62.Drycon? Biar betul!

5.3K 458 67
                                    

Serpihan kaca tingkap yang berteraburan di atas lantai direnung lama. Terdapat juga palitan tanah seperti lumpur. Rena mengeluh panjang. Dia menyentuh lumpur itu dengan hujung jari. Lumpur itu kelihatan seperti baru. Maknanya ia baru sahaja terjadi.

"Gotham, ini mungkin kerja mereka." Rena mengenggam penumbuk. Geram!

"Maaf ...."

"Tak apalah, Tia. Benda sudah berlaku. Bukan salah kau,"

Rena memberi senyuman kelat. Dia melemparkan pandangan kepada Ryan dan Viez di beranda kamar. Mereka berdua duduk disitu memerhati keadaan di luar.

Pada awalnya, dia berniat mahu menjenguk Ayahandanya tetapi bila mereka sampai Ayahanda nya sudah hilang dan didapati cermin tingkap telah pecah! Hatinya kuat mengatakan bahawa dia diculik!

"Hm ... pergi laporkan pada general. Saya titahkan general menjaga negara ini buat sementara!"

Tia menunduk hormat sebelum beredar dari situ. Rena berjalan mendekati beranda bilik. Ryan memusingkan badan, wajah Rena kelihatan sunggul dihadapan matanya.

"Kau okay?"

"Mari kita pergi,"

Ryan hanya mengangguk. Raja Arian diculik? adakah kehilangan Raja Arian ada kaitan dengan kehilangan ibunya? Atau ini satu kebetulan?  Perkara ini mesti disiasat! kerana kalau betul mereka di culik, apa tujuan mereka? Tanpa berfikir panjang, Ryan membuka portal untuk pulang ke Verilland. Mereka bertiga melangkah masuk ke dalam bulatan berwarna merah dan mereka lenyap ditelan cahaya.

ALICE berjalan membuat bentuk bulatan. Matanya tidak lepas dari memandang lelaki berambut hijau dan bertelinga runcing. Erina yang kebetulan lalu di halaman belakang istana berhenti. Dahinya berkerut seribu seraya mendekati Alice secara senyap-senyap.

"Kau ni binatang apa eh?" soal Alice.

"Nama aku, Vion."

"La... aku tak tanya nama pun,"

"Aku bunian...." Vion menggaru kepala yang tidak gatal. Dari tadi dia dibelek oleh gadis itu. Entah apalah yang pelik sangat. Naik rimas tahu!

Langkah Alice terhenti " Bu ... Bunian?"

Vion mengangguk laju mengiakan kata-kata, Alice. Gadis itu menarik telinga Vion secara tiba-tiba. Vion mendesis sakit!

"Eh? apa ni, sakitlah!"

"Hehe ... Wah, ini telinga betullah. Memang bunian ni!"

Kata Alice dengan teruja. Maklumlah, Tuan Puteri yang sorang ni seperti katak di bawah tempurung! apa yang ada di luar dia tidak tahu. Ha, tu yang jakun sikit.

"Ish ... ish ... kesian aku tengok kau, bunian pun kau tak pernah tengok ke sebelum ni?" celah Erina dari belakang. Alice mencebik seraya menoleh.

"Kau buat apa dekat sini?"

"Eh, istana aku ... suka hati aku la nak buat apa pun," balas Erina selamba. Alice memutarkan bebola mata ke atas.

Vion mengeluarkan sebuah buku berkulit tebal dari beg sandangnya. "Horz, suruh bagi buku ini."Hulurnya.

Tujuan dia ke sini untuk menyerahkan buku tetapi bila terserempak dengan gadis berambut jingga terus lain jadinya. Alice menyambut lalu membelek-belek buku tersebut.

"Buku apa ni?"

"Tentang Black Beast,"

Beritahu Vion. Rambut hijau disisir ke belakang dengan menggunakan jari. Alice mengangguk perlahan sambil menyelak helaian buku tersebut. Matanya ralit melihat isi kandungan.

White Guardians ( Editing)Where stories live. Discover now