"Nenda nak minta maaf.."ucap Engku Ziemah dengan rasa bersalah.

"Kenapa baru sekarang nenda nak minta maaf? Bila semua benda dah jadi, baru nenda nak minta maaf?" balas Zafriel mendatar.

Satu keluhan Engku Ziemah lepaskan. Sesekali matanya menerjah pada wajah pucat milik Qaliesya. Dadanya berombak sebak. Masih tergambar hari kejadian itu. Di mana.. Qaliesya datang selamatkannya.

Ya, kereta yang dipandu pada hari kejadian itu memang sengaja mahu melanggarnya. Dia berkuasa maka memang ramai yang berasak-asak mahukan kuasa yang dipegangnya. Dan.. tak sangka pada ketika itu Qaliesya sanggup berkorban nyawa mahu menyelamatkannya.

"Nenda sedar selama ni nenda terlalu ikutkan apa yang nenda mahukan. Maafkan nenda, Zaf. Nenda sedar semua silap nenda. Sepatutnya nenda tak patut ikutkan apa yang nenda mahukan. Maafkan nenda, Zaf.." keluh Engku Ziemah kesal.

"Benda dah jadi nenda. Zaf taknak salahkan sesiapa.. Dalam hal ini, tiada pihak yang betul dan tiada pihak yang salah."ujar Zafriel masih tak memandang wajah nendanya itu.

Engku Ziemah menarik senyum pahit. Tangan Qaliesya yang digenggam Zafriel dicapainya. Tangan itu digenggamnya erat. Zafriel terpaku dengan tindakan nendanya itu. Wajah Engku Ziemah terus dipandangnya.

"Nenda nak minta maaf dengan Qaliesha. Nenda sepatutnya beri dia peluang kedua. Nenda terlalu ikutkan marah nenda sampai nenda tak beri dia peluang untuk berubah. Nampaknya, nenda ni bukannya yang terbaik untuk kamu,Zaf."ujar Engku Ziemah masih mengekalkan senyum pahitnya.

Terpaku Zafriel dibuatnya. Dia lihat air mata jernih membasahi pipi wanita itu. Sedikit-sebanyak, hatinya jadi tersentuh. Tangan wanita itu dicapainya. Tergamam Engku Ziemah dibuatnya.

"Tak apalah, nenda. Zaf tak kisah. Zaf tahu yang Qaliesya pun tak kisah tentang semuanya." balas Zafriel dengan senyuman tipis.

Engku Ziemah ketap bibir. Matanya tak semena-mena dialihkan pada wajah Qaliesya. "Maafkan nenda, Qaliesya.."

"Maafkan nenda.."

...

Anak mata Kartini melirik ke arah gelagat Pudin yang sedari tadi asyik leka menyusun majalah yang bersepah di meja kopi dalam wad peribadinya. Sudah dua minggu dalam wad, selama itulah Pudin tak pernah lekang menyinggah melawatnya.

"Abang Pudin.."seru Kartini.

Lelaki itu terus mengalihkan ekor matanya pada Kartini yang masih bersandar pada kepala katil hospital. Tanpa dia sedari, mata coklat gelap milik Kartini leka melirik gelagatnya. Satu senyuman tipis Pudin berikan.

"Kenapa, Tini?"

"Boleh Tini tanya satu soalan?"

"Apa dia?"

Kartini ketap bibir. Tadi, dia yang beria-ia mahu bertanyakan soalan tapi sekarang.. dia pula yang terkial-kial mahu bertanyakan soalan. Ekor matanya dialihkan ke tempat lain. Kepaalnya ligat memikirkan ayat yang patut disusunkan.

"Kenapa, Tini?"Pudin sedikit berkerut dahi.

Bibirnya digigit lembut dan matanya menatap wajah Pudin. "Kenapa abang  susah payah tolong Tini, jaga Tini? Lagipun, ini bukannya kerja abang. Tini tak minta pun."perlahan dia menghamburkan pandangannya.

Bibir merah Pudin menguntum senyum pendek. Dia selesaikan kerjanya sedikit sebelum dia bergegas merapati katil gadis itu. Kartini masih menanti jawapan daripada lelaki itu.

"Kenapa Tini tanya?"

"Saja. Nak tahu."

Pudin mengeluh perlahan.  Untuk seketika, matanya dialihkan ke tempat lain. Sekali lagi, dia mengeluh namun kali ini kedengaran lebih berat daripada tadi. Seperti ada sesuatu yang terpendam dan dia mahu luahkan.

"Kalau abang beritahu.. Tini yakin ke nak dengar?"

"Cakap aje."balas Kartini sudah buat muka ingin tahu. Seluruh pancainderanya difokuskan pada lelaki itu.

Pudin menarik nafas dalam. Lama. Selepas itu, bibirnya menjungkit senyum senget. "Abang sukakan Tini."

Tergamam Kartini dibuatnya. "Su-suka?"

Lelaki itu menganggukkan kepala. "Tapi, abang pendam sebab abang tahu yang Tini takkan pandang abang lagipun.."kata-kata Pudin dipintas Kartini.

"Maaf abang, bagi Tini abang tak layak untuk Tini.."mendatar gadis itu membalas. Riak wajah nya serious.

Tergamam Pudin dibuatnya. Yurp, dia ditolak. Direct.

...




Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now