Thaqif yang aku kenal sekarang ni memang sudah tidak waras. Bila rasa cinta menguasai, dia boleh ubah seseorang itu menjadi orang tidak waras. 

Memang, Thaqif adalah orang yang aku cinta tapi semua itu sudah lama menjadi sejarah. Sekarang, hati aku bukan lagi tercatat nama Thaqif. Ketika ini, nama Zafriel sudahpun terlukis dalam tangkai hati aku. Hanya nama dia.

"Okey, okey.. Kalau you taknak bermadu,  I takkan teragak-agak untuk ceraikan dia. Asalkan, kita dapat bahagia sama-sama. Nak?" sah, lelaki itu memang sudah hilang kewarasan akalnya.

Serta-merta aku bangun. Hilang yyuu mood aku nak merehatkan minda aku ni. "You dah gilalah, Thaqif!" herdikku sudah mulai merona geram.

Tak semena-mena, aku mengatur langkah meninggalkan Thaqif. Di belakang, aku dengar namaku diseru nya berkali-kali. Namun, aku langsung tak pedulikan.

Lantak kaulah, Thaqif! Aku malas sudah nak melayan..
...
Tuk! Tuk! Tuk!

Bunyi ketukan bertalu-talu pada pintu bilik hotelnya membuatkan Zafriel beralah malas. Dia yang ketika itu sedang leka baring di atas katil, terus bangun dengan rasa malas.

"Kejap-kejap!"laung Zafriel geram.

Namun, bunyi ketukan itu masih jelas kedengaran. Sambil-sambil itu, Zafriel menggerutu geram. Haish.. siapalah yang mengganggunya pada malam-malam begini.

Sehari suntuk dia sibuk dengan rehearsal perkahwinannya. Jalan atas pentas menuju ke tempat persandingan pun dia nak kena belajar. Pfft..

Itulah Engku Ziemah. Semua benda nak nampak lancar. Kalau tak kena sikit, berbulu mata orang tua itu. Lagipun, majlis perkahwinan mereka dibuat secara besar-besaran, dipertontonkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Esok adalah hari dimana Zafriel akan melafazkan akadnya. Dan, esok adalah hari di mana dia bakal menjadi suami kepada gadis itu. Gadis yang sampai saat ini masih tidak ada nama dalam hatinya lagi.

Buka sahaja pintu, Zafriel dikejutkan dengan kelibat Kartini di depan pintu. Bibir gadis itu menguntum senyum bahagia di hadapannya. Zafriel tergamam.

"Tini tak tidur lagi?"soal Zafriel hairan.

Kartini menggelengkan kepala. "Tini tak dapat nak tidur sebab Tini seronok sangat nak jadi isteri abang. Kalau boleh, Tini nak malam ni berlalu dengan pantas." ujar gadis itu masih tak lekang dengan senyuman nampak giginya.

Zafriel hanya mampu menarik sengih. Kalau perempuan itu nak malam ni berlalu dengan pantas, Zafriel mahu kan semua yang dilalui ini hanyalah satu mimpi ngeri. Mimpi yang tak pernah nyata.

"Kenapa datang bilik abang?"

"Abang.. Tini nak tengok muka abang sebelum abang jadi suami Tini. Mungkin bila tengok muka abang, Tini boleh mimpi indah ke malam ni?" ujar gadis itu sudah melenggok gedik.

Zafriel hanya angkat kening. Apakah? Tidur pun nak tengok muka bagai. Pfft.. Juliet sa... ngat..

"Hahah.. kelakarlah Tini ni. Erm.. abang mengantuk dah ni. Tini pergilah tidur." pinta Zafriel. Lakonan mengantuknya dimantapkan.

Kartini sekadar menganggukkan kepala. Sebelum pergi ke biliknya semula, sempat gadis itu melayangkan 'love sign' pada Zafriel. Zafriel hanya melayan. Senyuman palsu diukirkan pada birai bibir.

Satu keluhan kecil Zafriel lepaskan. Pintu dikunci. Perlahan-lahan dia mengatur langkah kemas menuju ke katil. Punggungnya  dilabuhkan. Wajah nya diraup perlahan.

Hatinya masih berkira. Apakah betul apa yang aku lakukan sekarang ni? Betul ke kau nak teruskan perkahwinan tanpa rasa cinta ni sekali lagi?

"Qaliesya.." lembut nama itu meniti keluar dari mulutnya.  Wajah itu tak semena-mena silih berganti dalam kotak fikirannya.

Serta-merta, telefon pintar dicapainya.  Baru sahaja tekan aplikasi whatsapp, Zafriel dapat pesanan daripada nombor seseorang. Seseorang yang kini bertandang dalam hatinya.

'Saya harap awak akan bahagia dengan Kartini. Goodluck, Zafriel.'- Qaliesya.

Zafriel tergamam. Bahagia? Aku tak bahagia Qaliesya. Aku bahagia bila kau ada di sisi. Aku bahagia bila nampak kau depan mata aku!

'Aku tak bahagia..'-Zafriel.
'Kenapa?'-Qaliesya.
'Sebab dalam hati aku bukan dia.'-Zafriel.

Pada masa yang sama, aku membelek pesanan itu. Sungguh, aku terpaku bila baca ayat Zafriel yang itu. Tak bahagia? Bukan Kartini?

'Kalau bukan Tini, siapa?'- kirim.
'Kau..'-Zafriel.
...
p/s》

Hye guys..

Nampaknya, cerita ni dah nak sampai ke penghujungnya. Maybe lah, kot?! Kalau idea aku banyak tetiba.. makin meleret lah kot tapi InsyaAllah.. ianya akan sampai ke ending tak lama lagi. Aku tetapkan hujung bulan 3 ni, aku akan habiskan story ni.

Bulan 4 itu, maybe aku nak rest. Nak jadi seorang reader wattpads plk. So, kalau ada sesiapa yang tak tahu ataupun dah tahu... aku ada published story baru. Story yang ke-5.. baru 3 bahagian.

InsyaAllah, story itu aku akan sambung awal bulan 5 ni. Tengoklah kerajinan. Kalau rajin, aku akan start bulan 4 ni kot.. Kotlah..

So, the fifth story is given as 'Misi Memburu Suami'. Cliche? Pfft.. jujur aku kata.. citer ni pun cliche gak. Layan lah, k?
...

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now