9.RenaVsRyan=Erina win 😂

8.3K 626 7
                                    

Irene melangkah ke belakang istana apabila terdengar bunyi bising. Dia melihat Rena sedang berlawan dengan Ryan dan Erina pula duduk ditepi padang. Irene mendekati Erina yang menjadi penonton dan melabuhkan punggung di sisi gadis itu.

"Tidak berlatih ke ?" soal Irene hairan. Lamunan Erina termati. Dia mempamer riak terkejut, sejak bila Irene duduk di sebelah. Tidak perasan pula. Erina tersengih sambil mengosok belakang kepala.

"Errr ... malaslah," Erina menjuih bibir seperti muncung itik.

"Apa kelebihan kamu ?" soal Irene ingin tahu.

"Angin."

"Wah, hebatnya!"

"Sudah tentulah hebat! Kuasa angina ini boleh tahan kuat tahu?" dia berkata dengan begitu banga. Mata coklat hazel sengaja dibesarkan.

"Kamu tak perlulah besarkan mata itu." Irene tertawa kecil. Tercuit hatinya melihat gelagat gadis itu. Comel!

"Tapi Erina tidak sehebat macam mereka tu," Erina menunduk. Rumput-rumput habis dicabut lalu dibalingnya merata-rata tempat. "Kelebihan Irene apa ?" terangkat kepalaya memandag Irene.

Irene tersenyum manis, tangannya digenggam sebelum membuka. Satu cahaya putih terapung di atas telapak tangan Irene. Mulut Erina ternganga. "Cahaya?" soal Erina gagap sedikit.

"Bukan. Saya boleh tiru kuasa element." Cahaya tadi semakin lama mengecil dan lenyap.Erina terdiam sejenak. Nampaknya Irene bukanlah orang sebarangan.

Rena yang sedang mengawal kuasa tanah kini menjadi tumpuan mereka. Segumpal tanah yang besar terangkat tinggi, Rena mengenggam kedua tangannya. Tanah tersebut pecah berderai dan bercantum kembali membentuk raksasa.

"Hei, kau keluarkan Gouge? Tak apa aku keluarkan Fiyre," Tangan kirinya mengeluarkan bebola api yang sederhana besar lalu dilempar ke atas langit. Beberapa saat kemudian muncul figura manusia api milik Ryan mendarat kemas ke atas tanah.

"Gila!" pekik Erina teruja.

"Wow." Irene kagum melihat perlawanan mereka. Wajahnya seolah-olah tidak percaya. Sudah tentu Ryan dan Rena ini merupakan orang yang kuat serta handal. "Apa tu ?" soal Irene. Iyalah dia mana belajar kawal kuasa sebelum ini, jadi dia tidak tahu juga nama teknik-teknik. Sebab itulah dia tidak pernah mengunakan kuasanya.

"Figura gabungan aura kuasa dengan tenaga untuk membentuk figura manusia yang kita mahukan," terang Erina. "Yang tu Gorge dan yangi tu pula Fyire." sambungnya lagi seraya menunjuk.

"Kamu boleh buat macam itu?"

"Eerrr ... belum sampai ke tahap itu." ujarnya perlahan. "Kita lawan nak?" ajak Erina. Suaranya yang perlahan bertukar ceria.

"Tak mahulah ... lain kalilah kita lawan,"

"Kenapa?"

"Nanti-nantilah kita lawan," ucapnya perlahan, cuba untuk menolak dengan baik. Erina kelihatan kecewa. Irene kembali menumpukan perhatian kepada perlawanan yang berlangsung di hadapannya. Fiyre mengelak mudah dari tumbukkan Gorge, kemudian membalas serangan dengan semburan api. "Pergilah sertai mereka tentu akan lebih menarik" Irene menyiku Erina dari sisi tetapi matanya masih fokus kepada aksi perlawanan Gorge sedang menahan serangan Fiyre.

Tanpa membalas kata-kata Irene. Dia berdiri. Baju ditepuk beberapa kali untuk menghilangkan segala debu tanah yang melekat. Kemudian langkah diaturkan ke arah sebatang pokok yang besar di tepi padang.

Mulutnya tersenyum sinis sambil memandang Ryan dan Rena yang sedang berlawan. Ada rancangan disebalik otaknya. Tangan kanan diangkat dan mata dipejam rapat. Angin mula bertiup dengan sangat kencang berkumpul mengelilingi Erina dan membentuk puting beliung di bawah kaki Erina secara perlahan-lahan. Semakin lama semakin besar sehingga Erina terapung di atas puting beliung.

