80. Surez Vs Zeus.

3.8K 358 21
                                    

Mayat-mayat bergelimpangan diserata tempat. Tidak kurang juga bangkai gotham. Darah merah memabasahi tanah medan perang. Bau hanyir dan busuk menusuk ke lubang hidung tidak diedahkan langsung. Tiada masa untuk berjijik!

Tentera pimpinan Surez semakin berkurangan dek serangan gotham yang kian menganas. Gotham bertubuh sasa tidak tumpas dengan mudah. Satu persatu tentera jatuh menyembah tanah. Ia sungguh kuat berbanding serangan yang pertama dan kedua.

Licik!  Licik betul strategi yang diatur oleh Raja Zexric. Perancangannya sungguh rapi! Ia seperti telah dirancang bertahun-tahun lamanya.

Peluh sudah berjurai-juraian membasahi dahi. Dia tercunggap-cunggap menarik nafas. Pedang digengam erat sebelum melibas perut gotham. Jika ikutkan hati, mahu saja dia gunakan kuasanya tetapi belum tiba masanya lagi. Takut tenaganya itu habis jika tiba di saat genting. Dia juga yang susah nanti.

"Gotham ni tak pernah habis ke!" bentaknya geram. Kaki ditujah ke atas lalu menyepak kepala gotham seperti melepaskan geram.

"Oh ... please Erina jangan banyak mulut." balas Alice seraya mengelak dan menusuk pedangnya ke perut gotham.

Sedari tadi mulut Erina asyik berbunyi tiada henti. Sakit pula hatinya yang mendengar. Nasib dalam medan perang, kalau tak memang sudah kena hempuk budak ni.

Sedar tak sedar pedang terlepas jatuh dari tangan dan Alice dikepung. Semua gotham menyeringai melihatnya. Air liur diteguk perlahan. Satu persatu wajah bengis gotham dipandang.

"Er ... Hi?  Sihat?  Hehehe ...." Alice tertawa hambar. Dia kaku ditengah-tengah. "Apa nak buat ni? Tak akanlah nak guna kuasa dulu?" omelnya sendirian.

Bebola angin dari arah atas menghentam ke tanah lalu menghasilkan satu gelombang berdebu. Hal ini menyebabkan, Gotham terpelanting jauh ke belakang.

Kcak! 

Alice terkedu melihat pedangnya terpacak dihadapan kakinya. Kepala diangkat melihat gerangan yang menyelamatkan dirinya dan sekaligus mahu mencabut nyawanya. Dia tahu siapa.

"Erina!  Kau nak bunuh aku ke apa!" ujar Alice dengan nada geram. Pedang dicabut perlahan.

"KENAPA kau serang macam orang tidak cukup makan?" katanya dengan penuh sinis. Serangan demi serangan dielak mudah.

"Kau pengecut! Mengapa tak menyerang!" pedang dihayun sekuat hati namun Zeus dapat mengelak juga.

"Ha, aku tak nak habiskan tenaga. Chill,  ini baru permulaan." tangan Surez ditepis. Pedang terpelanting jauh. Satu tumbukan hinggap tepat pada perut.

Terbeliak mata Surez merasai kesakitan yang luar biasa. Darah tersembur keluar dari mulut. Dia jatuh terduduk menahan sakit. Nampaknya Zeus semakin kuat berbanding dahulu. Baju Surez ditarik kasar, memaksa supaya bangun.

"Mana diri kau yang dulu? Mana pergi kekuatan kau!" satu tumbukan dilepaskan ke muka. Berpinar-pinar kepalanya.

"Tch!  Ambil ni!" Surez menghantuk kepala pada kepala Zeus. Serta-merta cengkaman bajunya terlepas.

Zeus terdorong ke belakang sambil memegang kepala kemudian tertawa kecil. "Aku rasa semua kuasa kau menurun pada anak kau." Mata melirik kepada seorang gadis. Surez mengetap gigi. Pedang dicapai lalu menerjah Zeus.

Sekali libas, satu garisan halus terukir pada leher Zeus. Lelaki itu terdiam lalu kembali tersenyum. Perlahan darah mengalir keluar. Serangan Surez amat pantas.

"Ah, pergerakan kau masih laju."  darah melekat pada jari disua ke bibir. Lidah menjilat dengan penuh selera. Serangan Surez dari sisi dielak laju.

"Mana dia!" penumbuk dihayun.

"Nah, cukup la aku beritahu yang dia masih hidup" tumbukan Surez ditangkap lalu lutut menghentak perut. Surez jatuh terduduk, tidak cukup dengan itu kepala sepak kuat.

