebab saya nak tidur setengah jam sebelum kelas bermula. Sebab itulah saya selalu datang awal" Sowon tertawa mendengar jawapan Taehyung. Dia langsung tidak menjangkakan itu akan berlaku. 10 minit sebelum waktu rehat tamat, Taehyung, Sujeong, Mingyu, dan Sowon masuk ke kelas lebih awal. Mereka berempat mahu berbincang sesuatu. "Esok ada koko sukan dan permainan jadi awak dah pilih kelab permainan mana yang awak nak sertai?" tanya Sujeong.  

Fake Love [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now