Tergangga Irene dibuatnya.

Walaupun angin bertiup kuatn... Perlawanan Rena dan Ryan tidak terganggu malah semakin rancak! Gorge mengangkat batu besar dan mahu membaling ke arah Fiyer, tidak semena-mena Fiyer dan Gorge diangkat sepasang tangan angin yang amat besar. Kedua-dua figure itu hancur dan lenyap sekelip mata apabila digenggam. Suasana menjadi sunyi buat seketika. Ryan dan Rena saling berpandangan. Hanya Erina tersenyum sinis di situ.

"Pemenangnya adalah Erina!" jerit Erina riang. Bukan senang mahu menang kalau berlawan dengan mereka. Putting beliung yang diduduki terpusing-pusing di udara.

"Erina hentikan!" marah Ryan.

Berbeza pula dengan Rena yag lebih kepada memuji. "Kamu semakin pandai Erina." Rena tersenyum senget. Kepala digelengkan beberapa kali. Banga juga dia, tpdak sia-sia dia ajar selama ini.

"Erina mahu belajar teknik figura. Tolonglah!" jerit Erina kuat. Kata-kata Erina membuatkan Rena dan Ryan saling berpandangan.

"Baik kau turun !" jawab Ryan kegeraman. Kecil besar kecil besar saja dia tengok budak tu.

"Tak nak!" Jawabnya degil. Erina memeluk tubuh, muka dipaling ke tempat lain. Kemudian dia berpusing-pusing dengan puting beliungnya di keliling padang dan angin semakin kuat bagai nak ribut!

"Erina! Baik kau berhenti sekarang dan turun!"

Erina buat tak dengar akan jeritan Ryan. Muka blur ditayangkan. Kemudian dia tersenyum sinis, angin menjadi bertambah kuat dari yang sebelumnya! Irene yang duduk tepi di padang pun turut terkejut.

"Erina hentikan!" jerit Rena risau. Dia sudah pun berpaut pada tiang tanah yang telah dibina tadi. Boleh hancur istana akibat ribut nanti jika Erina tidak berhenti. Budak itu bukannya berfikir panjang. Dia hanya tahu berseronok sahaja.

"Siap kau!" Ryan mengeluarkan bebola api sebesar penumbuk. Dan dilemparkan tanpa henti kepada Erina, macam melempar batu. Namun serangan itu senang ditepis oleh angin. Bebola api tersebut terpesong ke tempat lain! Menghentam permukaan tanah. Muka Ryan sudah merah menahan marah! Geram saja tengok budak itu yang tidak mahu mendengar kata. Pandangan maut dihalakan kepada Erina.

"Er ... baiklah ... " kecut perutnya bila tengok muka Ryan macam hendak makan orang. Bengis semacam! Angin puting beliungnya mula reda sebelum Erina mendarat perlahan-lahan.

Di tangan Ryan terdapat api yang terapung. Mata Erina membulat! Apabila Ryan membaling bebola api itu, Erina terus buka langkah seribu. Dia berlari tidak cukup tanah sambil terjerit-jerit!

Rena mendekati Irene yang duduk bersila di tepi padang. Dia duduk di sebelah Irene untuk melepaskan penat. "Hebat!" Irene bersuara tanpa menoleh. Dia masih melihat gelagat Ryan dan Erina. Nampak kelakar pun ada.

"Hmm ... mana ada." gumam Rena perlahan.

"Hahahahaha! Iyalah itu, seronok tengok tahu." Irene tersenyum.

"Apa-apa sahajalah. Awak tidak mahu cuba gunakan kuasa awak ke Irene?" Soal Rena, keningnya terjongket sebelah. Ingin tahu juga apa kesitimewaan yang Irene ada. Mesti lebih hebat.

"Bukan tidak mahu ... tapi takut," perlahan dia berkata. Kepala menunduk ke bawah. Rumput hijau diragut dan bermain-main. Riak wajahnya berubah murung.

"Kenapa?"

"Sebab ... lima tahun lepas ... Saya hampir membunuh seorang remaja lelaki secara tidak sengaja, kerana tidak dapat mengawal ...." kata-kata Irene tidak sempat dihabiskan.

DUSHHHHH!!!

White Guardians ( Editing)Where stories live. Discover now