Six

127 11 0
                                    

  Apabila Sujeong ke kiri, Taehyung ke kiri. Apabila Sujeong ke kanan, Taehyung ikut ke kanan. Sujeong menarik nafas dalam-dalam dan berkata "Saya maafkan awak Taehyung. Saya pun nak mintak maaf jugak sebab pedulikan awak selama dua hari ni. Maaf kalau perangai saya buat awak terluka atau tersinggung" Taehyung mengusap kepala Sujeong dengan lembut dan berkata "It's okay Sujeong. Saya sikit pun tak terasa hati" "Emmm esok kita keluar makan sama-sama nak tak? Kita ajak Sowon dan Mingyu sekali" cadang Sujeong. "Ok no hal tapi awak kenalah ajak Sowon sendiri. Saya terlupa nak mintak nombor dia" kata Taehyung. Keesokan harinya, pada pagi sabtu yang indah, Sujeong dan Sowon tiba dahulu di tempat perhentian bas berhampiran BBA. Mereka berempat perlu berkumpul di situ sebelum bertolak ke sebuah pusat beli-belah. Mereka mahu membeli-belah dahulu sebelum makan tengahari.

  Sementara menunggu kehadiran Taehyung dan Mingyu, Sujeong dan Sowon berbual kosong. "Sujeong, saya nak tanya sesuatu boleh?" "Apa dia?" "Taehyung ada girlfriend tak?" soalan Sowon hampir membuatkan Sujeong ketawa. "Dia forever alone. Dia tak pernah ada girlfriend" "Mingyu pulak?" Riak wajah Sujeong berubah apabila Sowon bertanya mengenai Mingyu. "Dia pun sama je macam Taehyung. Tak pernah ada girlfriend. Kenapa? Awak nak try Mingyu ke?" sakat Sujeong. "Ehhh taklah. Saya tak suka Mingyu tapi Taehyung...." muka Sowon bertukar merah. Sujeong terkejut. "Awak suka Taehyung?!" "M-M-Mana ada. Saya suka k-k-kawan dengan dia je" Sowon tiba-tiba gagap. Mukanya masih merah. "Jangan tipu sayalah Sowon. Walaupun saya baru kenal awak 6 hari, saya tahu awak memang suka Taehyung. Saya sendiri perempuan jadi saya tahu perangai perempuan lain bila berhadapan dengan crushnya macam mana"

  "Baiklah saya mengaku saya memang suka Taehyung tapi tolong jangan bagitahu dia, Mingyu atau sesiapun pun tau. Biar awak seorang je yang tahu" rayu Sowon. "Baiklah saya janji takkan bagitahu sesiapa. Tapi awak kenalah bertindak pantas. Risau pulak awak melepas nanti" kata Sujeong. "Saya tak boleh tergesa-gesalah Sujeong. Kitorang kan baru kenal. Saya kena approach dia dengan hati-hati" kata Sowon pula. "Baiklah, memandangkan saya memang rapat dengan Taehyung, saya boleh bantu awak menangi hati dia" Sujeong menawarkan dirinya. Sowon tersenyum lebar dan mula menanyakan pelbagai soalan mengenai Taehyung kepada Sujeong. Beberapa minit kemudian, Taehyung dan Mingyu pun tiba bersama motosikal berkuasa tinggi masing-masing. Sebaik sahaja ternampak kelibat Taehyung, Sowon terus berpura-pura seolah-olah dia tidak pernah bercakap mengenai Taehyung dengan Sujeong sebelum ini. Dia tidak mahu pecah tembelang. Sujeong pun begitu.

  Di sebuah pusat beli-belah;Sowon dan Sujeong masuk ke kedai pakaian dalaman wanita untuk membeli apa yang patut. Mingyu dan Taehyung pula duduk di bangku kayu yang disediakan di hadapan kedai tersebut tetapi mereka memandang tempat lain. Mereka langsung tidak memandang kedai tersebut. "Kenapalah diorang berdua datang ke sini waktu keluar dengan kita" keluh Mingyu. "Mingyu, aku nak tanya kau sesuatu boleh?" "Apa dia?" "Bagi kau Sujeong tu apa?" "Apa ke pelik betul soalan kau Taehyung. Sudah terang lagi bersuluh Sujeong tu kawan baik aku" "Kau sayang dia tak?" "Mestilah sayang tapi sebagai kawan baik je lah. Kenapa tanya?" tanya Mingyu pula. Taehyung menggeleng. Dia sengaja tidak menjawab soalan Mingyu. Sujeong dan Sowon baru sahaja keluar dari kedai tersebut. Sujeong ternampak Taehyung dan Mingyu duduk menghadap ke belakang.     

Fake Love [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now