"Thaqif tak teman kan awak?" soalku cuba mencari topik.

Sebingkis senyuman pendek Zulaikha berikan. Perlahan-lahan gelengan dia berikan. "Dia kerja. Lagipun, saya taknak susahkan dia." dalihnya.

Aku sekadar menganggukkan kepala. "Seronok betul saya dengar awak mengandung. Mesti Thaqif akan gembira kalau dapat tahu yang awak mengandung. Kalau awak nak tahu, Thaqif itu memang sukakan budak-budak." sempat aku kaitkan minat Thaqif pada budak-budak.

Zulaikha hanya tersenyum nipis. Suka? Hmm.. betul ke abang Thaqif suka? Jadi, kalau dia tahu aku mengandung maknanya dia akan terima aku dan anak aku ni ke? Zulaikha diterpa persoalan.

Bila lihat Zulaikha termenung, dahiku berkerut. Hairan juga aku melihat Zulaikha ni. Aku pasti Zulaikha bukannya jenia yang pendiam tapi.. kenapa dia banyak termenung daripada bercakap?

"Teringatkan Thaqif lah itu."sempat aku mengusik Zulaikha.

Seperti tadi, dia senyum saja. Selepas itu, senyumannya berubah hambar.

"Abang Thaqif layan awak dulu macam mana, Qaliesya?" soalan itu berjaya buatkan aku hilang kata. Wajah Zulaikha aku pandang.

"Kenapa tanya soalan itu?" soalku hairan.

"Saya cuma nak tahu. Kalau awak keberatan, awak tak payah cerita. Maaf kalau soalan saya buat awak rasa tak selesa." ujarnya sudah menundukkan pandangan ke bawah.

Aku ketap bibir. Tak semena-mena bahunya aku peluk. Tergamam Zulaikha dibuatnya. Wajahku dipandangnya.

"Saya percaya Thaqif itu baik. Dia memang kadang ego. Saya nak Zu tahu. Saya dan Thaqif itu ibarat kisah lama. Saya dah lama lupakan dia. Sekarang, Thaqif ada Zu.. dia cuma milik Zu." kata-kata semangat aku suntikkan dalam dirinya. Nampak nya, Zulaikha terpengaruh dengan bicara acah-acah aku itu.

"Terima kasih, Qaliesya sebab maaf kan saya. Sekarang ni, awak sudi pula jadi kawan saya. Thanks." ucap nya. Tangan kanannya melingkar melilit pinggangku.

Aku membiarkan. Beruntung betul Thaqif dapat Zulaikha.

Sudahlah cantik, peramah pula itu. Bagi aku, Thaqif buta kalau dia lebih pilih aku daripada Zulaikha. Hmm..
...
Salam yang aku hulurkan dari luar rumah langsung tak bersahut. Dahiku tak semena berkerut. Mana tak berkerutnya. Kereta ibu elok saja terparkir di luar rumah tapi.. rumah sepi semacam.

Selalunya petang-petang macam ni, ibu sibuk dengan kebun mininya. Kalau tak berkebun, ibu akan merayau di sekitar banglo untuk menikmati angin petang yang mendamaikan. Yurp, memandang kan banglo yang abah beli ini jauh dari kesibukan kota Kuala Lumpur di bawah sana.

Langkah kakiku aku atur kemas memasuki ruang tamu. Lintas sahaja ruang tamu, tak semena-mena aku dengar suara seseorang menyeru namaku.

Sekilas, aku menoleh ke arah si empunya suara. Kelibat ibu yang sedang duduk bersilang kaki di sofa aku pandang. Keningku terangkat sedikit. Semacam aje ibu hari ni?

"Ibu, kenapa ni?"soalku. Aku merapati ibu.

Ibu mengeluh perlahan. Wajahku dipandangnya.  "Iesya duduk sebelah ibu kejap. Ada benda yang ibu nak tanya pada kamu." arah ibu dalam nada lembut dan pada masa yang sama tegas pada pendengaran ku.

Tidak membantah, arahannya itu aku turuti. Aku hadapkan tubuhku ke arahnya. Wajah ibu yang sedikit serius pada petang itu, aku pandang.

"Kamu baru balik dari mana?"

"Rumah Farah." nama Farah aku kait kan sebagai alasan untuk menutup perkara yang sebenar.

"Kamu jangan nak tipu ibu. Tadi, kamu pergi klinik kan? Apa yang kamu buat pergi klinik?" kata-kata ibu berjaya buatkan aku terlopong.

"Ma-macam mana ibu tahu?"soalku sedikit terkejut.

Ibu mengukir senyum pendek pada aku. "Ibu hantar orang untuk ikut kamu sebab ibu mula rasa tak sedap hati. Ibu dapat rasa yang kamu ada sembunyikan sesuatu daripada ibu. Betulkan apa yang ibu katakan ni, Iesya?" soalan itu buatkan aku termangu sendiri.

Pandanganku aku alihkan ke bawah. Debaranku kian hebat menghentam dada. Huh! Mungkin ke ibu tahu aku sedang mengandung sekarang ni?

"Kamu mengandung kan, Iesya?" aku akhirnya mati kata. Tak semena-mena, aku gigit bibir. Ya Allah, nampaknya.. apa yang aku takutkan selama ni terjadi juga.

Aku hanya mampu menunduk memandang lantai. Tak berani untuk aku alihkan mataku pada wajah ibu. Aku tak sanggup untuk lihat wajah sedihnya.

"Jawab soalan ibu itu, Iesya. Kamu mengandung kan?!"ibu ulang semula soalannya bila jawapan tidak aku berikan.

Lama aku mendiamkan diri. Tangisan ibu berjaya buatkan rasa berslahku makin menebal. Perlahan- lahan aku anggukakan kepala. Makin hebat, ibu menangis.

"Kenapa kamu ni, Iesya? Kenapa kamu buat semua ini pada ibu dan abah. Apa salah kami?" ibu tak henti- henti menyalahkan diri sendiri.

Serta-merta lengan ibu aku peluk. Air mata aku mengalir. "Ibu, ibu jangan salah faham. Iesya tak buat semua itu. Iesya masih dapat bezakan yang halal dan yang haram. Percayakan Iesya ibu." rayuku menagih belas.

Ibu ketap bibir. Air mata yang masih gugur dikesat dengan lengan baju nya. Wajahku dipandangnya sebak. "Maksud kamu?"

"Anak ni.. bukannya anak yang ibu fikirkan itu. Dia bersih dan suci daripada semua itu. Iesya mengandungkan anak Zafriel. Anak yang sah dan ayahnya adalah Zafriel." aku cuba untuk yakinkan ibu. Tak mahu aku lihat ibu nangis begitu.

Aku lihat riak wajah ibu sedikit terkejut. Guguran air matanya beransur hilang. Kini, diganti dengan riak wajah seakan tak percaya.

Aku mengeluh lemah. Nampaknya, aku kena jelaskan semuanya. Alang-alang ibu sudah tahu, lebih baik aku buka terus.

"Dan.. ada satu lagi yang Iesya sembunyikan daripada ibu. Iesya sebenarnya masih sah bergelar isteri Zafriel." pengakuan aku itu berjaya buatkan ibu tergamam.

"Kamu masih isteri Zafriel?"

Aku menganggukkan kepala. "Ya, ibu. Masih."
...

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now