"Irene tak sedar lagi?" soal Viez. Dia duduk melutut di sisi Rena. Gadis itu hanya mengeleng.

"Cahaya apa tu? Cahaya apa tu?" Erina meluahkan persoalannya.

"Mungkin itu cahaya white beast." balas Ryan. Mendegar jawapan itu Erina mula rasa teruja. Maklumlah, belum pernah jumpa lagi!

Alice meliarkan pandangan ke tempat lain. Matanya tertumpu pada ayahandanya, dan yang lain-lain. Mereka masih utuh di medan perang dan bertenaga. Tak ada tanda-tanda mahu tewas langsung.

Angin menderu dari arah atas mendorong Alice mendongakan kepala. Cahaya emas berkilau di atas kepala. Terpejam matanya menahan.
Kian pudar cahaya yang menyilaukan matanya, seekor naga emas mengibas-gibaskan kepak di atas sambil memandang Alice.

"Light?" ujar Alice dengan perasaan kagum. Ekor Light yang bercabang dua dipandang.

"Bersedia?"

"Huh? Bersedia untuk apa?" soalnya blur.

Light memberi pandangan tajam sebelum memalingkan muka ke sisi. Alice ikut arah yang dituju. White beast yang lain juga turut berada disitu. Seekor burung api mempunyai ekor bercabang terbang berlegar-legar di atas langit.

White beast berupakan singa bersayap putih mendarat di atas tanah. Angin bak ribut membadai beberapa saat. Impak dari itu, masing- masing terdorong ke belakang. Mungkin itu adalah white beast Erina yang sebelum ini tidak muncul. Tidak lama kemudian, naga air muncul di sisi Viez di sertakan naga berbadan lumut hijau muncul dari bawah tanah. Terlopong mulutnya melihat rupa sebenar white beast.

Drycon mendarat di sisi Light. Ia memandang Alice dan Light. Wap putih terhasil tatkala nafas dihembuskan. Perlahan kaki menampak perlahan. Baru setapak melangkah, tanah sudah bergegar. Drycon mendekati Irene.

Setibanya dekat pada Irene, langkah dihentikan. Mata tiba-tiba bertukar menjadi tajam. Pandangan membunuh dilemparkan kepada Irene yang masih tidak sedarkan diri. Rena, Viez, Ryan, Erina dan Alice terkedu melihat tindakan Drycon.

"Hoi, sampai bila kau mahu tidur!" pekik Drycon sekuat hati. Bergema suaranya sehinggakan mereka menekup telinga. Sungguh bingit! "Kau bangun sekarang sebelum aku yang bunuh kau!" sambung Drycon lagi bercampur ugutan. Yang lain sudah terpinga-pinga melihat Drycon.

"Kejap? Tidur? Apa aku salah dengar ke?" bisik Viez kepada Rena.

"Kau ini pekak agaknya. Dah sah-sah Drycon jerit dekat sini macam nak roboh dunia ni tadi."

Jari-jemari Irene bergerak sebelum membuka mata. Mulut menguap perlahan lalu terkebil-kebil memandang Rena dan beralih pada Viez. Mata mereka bertentangan sesaat.

"Kau tidur?" Rena mengelengkan kepala. Muka bengang ditayangkan. Lantas, Irene ditolak jatuh dari ribanya. Tergolek Irene di atas tanah.

"Sakitnya ...." adu Irene. Muka tidak bersalah ditayangkan.

"Kau memang nak kena!" Kepala Irene diketuk beberapa kali oleh Viez. Melepaskan geram yang membuak-buak dihatinya. Patut ke tidur semasa perang? Sempat lagi tu!

"Aduh! Sakit, sudahlah! Bengkak kepala aku. Aku minta maaf!" rintih Irene. Kepala dipegang. Mata sudah berair menahan sakit. Sudahlah sakit pada leher ditambah lagi dekat kepala. Mereka yang lain termasuk white beast buat tidak dengar rayuan Irene yang meminta tolong.

"Memang patut pun kena!" Erina naik ke atas badan white beastnya. "Mari kita pergi." tanpa membalas singa bersayap itu terus terbang ke atas. Mengejar Fenix.

"Lepas ni kalau dia dah nak mati, aku dah tak kisah." Alice bersuara dengan geram. Buang masa dia saja risaukan Irene! Dia naik ke atas badan Light untuk ke tempat lain.

"Viez, aku nak pesan ni ... kalau nak belasah Irene tu jangan kasar sangat. Luka dekat leher dia tu tak berapa okay lagi."

"Rena! Tolonglah aku!" jerit Irene melihat Rena pergi bersama Georth. Viez tidak henti-henti mengetuk kepala Irene sambil membebel!

