25.Cerita si ikan emas

6.7K 539 3
                                    

Kolam air terjun didekati. Dia menjengah ke dalam kolam untuk mencari sesuatu. Tetapi lain yang dicari lain pula yang dia nampak.

Permukaan air yang jernih seperti cermin di pandang. Matanya membulat terkejut. Tangannya terketar-ketar. Perlahan-lahan dia meraba muka, jari-jarinya naik ke mata. Rasa nak jerit pun ada! tapi suara tak keluar pula. Mampu jerit dalam hati jela.

Tidakkk!!

"Kenapa dengan mata aku!" soal Irene seorang diri. Dia mengosok-gosok mata banyak kali. Kemudian dia tengok balik kolam tadi.

"Ah! takk ini bukan mata aku!" Irene memejam balik mata. "Aku nak mata hitam aku balik! bukan warna biru ni!"

Dia tengok balik muka dalam kolam. Irene mengigit bibir. Ah! dia menumbuk permukaan air kolam dengan kuat. Habis terpercik air. Ikan-ikan juga berteraburan melarikan diri dan menyorok!

"Itu memang mata asal awak Irene."

Irene pantas mencari suara tadi. Matanya berhenti pada seekor ikan emas yang berenang menghampirinya.

"Warna mata saya memang biru?"soal Irene.

"Ya! saya masih ingat lagi, memang warna biru."

"Oh okay saya tak faham apa yang awak cakapkan ini."

"Irene ... awak dah lupa saya ke? tak ingat saya?"

"Sebelum ini kita pernah jumpa ke?" Irene menanyakan soalan balik kepada ikan emas itu.

"Sebelum saya berada  di sini ... kita pernah jumpa. Lebih tepat, awak yang jumpa saya ... selamatkan saya pada ketika itu, saya hampir mati Irene kalau tidak ada awak masa itu."

Seorang kanak-kanak perempuan berlari terkedek-kedek mengelilingi tasik. Kelihatan dia sedang mencari sesuatu. Habis semua tempat di jengah, sekejap dia memanjat batu, sekejap dia pergi ke pokok-pokok dan di semak juga dia masuk! aje lasak budak ni.

"Hey! mana awak pergi?" jeritnya.

Suasana sunyi sepi ditepi tasik. Matanya liar memerhati keadaan sekeliling. Kelibat yang dicari masih tiada. Dia bercekak pingang. Nafas berat dilepaskan. Penat!

"Awakk! keluarlah!" jeritnya lagi.

Okey! dia mula bengang!

Dia memeluk tubuh. Pipi dikembungkan. Kemudian dia berjalan sambil mengehentakan kaki. Pokok kayu yang tumbang didekati lantas dia menghempaskan tubuhnya.

"Tolong~ "

Telinganya menangkap suara yang sedang meminta tolong.

Kanak-kanak kecil bermata biru itu menoleh ke kiri dan kanan, mencari dari mana datangnya suara itu.

"Siapa itu?"soalnya tanpa rasa takut.

Kanak-kanak itu berdiri lalu melompat ke tanah. Dia memerhatikan keadaan sekeliling.

Hmmm..

Bunyi deraman telah menarik perhatiannya. Bunyi itu datang dari batu besar yang berhampiran dengan tasik. Dia segera berlari anak.

Di sebalik batu, seekor kucing hutan berbadan seakan-akan harimau bintang sedang cuba menangkap sesuatu yang melompat-lompat di atas tanah.

"Hey! kucing hutan kebulur. Lepaskan ikan emas itu! dan pergi dari sini" Sergah budak kecil itu dengan berani. Kucing hutan itu melompat ke tepi, ekornya terpacak ke atas! Kucing hutan itu tiba-tiba sahaja menundukkan kepala di hadapan budak kecil itu sebelum pergi dari situ.

Dia mempunyai kelebihan yang unik. Dia mampu bercakap dengan haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan. Apabila haiwan dan tumbuhan memerlukan bantuan, dia dengan pantas akan datang dahulu. Bukan itu sahaja, haiwan-haiwan pasti menurut arahan budak kecil itu.

Tangan budak kecil itu mengeluarkan cahaya biru sebelum tangannya diselaputi air. Perlahan-lahan dia mengambil ikan itu.

Tiba-tiba bahunya dipegang dari belakang. "Barghhh!!" sergah sesorang. Bahu budak kecil itu terhinjut akibat terkejut.

"Hahahahaha! "

Seorang budak perempuan bermata biru pekat dan mempunyai rambut perang berdiri tercegat di hadapannya.

"Lera! awak buat saya terkejut! awak pergi mana?!" dia mendengus marah. Dia memandang budak kecil yang lebih muda darinya.

"Apa itu?"soalan yang ditanya tidak dijawab. Dia melompat-lompat untuk melihat apa yang dipegang oleh kawannya itu. Maklumlah ... pendek kenalah lompat.

"Ikan emas. "jawabnya malas.

"Wah! bagi Lera! Lera nak!" matanya terkebil-kebil dan teruja.

"Jap." sebotol kaca kosong yang berada di tepi batu diambil lalu memasukan air yang mengalir dari jarinya sebelum memasukkan ikan emas.

"Yeay! boleh masukkan dekat kolam istana!" jeritnya ceria.

Irene hanya diam. Muka berkerut-kerut setelah mendengar cerita ikan emas itu. Patutkah dia percaya kata-kata si ikan emas itu? Sumpah! dia tidak ingat langsung ! Entah betul ke tidak ikan itu.

"Kau gila ke?"

Irene kenal sangat dengan suara yang menegurnya. Aihhh... tak pernah tak sibuk!

"Aku tak gilalah Ryan!" jawab Irene dingin tanpa menoleh ke belakang.

"Kau cakap dengan ikan?"

"Taklah ... aku cakap dengan tiang ni ha. " tiang yang berada di sebelahnya ditepuk perlahan.

"Kau boleh bercakap dengan haiwankan?"

"Kalau betul pun, asal sibuk?"balas Irene dingin. Dia tak ada mood hendak layan si Ryan ni.

"Tak adalah ... aku tanya je. Janganlah marah."

"Dahlah. aku tak ada mood ni Ryan!" Dia mendengus sebelum pergi dari situ, bahu Ryan juga dirempuh kuat sehingga lelaki itu terundur ke belakang.

"Apahal dia ni?" soal Ryan sendirian.

Sementara itu, ditempat lain.

Siang mula berganti malam. Di satu tempat yang agak sunyi. Satu susuk tubuh yang seakan-akan bentuk manusia, tingginya pula berkali-kali ganda tinggi dari manusia biasa yang sedang berdiri di atas tebing bukit. Kepalanya disengetkan sambil mata kuningnya mencerlung ke bawah. Satu senyuman terukir di bibirnya sehingga menampakan gigi taring putih.

"Mari! kita takluk negara ini!" sebaik sahaja menghabiskan ayatnya ia terus melompat terjun dari tebing bukit itu. Beratus-ratus tentera yang berada di belakangnya juga turut ikuti jejak, mereka juga bertindak terjun dari tebing!

White Guardians ( Editing)Where stories live. Discover now