Bab 4

64.8K 2.7K 142
                                    

[ JIKA HARUS BEGITU ]
Akan kubiarkan cucuran air mata ini bertutur disaat bibir tidak sanggup lagi mengungkapkan rasa.

Media
  Katrina Faihar

CAHAYA mentari pada pagi yang hening itu menerobos masuk melalui jendela kaca. Khairul mencelikkan kelopak mata sebelum mengeliat kecil. Disandarkan tubuh kekarnya pada kepala katil sambil termenung memerhatikan ke titik fokus di hadapan. Kepala dipaling ke kiri dan ke kanan mencari kelibat Darleesa tetapi gadis itu tidak kelihatan di mana-mana. Cuma bantal dan selimut yang digunakan gadis itu saja sudah terlipat kemas di atas sofa.

Bunyi pulasan tombol pada daun pintu membuatkan Khairul berpaling. Terpacul wajah jernih Darleesa dengan riak terkejut sebaik sahaja dia berpaling ke sisi. Gadis itu terpasak setempat dan bereaksi takut-takut. Khairul menjongket kening hairan apabila gadis itu masih belum keluar. Merenungnya takut-takut bagaikan ingin menyampai sesuatu tetapi tidak terluah. Tubuh kecil itu dijeling.

"Kau nak apa?"

"Nenda suruh saya kejutkan awak turun sarapan." Ujar Darleesa tanpa memusatkan pandangan ke mata Khairul. Melilau-lilau irisnya menyinggah dari satu tempat ke satu tempat. Kaki tak usah cakap lah, memang dah menggigil habis. Tiada beza keadaannya dengan keadaan defendan yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

"Aku nak mandi dulu."

Darleesa mengangguk laju.

"Kau tercegat dekat situ buat apa lagi? Keluar lah lembap! Kau nak tengok aku bogel depan kau ke?" Marah Khairul dengan suara lantang apabila gadis itu masih lagi tercegat memerhatikannya dengan kerdipan polos. Kalau dia buat perangai tidak tahu malu, berdarah pula hidung budak si Darleesa ni nanti.

"Ah, okey-okey!"

Darleesa menggeleng dan mengangguk silih berganti. Kelam kabut kakinya berundur dengan langkah besar disertai tarikan tombol sehingga berdentum bunyi katupan daun pintu. Decitan kegeraman terlepas mengenangkan aksi bodohnya sebentar tadi. Tidak sampai dua saat., halwa telinga menangkap bunyi ilai tawa Khairul yang tergelak besar dari dalam bilik. Darleesa melajukan kaki untuk ke tingkat bawah.

Aroma nasi lemak mewangi mampu membuka selera sesiapa sahaja menghidunya lebih-lebih lagi kewangian daun pandan dari nasi yang ditanak menghiasi segenap ruang dapur itu. Sambal ikan bilis, sambal ikan masin dan juga sambal telur rebus dihidangkan di atas meja berserta pelengkap bahan menjamu nasi lemak. Pinggan-pinggan dan dua teko jag teh o panas serta milo panas turut disusun tertib di kanan meja bersantap.

"Sedapnya bau nasi lemak. Terus lapar Kate jadinya tau!" Katrina tersenyum lebar dan melabuhkan punggung di sisi Puan Sri Ku Dahiyah. Kecur air liur melihatkan juadah yang terhidang di depan mata. Stensil sudu dan garpu yang tersedia di tepi pinggannya dicapai.

"Baru bangun ke, Katrina? Ingat kan tunggu matahari merembang atas kepala baru ingat nak bangun."

Perlian Puan Sri Ku Dahiyah menarik senyuman di bibir Katrina. Wanita tua itu sibuk menekan-nekan jari telunjuk di skrin ipad tanpa memandangnya. Ucapan terima kasih dihadiahi Fathia selepas pinggangnya terisi nasi. Sambal ikan bilis di dalam mangkuk kaca dikaut sedikit dan diletakkan di tepi pinggan, disertai dengan mentimun serta kacang goreng. "Alaaa baru pukul sembilan pagi nenda. Kira awal lagi lah ni. Lagi pun semalam Kate tak berapa nak lelap sangat. Busy dengan hal butik. Sakit kepala."

"Kerja tu kerja juga. Kamu tu dah tiga puluh empat tahun. Cepat-cepat lah kahwin, Katrina..." Bebel Puan Sri Ku Dahiyah kerisauan. Umur cucunya makin meningkat, tetapi tidak pernah seorang pun teman lelaki yang dibawa Katrina untuk berjumpa dengannya. Alasan tidak mahu berkahwin disebabkan jodoh masih belum kunjung tiba. Macam mana lah lelaki mahu sangkut dengan Katrina kalau cucu perempuannya ini tidak habis-habis meletakkan hal kerja di carta utama? Waktu cuti pun sibuk menguruskan kerja sehingga lewat malam. Bila masa hendak ber-dating kalau begitu saja caranya?

[C] Jika Harus BegituWhere stories live. Discover now