21.Diserang!

6.9K 564 16
                                    

Viez berjalan ke hulu hilir.

Serabut kepala otaknya!

Di mana lagi dia hendak cari air Ive itu?sudah puas mereka cari tetapi tidak membuahkan hasil.

Dia buntu.

Irene dari tadi hanya memerhati sahaja Viez dari jauh. Timbul rasa kasihan dalam dirinya.

Tunggu ....

Kasihan?

Dekat Viez?

Kau sudah kenapa Irene?

Sedarlah sikit!

Irene mengeleng kepala beberapa kali. Tak cukup dengan itu dia juga menampar pipinya sendiri.

"Nak aku tolong tamparkan ke?" soal Ryan sambil tersengih. Irene hanya menjeling.

"Kau suka Viez?" Ryan tiba-tiba duduk di sebelah Irene.

Irene terkedu apabila mendengar soalan Ryan.

"Apa pasal sibuk!" bidas Irene. Matanya sekarang beralih kepada Erina dan Rena yang sedang mencuci muka di tepi sungai.

"Sibuk itu memang kerja aku." selamba dia menjawab. Menyirap Irene dengar!

"Aishhh pergi sanalah! Aku penat ni!" Irene menolak kuat badan Ryan sehingga badan Ryan terdorong ke tepi.

"Kau ni ...." Belum sempat Ryan menghabiskan ayatnya, kelibat Irene terus lesap dari pandangannya.

Irene berlari-lari anak mendekati Rena dan Erina. "Kita nak balik ke sekejap lagi?" soal Irene.

"Mungkin ...." balas sambil membasuh tangannya.

"Habis? air Ive itu macam mana?" Pandangannya beralih pada Erina yang berwajah muram.

Erina hanya mendiamkan diri.

Irene mengaru pipi yang tidak gatal, aihh ... pulang dengan tangan kosong? wth ... memang taklah bagi dia. Dia bukan jenis yang cepat berputus asa! Kalau mereka sudah tidak mahu mencari, tidak mengapa dia boleh cari sendiri.

Lagend sword yang disisipkan di pingang dibetulkan sebelum perlahan-lahan bergerak ke tempat lain. Sebuah batu besar yang tidak jauh daripadanya menjadi perhatian.

Sesampai sahaja, satu lekuk air yang berada di atas batu pula menjadi tatapan mata. Air bertakung itu memancarkan kilauan yang amat silau kerana terkena cahaya matahari.


Irene..

Dia terkejut. Tiba-tiba sahaja suara itu muncul di dalam ruang kepalanya.

Aku..

Siapa kau?

Aihhh ... kau ni pikirlah sendiri! Aku nak beritahu ... itu air Ive, ambillah, dan segera pulang sebab aku rasa sesuatu yang buruk akan berlaku.

Orb ke?

Bukan!

Oh aku tahu kau nilah makhluk yang aku jumpa selepas Orb kan?

Makhluk?

Ya! salah ke aku panggil makhluk ? kau tiba-tiba datang lepas itu dengan tak bagi nama dan ...kau tak bagitahu pun kau tu apa ...

Cis! nama aku ... Drycon! cepat ambil air itu Irene!

yayayayaaaa ... aku nak ambillah ni!

Deruan angin yang lalu dapat, dia dirasakan.

Ada yang tidak kena dengan angin itu
Erina segera menoleh.

White Guardians ( Editing)Where stories live. Discover now