Zeus tersenyum sinis melihat Surez dalam keadaan kesakitan. Mata dihalakan ke arah Irene yang sedang bertarung. Otaknya ligat memikirkan sesuatu.

Pedang diletakan pada leher Surez. "Kau mahu tengok sesuatu tak?" belum sempat Surez membalas Zeus sudah lesap dari pandangan mata. Kemudian, melintasi laju di hadapan Irene.

"Tidak! Irene!"

Irene yang sibuk bertarung terkejut beruk dengan kehadiran Zeus secara tiba-tiba. Perlahan kepala dipusing ke kiri. Pedang terlepas jatuh. Bisa! Rasa bisa dia dapat rasakan. Jari-jemari mengeletar raba ke leher. Sempat senyuman sinis dapat dilihat pada bibir lelaki itu. Kepala terdongak ke atas dan darah mengalir dicelahan bibir.

"Irene!" suara Ryan kedengaran sayup-sayup ditelinga. Nafas seakan tidak terasa. Mata Irene membulat. Leher dan mulut tidak henti-henti memuntahkan darah. Terasa ada sesuatu merebak di dalam badan.

"Ra ... Racun?"

Ujarnya perlahan seraya tubuhnya melayang ke belakang tetapi sempat disambut oleh Ryan.

Alice, Erina, Viez dan Rena turut memandang. Mereka terkedu. Namun apakan daya gotham dihadapannya harus di tumpaskan dahulu.

"Ryan ... Ini sangat menyakitkan." kata Irene tersekat-sekat. Sakit dan bisa bercampur-baur.  Terpejam mata Irene menahan rasa dan dia mengengam erat tangan, Ryan. Darah semakin melimpah-limpah keluar.

"Sabar Irene. Tahan!" Ryan memalingkan muka ke sisi apabila beberapa gotham menghampiri. Dia mula panik. "Mana mereka semua ni? Adui, tolonglah datang." dia menanti seseorang yang mahu menolong.

Seekor gotham yang hampir dekat tiba-tiba ditembusi sebilah pedang lalu jatuh tertiarap. Ryan menghela nafas lega.

"Fuh, nasib sempat."

"Rena, belakang kau!" Ryan memberi amaran. Pantas Rena mencabut pedang lalu berpusing sambil mencatas kepala gotham.

"Ryan! Biar aku tengokan dia. Kau tolong lindungi." arah Rena yang menghampiri.

"Okay." 

Setelah bertukar posisi, Rena memeriksa keadaan Irene manakala Ryan pula menghalang gotham yang mahu mendekati.

"Irene tahan sekejap. Aku cuba selamatkan kau." ujar Rena. Mata Irene hampir tertutup. Sedaya upaya Rena cuba mengurangkan rasa sakit yang ditangung Irene.

"Rena ... tolong buat sesuatu" rayu Irene sebelum mata dipejam rapat.

"Tak!  Tak!  Irene! Buka mata kau!"

"Zeus! Kau akan terima balasannya!" pekik Surez seraya menerkam seperti sekekor singa. Pedang dijulang ke atas mahu menetak tetapi serangan itu dapat dielak. Serangan itu menghentam tanah serentak itu ais menjalar keluar dan mencacak seperti duri.

Zeus mengundur ke belakang. Baru tiga langkah dia disiku dari sisi. Tidak cukup dengan itu muka ditumbuk bertubi-tubi. Dia jatuh terseret.

"Uhuk! Hehehe ...."

Surez memaparkan riak muka bengis.  Mata tajam menecerlung kepada Zeus di bawah. Dada berombak laju. Urat tangan timbul tatkala mengengam pedang. Perasaan marah membara bagai api yang menjulang tinggi.

"Kau cabar aku!"

"Tak ... Aku suka tengok kau begini," balas Zeus dengan nada menekan.

Bedesing telinga mendengar butir bicara lelaki itu. Gigi diketap kuat. Tanpa membalas pedang dipacakan tepat pada dada Zeus.

Lelaki itu menjerit sakit. Bukan darah yang keluar tetapi asap hitam berkepul-kepul keluar dari mulut. Semakin lama semakin banyak sehingga menutupi pandangan mata. Tidak lama kemudian, asap itu hilang bersama tubuh Zeus tadi. Lesap! Yang tinggal hanyalah pedang terpacak di atas tanah.



komen kalau ada yang kurang dan tidak sedap dibaca 😣😣😣😣😣

White Guardians ( Editing)Where stories live. Discover now