Bab 57

53.3K 2.8K 533
                                    

[ JIKA HARUS BEGITU ]
Akan kubiarkan cucuran air mata ini bertutur disaat bibir tidak sanggup lagi mengungkapkan rasa

Media
Tercipta Untukku - Ungu

SUASANA riuh-rendah di francais Nando's bertempat di pusat beli-belah Sunway Putra Mall dipenuhi pelanggan yang enak menjamu selera. Hari ini Khairul memberi pelepasan buat Katrina bagi membawa Darleesa bersiar dan meluangkan masa bersama. Hubungan mereka berdua semakin akrab, dan boleh dikatakan setiap hari ada saja ideanya untuk bergosip dengan gadis itu. Mana tidaknya? Darleesa pun sama-sama ting tong, melayan saja karenahnya yang suka bercerita. Dia tiada adik perempuan yang boleh mengulas isu berkaitan wanita. Muncul pula Darleesa yang responsif dan bijak mentaliti, perasaan bahagia dan sayang itu semakin melimpah-ruah.

Salah satu meja yang agak tersorok dari laluan orang ramai menjadi pilihan sejak 15 minit lalu memandangkan topik hangat yang disimpan rapi semenjak lima hari bergetar-getar untuk diluahkan. Usai juadah tiba, mereka berdua mengisi perut yang berkeroncong bersama bualan santai. Bibirnya bergerak menceritakan sesuatu kepada gerangan di hadapan dan sesekali tawa mereka meletus dalam hiburan. Darleesa dengan mimik muka comel menggiatnya untuk terus bercerita setelah detik-detik perjumpaan bersama lelaki tanpa nama di Coffee Bean itu tergantung.

"Come on, you can't leave me hanging like that. Apa yang jadi?"

"So after we bumped into each other, the man insisted on getting me a new drink even though I was actually at fault because I hit him first. And that wasn't all, he even gave me his leather jacket after I accidentally spilt coffee on myself. I've got to say, he was really gentlemanly and kind-hearted, but unfortunately, he left before I even got a chance to thank him. Talk about bad timing, right?"

"No way, kakak! That sounds like a scene straight out of a classic romance novel. He was definitely a prince charming on a white horse." Mereka sama-sama ketawa. Darleesa masih berminat ingin tahu. Siapa lelaki yang berjaya mengetuk pintu hati Katrina agaknya? Kakak iparnya ini sukar terbawa-bawa dengan perasaan, apatah lagi tertarik dengan lelaki untuk kali pertama bersua.

"That's the case. I tak tahu siapa namanya apatah lagi nombornya."

Katrina tertawa halus. Tersenyum kecil bibirnya mengenangkan kejadian malam itu. Dia masih ingat mata berwarna coklat pekat itu saat anak mata mereka bertembung. Dia masih ingat kelembutan suara lelaki itu saat menonjolkan keprihatinan kepadanya. Di sudut hati paling dalam, harapan senipis kulit bawang masih ada. Dia masih berharap agar mereka dipertemukan sekali lagi..

"Kakak, don't count yourself out just yet. You never know, what's meant to be will be. Besides, if you two have such a cute story like that, it's bound to be fate. Leesa tak bagi kakak mengalah."

Darleesa menambah. Bukan main semangat dia menyuntik Katrina. Siap angkat sebelah tangan lagi kononnya dalam pertandingan mencari Mr. Right yang menghilang tanpa petanda. Dia cukup gembira. Kalau nenda masih ada, pasti wanita tua itu akan mengatakan hal yang sama. Kalau mengimbau semula kisah lalu, nenda lah yang selalu menjadi siren untuk memberi peringatan kepada Katrina bagi mencari teman lelaki. Umur kakaknya sudah diawal 30-an, cukup sempurna untuk berumah tangga.

Katrina membuat mimik, tergeleng-geleng kepalanya melayan manja Darleesa. Perempuan bila bercerita dengan kawan rapat, memang si pendengar wajib menjadi penyokong utama. Tengok saja lah mereka berdua sekarang ini. Macam mana mahu bertembung sekali lagi kalau lelaki misteri itu pun dia tidak kenali? Sebelah tangan kanan dan sebelah tangan kiri naik. Dua-dua digerakkan.

[C] Jika Harus BegituWhere stories live. Discover now