Sixteen

118 9 0
                                    

  Taehyung pula terjatuh ke bawah kerana Sowon bangun mengejut dan ketika itu juga Taehyung berada di atas. "Aduh sakitnya punggung aku" Taehyung menggosok-gosok punggungnya. Belum sempat Mingyu pergi lebih jauh, Sowon sudah menghalangnya. Dia memegang lengan Mingyu dan menarik Mingyu lebih dekat. "Pergi beritahu dia apa yang awak nak. Inilah masanya" bisik Sowon pada telinga Mingyu. Sujeong pula memerhatikan sahaja gelagat aneh Mingyu dan Sowon. Matanya terkebil-kebil. Mingyu toleh ke belakang untuk bercakap sesuatu dengan Sujeong. Taehyung pula mendapatkan Sowon dan berdiri di sebelahnya. "Sujeong, saya nak cakap sesuatu dengan awak" "Cakaplah". Mingyu menghela nafas berat dan berkata "Boleh tak kalau kita kembali kepada kita yang dulu?" "Ha? Apa maksud awak?" Sujeong langsung tidak mengerti. "Biar saya berterus-terang sahaja dengan awak. Saya tak nak kita jadi pasangan kekasih lagi"

  "Saya tak nak jadi boyfriend awak. Saya tak nak awak jadi girlfriend saya. Saya nak kita jadi macam dulu" lafaz Mingyu. Sujeong tergamam. Dia sendiri tidak percaya dengan apa yang didengarnya. "Tapi kenapa Mingyu kenapa? Saya sangka awak dah terima saya sepenuhnya" tanyanya. "Ya saya memang terima awak sebagai girlfriend saya tetapi sampai ke detik ini saya masih boleh tak boleh terima cinta awak" jelas Mingyu. "Tapi kenapa selama ni dan tadi awak layan saya dengan baik dan mesra? Awak layan saya bagaikan seorang puteri. Saya sangka awak betul-betul cintakan saya dan boleh terima saya dalam hidup awak. Tapi ternyata saya silap. Awak hanya bermain dengan saya bagaikan saya ni anak patung awak. Sampai hati awak Mingyu" Sujeong tidak mampu menahan sedihnya lagi. Air matanya berlinangan membasahi pipi.

  "Tapi Sujeong saya----" "Cukup Mingyu cukup! Saya tak nak dengar apa-apa lagi! Kalau itu yang mahukan saya boleh berikan. Mulai saat ini saya bukan girlfriend mahupun kawan baik awak lagi. Saya tak nak awak sayang saya walaupun hanya sebagai kawan baik awak. I'm so sick of this fake love" lafaz Sujeong buat kali terakhir sebelum berlari menuju ke skuternya. Taehyung mendapatkan Mingyu dan berkata "Kita kena hentikan Sujeong! Kita tak boleh biarkan dia tunggang dalam keadaan macam tu!" Mingyu langsung tidak memberi respon. Emosi dan fikirannya amatlah terganggu ketika itu. Dia langsung tidak dapat berfikir dengan betul. Pada waktu yang sama juga, Sowon sudah mengejar Sujeong. Dia juga tidak mahu Sujeong pulang dalam keadaan emosi yang tidak stabil. Sujeong boleh terlibat dalam kemalangan sekiranya dia menunggang dalam keadaan sedemikian.

  Sementara Taehyung masih 'bergelut' dengan Mingyu. Sowon sudah berjaya mendapatkan Sujeong. Dia cuba sedaya-upaya menghalang Sujeong dari pulang. "Lepaskan saya!" "Saya tak boleh benarkan awak pulang dalam keadaan begini. Awak perlu tenangkan diri dulu Sujeong!" "Saya tak peduli semua tu! Saya nak balik sekarang jugak! Saya dah penat dengan semua ni!" "Saya boleh hantar awak balik kalau awak nak" kata Sowon. Sujeong dan Sowon masih bergelut di tepi jalan raya kerana di situlah mereka meletakkan motosikal dan skuter masing-masing. Berlaku sedikit aksi tolak-menolak yang berbahaya kerana masing-masing tidak mahu mengalah. Pada waktu yang sama, sebuah kereta sedang memecut laju ke arah Sujeong dan Sowon tetapi mereka berdua tidak perasan. "Sujeong hati-hati!" jerit Sowon sekuat hati apabila ternampak sebuah kereta berwarna biru meluru pantas ke arah Sujeong yang kebetulan berada di tengah jalan.  

Fake Love [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now