82. Irene dan Viez?

4.9K 350 37
                                    

Gotham dan black beast semakin berkurangan. Medan perang tidak ubah seperti padang jarak terkukur. Tandus saja. Hanya dibasahi darah merah dan hitam yang membentuk lopak air. Saki baki yang masih tinggal masih lagi sedang beradu tenaga. Tidak banyak, yang ada hanyalah besar setanding white beast.

Drycon memuntahkan wap sejuk. Membeku black beast ular bertanduk dua sebelum pecah menjadi serpihan kecil. Tubuh direndahkan sedikit dan mendarat dengan kemas. Irene melompat turun. Kepala dipegang. Masih lagi terasa sakit akibat pukulan Viez sebentar tadi.  Aduh!

White beast mendarat di atas tanah. Medan perang sudah pun bersih dari gotham mahupun black beast. Yang ada hanyalah mayat-mayat bersepah dan cebisan daging diserata tempat. Hujan yang lebat kini semakin reda. 

"Mana mereka semua?" Ryan menyoal sambil mata meliar ke seluruh kawasan.

"Mereka semua hantar Raja Surez ke pusat perubatan." balas Rena. Tadi baru saja dia melihat Raja Surez di bawa pergi dari sini.

Irene berdiri sambil bercekak pingang. Mata membuang pandangan pada keadaan sekeliling.  Pintu gerbang sudah hancur kerana impak dari peperangan. Negara Verillend hampir saja di ranap oleh musuh. Bukan hampir! Sudah kena dah pun tetapi tidak terlalu teruk. Menurut berita yang dia dapat, ada gotham dan black beast yang berjaya memecah masuk.

"Semuanya sudah berakhir?" Erina berada ditengah-tengah bersuara.

"Ya, semua berakhir." balas Irene.

"Tak ada lagi perang? Tak ada lagi kejahatan?" Alice mencelah.

"Itu aku tak pasti. Orang jahat ada dimana-mana." balas Irene dengan suara kurang yakin.

"Kita bina kerajaan sama-sama?" cadang Rena. Satu persatu rakan diperhatikan. Meraih jawapan mereka.

"Itulah yang aku harapkan." balas Ryan tersenyum.

"Tak ada hal, barulah negara kita kuat nanti" Viez menyokong. Erina dan Alice sudah berpandangan sesama sendiri. Bab pemerintahan manalah mereka tahu selama ini. Tak ambil peduli pun sebelum ini.

"Ya guys, kita bina kerajaan bersama!" ujar Irene lantang. Mereka semua hanya tersenyum.

"Kau orang semua balik ke negara masing-masing. Tengok keadaan disana macam mana. Aku rasa dekat sana lagi teruk." cadang Ryan. Mereka hanya mengangguk sebelum satu persatu beredar dari situ bersama white beast.

Kini hanya tinggal Viez dan Irene di situ. Irene menoleh. "Ha, kau kenapa tak nak pergi dari sini?" Irene buat suara menghalau.

"Kau tak pergi, aku pun tak pergi." balas Viez mendatar.

"Okay. Bye!"Irene mengorak langkah. Nama dipanggil oleh Viez tidak dihiraukan lagi. Viez membuat muka geram sebelum lari mengejar lalu menghalang Irene. Langkah Irene termati.

"Leher kau dah okay? Sakit lagi?" Viez menyoal seraya tangan naik menyisir rambut Irene. Gadis itu mula rasa janggal. Jantungnya macam nak meletup!

"Hm ... Janganlah risau sangat. Tengok, aku okay kan? Sihat lagi ni." Irene mengawang-awangkan penumbuknya ke sana ke sini. Hampir saja terkena Viez nasib dia mengelak.

"Memanglah. Kau luar je nampak okay. Wajah kau ... Keceriaan kau ... Senyuman kau itu mampu menyembunyikan segala rahsia." bisik Viez. Irene terdiam sejenak sebelum mengukir senyuman dan meledakan tawanya dengan kuat.

"Hahahaha! Apa kau merepek ni? Hala, sudahlah Viez. Jangan nak mengarut dekat sini. Aku penat ni." air mata dilap perlahan. Sampai keluar air mata dia ketawakan Viez. Setelah itu Irene membuka langkah. Drycon menunggu sedari tadi pun sudah bosan.

White Guardians ( Editing)Where stories live. Discover now