Twelve

105 8 0
                                    

  "Awak perlu lakukan semua itu untuk Taehyung dan Sujeong sendiri" pesan Sowon. Beberapa hari kemudian, hubungan mereka berempat masih renggang. Masing-masing hanya berbual dengan Sowon sahaja. Pada suatu hari, Sowon keluar bersama Taehyung kerana Taehyung mengajaknya. Mereka berdua pergi ke sebuah taman permainan. Sebaik sahaja duduk di buaian masing-masing, Taehyung membuka bicara. "Mingyu macam mana? Dia okay?" "Dia okay je. Dia nampak lebih ceria daripada sebelum ni" jawab Sowon. Taehyung hanya mengangguk. "Kenapa awak tak tanya dia sendiri?" soal Sowon semula. "Saya malu berhadapan dengan dia Sowon. Saya rasa kekok, tak tahu kenapa" jawab Taehyung pantas. Sowon termenung seketika memikirkan sesuatu. Taehyung pula merenung Sowon lama. "Kenapa awak pandang saya macam tu?" tanyanya. "Salah ke kalau saya pandang girlfriend saya sendiri?" tanya Taehyung semula. Sowon tersipu malu.

  "Maaf bertanya tapi betul ke awak dah boleh terima saya sebagai girlfriend awak sepenuhnya?" tanya Sowon tiba-tiba. "Saya rasa ya. Sebab bila hari-hari saya luangkan masa dengan awak di sekolah saya rasa selesa dan seronok. Walaupun pada awalnya saya rasa kekok gila" jawab Taehyung. "Baguslah kalau macam tu. Saya harap Mingyu pun macam awaklah, dapat terima orang yang dia tak suka" "Siapa cakap saya tak suka awak? Sejujurnya saya pun suka awak walaupun sikit. Saya suka awak sebab awak rajin, peramah, sentiasa positif, dan paling penting, awak selalu berikan kata-kata semangat kepada kami bertiga masa kami tengah down. Sebab itulah saya suka awak walaupun perasaan tu tak sebesar perasaan saya pada Sujeong" Sowon tersenyum lebar mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Taehyung. Dia tidak pernah menyangka Taehyung juga menyukai dirinya sebelum ini.

  "Jadi sebab itulah awak dapat terima saya walaupun hati dan perasaan awak pada Sujeong?" Sowon inginkan kepastian. Taehyung bangun dari buaiannya dan terus pergi ke belakang buaian Sowon. Dia memegang tangan Sowon yang memegang tali buaian. Dia mula menghayunkan Sowon. "Boleh tak kita jangan cakap pasal Sujeong atau Mingyu sekarang? Sekarang masa kita jadi kita patut cakap pasal kita sahaja" pinta Taehyung. "Baiklah!" kata Sowon dengan nada ceria. Sejak hari itu. hubungan Taehyung dan Sowon bertambah akrab. Taehyung sudah dapat menerima Sowon dalam hidupnya. Mingyu masih lagi cuba memberi peluang kepada Sujeong. Walaupun pada awalnya segala-galanya amat sukar bagi Mingyu, namun lama-kelamaan dia dapat juga terima Sujeong dalam hidupnya. Kini hubungan mereka berempat bertambah erat dan lebih baik daripada dulu. Mereka juga bertekad untuk lupakan kisah lama.

  Pada suatu hari, Taehyung dan Mingyu hadir ke sekolah bersama-sama. Itulah kali pertama mereka berdua hadir ke sekolah bersama-sama selepas 6 bulan bersekolah di BBA. Itupun secara tidak sengaja. Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kelas, Taehyung perasan Sujeong sedang berdiri di tepi Sowon yang sedang letakkan kepalanya di atas meja. Entah mengapa Taehyung berasa tidak sedap hati. Taehyung mempercepatkan langkahnya lalu mendapatkan Sujeong. "Kenapa dengan Sowon?" tanya Taehyung kepada Sujeong. "Saya pun tak tahulah Taehyung. Selepas dia bersihkan kelas, dia terus tidur dan tak bangun-bangun sampai sekarang. Dah banyak kali saya kejut dia tapi dia tak bangun" jawab Sujeong. Taehyung cuba mengejutkan Sowon beberapa kali tetapi Sowon tetap tidak bangun. Taehyung menyelak rambut panjang Sowon yang menutupi leher Sowon. Dia meletakkan belakang tangannya untuk memeriksa suhu badan Sowon. 

Fake Love [Malay Fanfic]Место, где живут истории. Откройте их для себя