Hujan masih renyai-renyai di luar sana. Makin hebat pula langit menabur kan air mata membasahi bumi. Guruh pula masih lagi berbunyi.

"Papa takkan tinggalkan kamu, sayang. Papa akan selalu ada di sisi kamu." suara garau itu menyapa halwa telingaku.

Mataku buntang. Aku rasakan ada tangan yang menjalar memeluk pinggangku. Tergamam aku dibuat nya. Pantas, aku menoleh ke belakang. Makin terpaku aku dibuat nya.

Zaf.. Zafriel?

"Terkejut?" spontan soalan itu dituju kan pada aku.

"Bu-bukan awak sepatutnya kahwin dengan Tini ke sekarang? Kenapa awak ada kat sini?" tergagap aku menyusun patah kataku. Aku masih terkejut dengan apa yang aku nampak sekarang ni.

Zafriel sekadar menyungging sengih. Pandanganku aku kalihkan pada baju melayu yang masih terpasang pada tubuhnya. Mata kami bertemu bila mata aku menyapa anak mata hazelnya. Terpaku aku saat melihat mata cantiknya itu. Tergoda.

Pelukan pada pinggangku masih dieratnya. Tanganku yang masih membelai perut digenggamnya kemas. Pandangan kami masih bertemu.

"Sebab abang tak sanggup nak dua kan cinta abang. Bagi abang, cukup hanya satu perempuan dalam hidup abang. Hanya satu."ujar Zafriel dalam nada menggoda.

Aku terpempam bila mendengarkan ayatnya itu. "Maksud abang? Kartini itu.."

"Abang tak jadi kahwin dengan dia. So, now.. let me think about us. Sekarang, abang cuma nak fokuskan pada keluarga kecil abang. Cuma abang, Qaliesya dan juga anak kita." tutur Zafriel sambil melebarkan senyumannya.

Aku ketap bibir. Entah kenapa, rasa bersalah ku mulai timbul. Namun bila dahiku dikucup oleh Zafriel, aku terkedu. Sekali lagi, wajahnya aku tatap.

"Jangan fikirkan apa-apa sekarang ni. Hanya fikirkan fasal keluarga kita saja, okey?" soal Zafriel seperti dapat baca apa yang membelengu fikiran ku.

Pada awalnya, aku tidak menunjuk kan sebarang respons namun akhir nya aku menarik senyum nipis. Tubuhku aku pusingkan menghadap Zafriel. Kedua-dua belah pipinya aku pegang.

Sudah lama rasanya, aku tak menatap wajah itu. Rindu. Rindu sangat-sangat.

"Rindu."spontan ayat itu terpacul dari mulutku.

Bila Zafriel dengar ayat itu, makin panjang sengihannya. Badannya dirapatkan pada tubuhku.Tangan kanannya memeluk pinggangku manakala tangan kirinya membelai ubun kepalaku.

"Rindu juga. Rindu Qaliesya, rindu anak kita." ucap Zafriel sebelum tubuhky ditarik dalam pelukan. Aku hanya biarkan.

Gembira. Satu perkataan itu saja cukup meluahkan apa yang aku rasa pada malam itu.
...
"Tini!!"

Kartini langsung tak pedulikan laungan dari belakangnya. Langkah nya masih kencang diaturnya. Wajah nya langsung tak menunjukkan apa-apa reaksi. Sedih pun tidak, gembira pun tidak.

"Tini!"akhirnya tangan Engku Ziemah berjaya mencapai tangan gadis itu.

Serta-merta gadis itu mematikan langkahnya. Wajah Engku Ziemah dipandangnya tanpa perasaan. Tergamam Engku Ziemah dibuatnya.
"Ada apa nenda?" soalan Kartini itu berjaya buatkan Engku Ziemah mulai diterpa rasa hairan.

Apakah? Punyalah kelam kabut majlis sekarang ni, soalan bodoh itu pula ditanya oleh Kartini? Tak waras ke?

Dia sudah mulai rasa tak sedap hati bila Zafriel ajak Kartini untuk berjumpa ketika majlis masih berlangsung. Suasana ketika itu sudah mulai haru-biru. Hampir sepuluh minit menunggu, akhirnya Zafriel dan Kartini naik pentas bersama. Mikrofon dicapai oleh Zafriel.

"Buat masa ni, kami tangguh pernikahan ini dulu. Terima kasih."

Ucapan pendek Zafriel itu berjaya meninggalkan persoalan dalam kalangan tetamu. Mulalah para paparazzi yang dahagakan gossip mengerumuni pentas. Namun, Zafriel pantas meninggalkan majlis manakala Kartini pula masih berdiri di atas pentas seperti orang yang tak tahu apa-apa.

"Kamu tanya ada apa? Tadi. Kenapa Zaf cakap dia nak tangguhkan majlis? Apa yang kamu berdua bincangkan sampai Zaf sanggup tangguhkan majlis? Huh?!" terus bertubi soalan dihamburkan pada gadis itu.

Kartini ketap bibir. Wajahnya dialih kan ke tempat lain. Tubir matanya tak semena-mena berair. Makin deras air matanya mengalir.

"Ab-abang Zafriel, d-dia.. d-dia.." patah katanya bagaikan tersangkut di kerongkong. Perit.

Engku Ziemah sudah mulai resah. Dahinya berkerut seribu. Menambah kan lagi kedutan tua pada wajahnya. "Kenapa dengan Zafriel?"

"Abang Zaf, d-dia masih suami Qaliesya. Dia rujuk Qaliesya jadi isteri dia semula. Perempuan itu.. d-dia mengandungkan anak Zafriel!" makin kencang tangisan Kartini bila nama Qaliesya disebutnya.

Sungguh, kenyataan itu masih tak mampu untuk dia terima. Tergamak lelaki itu buat semua itu padanya? Huh!

Buntang mata Engku Ziemah dibuat nya. Apa yang didengarnya buatkan jantungnya seperti mahu berhenti untuk berdegup. Nasib baiklah, dia tiada penyakit kronik.. kalau tidak, mau jenazah dia kat situ.

"Za-Zafriel bersama de-dengan Qa-Qaliesya semula?" nadanya masih tak percaya. Masih menagih kepastian.

Anggukan yang Kartini berikan buat kan Engku Ziemah gigit bibir. Perasaan marah dan geramnya membara.

Tak guna kau, Qaliesya!
...
p/s》

Salam. And selamat malam. Sorrylah kalau terlewat update. Rabu ni ada test so, kena take time untuk ulang kaji for biochem. Maka, maybe (maybe lah ye..) saya takkan update apa-apa bab. Hehe (yeyelah itu.. tetiba nanti terupdate bab baru pula kan? Haha.. manalah tahu)

Puas. Haha.. saya rasa pus hati bila bab 50(bab sebelum ni) berjaya buat kan anda dag dig dug gitu.. wou! So, unexpected. Sebab, saya buat bab itu tanpa feeling apa-apa. Sambil layan lagu BTS, saya pun buatlah story.

InsyaAllah, kalau tak ada apa-apa halangan. Bab 52 dan 53 saya akan update maybe esok maybe lusa (maybe hari ni).. haha!! Doakanlah saya rajin untuk update..

Tak ada point kan saya menulis benda ni? Hahaha.. saja, membebel. Bosan lah, study. Menulis lagi syok.. erm2..😍

....


Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now