Seven

124 8 0
                                    

  Oleh itu, Sujeong mengambil kesempatan untuk mengejutkan Taehyung dan Mingyu. Sujeong menghampiri mereka berdua dengan berhati-hati. "Arghhh!" sergah Sujeong. Taehyung dan Mingyu amatlah terkejut. Mujurlah mereka berdua tidak terjatuh dari bangku kayu tersebut. Sowon geli hati melihat gelagat mereka bertiga. "Awak ni buat saya terkejutlah Sujeong. Nasib baik saya tak kena heart attack" marah Mingyu. "Sowie Mingyu" kata Sujeong sambil membuat muka comelnya. "Jadi ada tak benda yang awak cari?" tanya Taehyung kepada Sowon. Sowon menggeleng dan berkata "Saiz yang saya nak takde" "Oh awak pakai saiz apa?" tanya Taehyung spontan. "Tak payahlah tanya" kata Sujeong sambil menarik telinga Taehyung. "Aduh sakit sakit sakit!" Taehyung mengaduh kesakitan. Selepas puas cuci mata dan beli apa yang mereka mahu, mereka berempat menuju ke medan selera. "Korang nak makan apa?" tanya Sujeong.

  "Chicken chop" "Chicken chop!" jawab Sowon dan Taehyung serentak dengan nada yang berbeza. Sowon tertunduk malu. Dia tidak menyangka Taehyung pun suka makan chicken chop. "Awak pulak Mingyu?" tanya Sujeong lagi. "Samalah" jawab Mingyu pendek. "Dah semua makan chicken chop, saya pun nak makan chicken choplah" kata Sujeong sambil bangun dari kerusinya. Dia mahu membuat pesanan. "Sowon awak nak minum apa? Saya nak pergi order air ni" tanya Mingyu pula. "Teh ais" jawab Sowon. "Kau tanya Sowon seorang je? Aku kau tak nak tanya?" sampuk Taehyung, "Aku kenal kau lamalah Taehyung. Aku tahu kau nak minum apa" kata Mingyu dan terus berlalu pergi. "T-T-Taehyung. Nak tak selfie dengan saya?" pinta Sowon tiba-tiba. "Boleh saja" Taehyung menghampiri Sowon. Semakin lama semakin dekat muka Taehyung dengan muka Sowon.

  Pada saat itu, jantung Sowon dup dap dup dap dengan begitu kencang. Dia cuba kawal pernafasannya supaya Taehyung tidak mengesyaki apa-apa. Namun dia tidak dapat mengawal tangannya yang mengigil. "Kenapa awak menggigil? Awak kesejukan ke?" tanya Taehyung menahan ketawa. Sowon menggeleng pantas. Mukanya juga nampak tidak tenang. "Mehh sini biar saya ambil gambar kita" Taehyung mahu mengambil telefon bimbit Sowon daripada tangan Sowon dan secara tidak sengaja dia terpegang jari Sowon. Sowon yang teruja berusaha sedaya-upaya menahan dirinya daripada menjerit. Malam hari yang sama, Sowon berguling-guling di atas katilnya sambil melihat gambar swafoto yang diambilnya bersama Taehyung tengahari tadi. Senyuman tidak pernah lekang daripada bibir Sowon setiap kali dia memandang gambar swafoto itu. Satu gambar itu sahaja sudah cukup membuatkannya dia tersenyum seperti orang gila. Dia tidak mampu menyembunyikan perasaan gembiranya.

Sementara itu, di rumah Sujeong; Sujeong juga berguling-guling di atas katilnya. Dia sedang ligat memikirkan sesuatu. "Sekarang aku dah tahu yang Sowon suka Taehyung dan aku kena pastikan yang Taehyung akan jatuh hati pada Sowon. Masalahnya sekarang macam mana aku nak menangi hati Mingyu pulak?" bisik hati kecil Sujeong. Tiba-tiba dia teringatkan kata-kata Taehyung beberapa hari yang lalu. "Sujeong, kalau awak mahu menangi hati Mingyu, saya boleh bantu awak...... patut ke aku minta bantuan Taehyung?". Keesokan harinya, Sujeong pergi ke rumah Taehyung untuk berbincang sesuatu. Walaupun Sujeong berat mulut pada awalnya, dia tetap perlu meminta bantuan Taehyung. "Jadi awak nak saya bantu awak menangi hati Mingyu? Itu kerja senang Sujeong. No hal lah" kata Taehyung. Sujeong tersenyum lebar. Tangannya automatis memegang kedua-dua belah tangan Taehyung. Taehyung sedikit terperanjat.  

Fake Love [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now