27.First Kiss?

7K 550 13
                                    

Mata Irene membulat. Terkejut!

Dengan sekuat hati Irene menolak badan sasa Viez. Dia pantas duduk. Irene terdiam sesaat. Segera pipinya dikesat-kesat kasar  dengan penuh jijik. Muka geli jelas terpamer di wajah Irene.

Bodoh!

Ahh! Takguna Viez!


Kesucian pipi aku diragut !



Ftjajafjdandfavaaff!!



Muka Irene sudah bertukar menjadi merah-kemerahan. Tak tahulah samaada dia malu atau menahan amarah yang tersangat-sangat.

"Eeerrr ... aku tak sengaja" Viez tersengih sumbing.

"Kau diam! tak guna!" balas Irene dingin. Dia memukul-mukul lengan Viez dengan kuat. Sakit betul hatinya!

"Woi berhenti! sakitlah" jerit Viez bengang dengan tindakan Irene .Tangan Irene ditangkap. Gadis itu terus terdiam.

"Aku benci kau Viez!" Irene memandang tajam anak mata Viez. Serentak itu, cahaya biru keluar dari tangan Irene . Viez terkejut lalu secara automatik dia melepaskan tangan Irene.

Irene bingkas bagun. Bajunya yang kotor kerana terkena debu ditepuk-tepuk beberapa kali sebelum meninggalkan Viez seorang diri. Sepanjang berjalan menuju ke istana, Irene tidak henti-henti mengutuk Viez dalam hati.

Irene meloloskan diri ke dalam istana. Beberapa langkah dia terserempak dengan Permaisuri Rose di tepi tangga. Permaisuri Rose hanya tersenyum-senyum apabila melihat Irene.

"Permaisuri Rose ... buat apa dekat sini?"

"acari kamu." senyuman permaisuri Rose masih lagi tidak hilang dari bibirnya.

"Saya?"

"Mari ...ikut." ujar permaisuri Rose. Irene hanya menurut sahaja. Mereka menaiki anak tangga dan menunju ke satu bilik yang agak tersorok sedikit di tingkat paling atas dalam istana.

Irene memandang keadaan sekeliling. Bilik itu berupa bilik bacaan. Rak buku hampir memenuhi seluruh dinding di dalam bilik itu. Terdapat sofa, kerusi dan meja di tengah-tengah ruang.

"Wow. Banyaknya buku." ucap Irene teruja. Dia tak suka baca tapi dia suka tengok buku je. Permaisuri Rose hanya tersenyum manis.

"Kenapa bawa saya ke sini?"

"Okay sebenarnya saya nak bagitahu sesuatu. Sebelum itu, saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada kamu...."

"Sebab?" potong Irene laju. Aihh orang tak habis cakap lagi da menyampuk.

"Air Ive.m.Vylera dah sedar."

Irene hanya mengangguk perlahan. Lega juga dia bila dengar yang Vylera sudah sedar. Kemudian rak buku yang berada di sebelahnya menjadi perhatian. Buku-buku yang ada ditatap dengan penuh minat dan teruja.

"Kamu minat dengan buku?"

"atak minat tapi...kalau menarik saya akan baca."balas Irene sambil tersengih.

"Oh begitu ... Kalau macam tu tengoklah buku ni semua."

"Eh? tadi permaisuri cakap nak bagitahu sesuatu kan?"soal Irene sambil  menatap rak buku. Sebuah buku telah menarik perhatian Irene. Tangannya laju mencapai buku yang berkulit tebal dan nampak agak lama?Tajuk buku di baca. Entah faham atau tak tu.

" Aaa ... saya lupalah apa yang nak beritahu  tadi." Gerak-geri Irene yang sedang membelek sebuah buku yang bertajuk apocen a time  diperhatikan."Itu buku sejarah." balasnya lagi.

"Sejarah apa?" muka surat diselak satu persatu. Berkerut-kerut muka Irene apabila melihat isi kandungan buku tersebut. Tulisan buku itu seperti tulisan yang terdapat pada buku yang di beri oleh seorang lelaki ketika di Town Hill.

"Sejarah tentang dunia ni. Segala-galanya tertulis dalam buku itu."

"Ini tulisan purba ke?"soal Irene.

"Ya ... itu tulisan purba ... kenapa?"

"Permaisuri pandai baca tulisan purba?"

"Mhmm ... nak kata pandai taklah pandai sangat ... tapi boleh la sekadar baca je."

"Ajar saya boleh?"

"aajar kamu? awak bergurau ke Irene?" Permaisuri Rose tetawa kecil apabila mendengar butir ayat dari mulut Irene.

"Tak ... saya tak bergurau. Saya serius."

"Kamu tak perlu belajar Irene sebab kamu boleh faham ayat purba."

"Huh? tapi ... tapii ... saya tak boleh baca apa yang tertulis dalam ni."

"Kamu boleh Irene tapi melalui ...."jari runcing permaisuri Rose menunjuk tepat pada Irene. "Hati ... melalui hati" sambungnya.

Sepanjang hari itu, setiap masa, setiap waktu, setiap detik dan setiap saat. Viez merasakan yang Irene seperti mengelak daripada bertembung dengannya. Dia merebahkan badannya di atas katil. Syiling bilik dipandang kosong. Perlahan-lahan bibirnya disentuh, peristiwa itu masih lagi teriang-iang dalam fikirannya. Dia tersengih kambing.

"Sekejap! Viez kenapa kau ni pikir benda-benda macam ni! aduh! sedar ah sikit." kepala diketuk beberapa kali.

Sedar sikit !

Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Viez menepuk dahi. Dia lupa nak jenguk adik perempuannya yang sudah sedar. Dia segera bangkit dari pembaringannya. Tanpa melengahkan masa dia segera meluru keluar dari biliknya.

Kedebuk!

Viez terlanggar seseorang sehingga dia hampir terjatuh.

"Woi! jalan tengok mana? tak ada mata ke!"Irene yang jatuh terduduk mula naik angin tahap gaban.

"Maaf. Meh aku tolong."

"Tak perlu!" tangan Viez ditepis kasar sebelum bagun dan beredar dari situ meninggalkan Viez terkulat-kulat seorang diri.

"Kenapa tu?"soal Ryan yang tiba-tiba muncul datang entah dari mana.

"Entah... tiba-tiba meroyan je." balas Viez.

"Aku ada benda nak cakap dengan kau ni." riak muka Ryan bertukar menjadi tegang.

"Tapi ... aku nak pergi ..."

Pantas Ryan memotong ayat Viez "benda ni penting."




White Guardians ( Editing)Where stories live. Discover now