CAHAYA berwarna-warni terpancar diselangi letupan. Meletup! Tanah naik ke atas. Asap-asap berkepul-kepul menutupi pandangan mata. Debu tanah ditiup angin berterbangan ke sana sini. Suara tempikan black beast dan gotham bercampur baur membingitkan telinga. White beast berterbangan di atas udara melakukan serangan tanpa henti.

Dalam keadaan huru-hara, dua orang lelaki yang memimpin tentera sedang beradu tenaga. Hentakan pedang menghasilkan bunyi dentingan. Mereka berdua mencari peluang untuk menetak ataupun menikam sesama mereka.

"Perperangan ini tidak harus berlaku!" Surez membentak geram. Tangan melibas ke arah kepala Raja Zexric.

Libasan itu dapat ditahan dengan pedang. "Malangnya peperangan ini sudah dirancang bertahun lama." Kaki menyepak perut Surez. Impak serangan itu, Surez terseret ke belakang.

"Rancangan bertahun lama? Heh, aku tak rasa ini akan berjaya." Surez memalingkan muka sekilas melihat generasi muda sedang bertarung bersama white beast.

Raja Zexric turut memandang. Ah, mengapa dia boleh tidak sedar dengan kehadiran white beast itu! Rosak rancangannya. Raja Zexric mendecit geram. Pegangan pedang dieratkan.

Surez tersenyum kemenangan. Sudah terang lagi bersuluh sekarang ini kemenangan berpihak kepada siapa. Apa yang penting sekarang ini, Raja Zexric harus dibunuh. Supaya tidak wujud lagi di dunia ini!

"Argh! Jika aku tak dapat apa yang aku inginkan. Sekurang-kurangnya aku dapat bunuh kau!" Raja Zexric muncul tiba-tiba di belakang Surez. Pedang ditusuk menembusi perut.

Surez tersentak. Kesakitan mula terasa diseluruh tubuhnya. Mata terpejam buat seketika. Perlahan dia menunduk. Dapat dilihat darah mengalir dengan deras. Surez rebah ke tanah.

"Ayahanda!" tepat pada masanya, Irene muncul dengan mengunakan teleport. Berair matanya melihat ayahnya terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

"Irene tak nak hilang ayahanda buat kali kedua."ujar Irene sayu. Sebak ditahan sebaik mungkin. Cukuplah dia hidup selama ini tanpa belaian kasih sayang ibu bapa. Dia mahukan keluarga bahagia!

Nafas ditarik dalam "Tahan, ayahanda ... Irene akan hentikan semua ini." hujan merintik turun membasahi tanah. Air mata dilap laju. Kedua belah tangan didepakan. Pedang lagenda diseru ke tangan. Petir sambar-menyambar diikuti bunyi guruh. Hujan semakin lebat. Sekejap saja tanah dibanjiri air merah darah.

Sepantas kilat, Irene menerpa ke arah Raja Zexric. Pedang lagenda dibawa ke tangan kiri sebelum menghayunkan ke arah Raja Zexric!

Raja Zexric mengalihkan badan. Dia mendesis sakit. Bahunya terluka dek terkena libasan pedang Irene. Terlakar garisan panjang di situ. Kelibat Irene dicari. Hujan lebat sangat mentukarkan dia untuk melihat.

Apabila terasa aura dibelakangnya, lantas dia menunduk ke bawah. Serangan Irene dapat dielak. Pedang ditujah ke hadapan, hampir mengenai pipi Irene.

"Kau akan terima balasanya Raja Zexric. Orang seperti kau tidak patut wujud di dunia ni! Kejam! Kau telah pisahkan kedua orang tua aku selama ini!" marahnya. Dia dipenuhi dengan api kemarahan ketika ini. Dendam membuak-buak dalam hatinya tidak tertanggung lagi.

Irene bergerak seperti cahaya. Tidak henti-henti pergerakannya sehingga Raja Zexric tidak mampu membalas kembali serangannya. Akhirnya, Raja Zexric lumpuh ke tanah. Dia kelihatan teruk kerana penuh dengan luka.

"Lenyap kau dari dunia ini!" serentak itu petir memancar dari langit turun mengenai Raja Zexric. Berdentum bunyinya. Suara Raja Zexric meraung di segenap ruang sebelum tubuhnya rentung di situ.


Hola!😆 ini cerita pertama saya. Jadi maaf kalau ada kekurangan pada part ini. Patutnya boleh panjang lagi ni😂tpi xlarat da. Takpa nanti saya edit. Huuhuu. Okay, cerita ini dah tiba penghujung laaaa😭.

Saya nak tanya ni watak dalam cerita ni hidup atau tak😣 jawap la dengan jujur😫.

Kejap, sedar tak sedar dah cecah 100k viewer. Ah, thanks semua. Ini sangat bermakna buat saya!😍

White Guardians ( Editing)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora