Terus kecur liur aku dibuatnya. Kepalaku aku pusingkan ke dapur dan tajam sahaja mataku menikam ke peti sejuk. Phuhh.. pekena cake waktu siang memang sedap. Erm!

Segera aku lompat menuju ke dapur. Telefon pintarku aku bawa ke dalam tanganku sekali. haha.. Aku memang pantang kalau berkaitan fasal coklat moklat bagai ni.

Maklumlah, dulu.. aku jenis jaga badan. Makan biskut aje sikit.. gemuk. Makan nasi sikit, berisi. Kerana itulah, aku jarang makan kat rumah. Walaupun banyak lauk yang Zafriel masakkan tapi hampir kesemuanya langsung tak menyentuh lidah aku.

Tapi, sekarang.. makan nasi dua kali tambah pun, aku okey aje. Akukan mengandung, mana boleh amalkan diet bujang macam itu.

Buka sahaja pintu peti sejuk, terus mataku terpaku pada sepotong kek coklat dengan hiasan yang sangat menarik. Perlahan-lahan aku capai kek tersebut dengan senyuman terukir di bibir. Hiasan di atasnya aku tilik untuk sejenak.

'Baby My Love..'

Makin panjang senyumanku. Aih, sweetnya dapat kek daripada ayah dia. Untung betul anak aku ni. Segera aku bawa ke meja makan. Bau coklat cair itu benar-benar mencabar selera aku.

Baru sahaja aku mahu suapkan kek ke dalam mulut, telefon pintar yang aku letakkan di depan mata berbunyi menandakan ada pesanan masuk. Segera aku belek.

'Thats for my baby not yours.. please, makan kenyang-kenyang supaya my baby tak lapar.'-Zafriel.

Aku kacip gigi. Geram pula tiba-tiba. Fine. Tak payah beritahu pun, aku tahulah. Pfftt..

'Erm. Thanks'-Kirim.
Ikhlaskan hati tu Qaliesya. Ikhlas kan..

'Eat and sleep well'-Zafriel.
...
Puan Sri Dailan merapati Kartini yang ketika itu sedang sibuk membelek majalah kecantikannya di gazebo. Itulah rutin harian Kartini kalau cuti. Hmm.. sebenarnya waktu kerja pun, anak daranya yang seorang itu menyempat juga membelek majalah kecantikan itu.

Bangku kosong yang terletak bersebelahan Kartini didudukinya sambil matanya menikmati pemandangan alam pada petang itu. Sejuk dan mendamaikan.

"Bukan semalam mama kata mama ada meeting ke?"soal Kartini seperti acuh tak acuh. Wajah bersih mama nya itu langsung tak ditatapnya.

"Cancel. Dato' yang handle benda itu tak bagi kerjasama. Erm.. so, mama cuti hari ni."balas Puan Sri Dailan cuba memeriahkan suasana.

Kartini mengerling ke arah Puan Sri Dailan untuk sejenak sebelum mata nya kembali difokuskan pada majalah yang berada dalam tangan nya. Entah kenapa, topik mamanya cuti itu langsung tak menarik minatnya.

Hmm.. mungkin dah lali kot.

"Mama ingat mama nak masak untuk makan malam. Kamu ajaklah Zafriel sekali. Nak tak?"cadang Puan Sri Dailan sudah menyapu-nyapu tangannya.

Kartini sekadar menggelengkan kepala. "Nope. Tadi petang, Tini ajak abang Zaf makan kat luar. So, thanks for that suggestion."balasnya mendatar.

Puan Sri Dailan sekadar menganggukkan kepala walaupun kenyataannya dia agak terguris hati pada kata-kata anaknya itu. Semenjak dua menjak ni, Kartini asyik bersikap dingin saja dengan nya. Bercakap pun tak pandang muka.. hmm, hati ibu mana yang tak sedih dilayan begitu?

Suasana hening membelengu mereka berdua. Kedua-duanya sama-sama membisu. Kartini sibuk dengan majalah manakala Puan Sri Dailan pula sibuk melayan perasaan.

Bunyi kereta memasuki perkarangan rumah mereka menarik perhatian Kartini. Terbit senyuman lebar di bibir gadis itu tatkala melihat kereta Audi R8 berwarna biru itu terparkir di depannya. Dan.. Kartini tahu siapa kah gerangannya. Of courselah, Zafriel!! Tunang kesayangannya itu.

Dengan tergedik-gedik, Kartini merapati kereta tersebut. Puan Sri Dailan pula menuruti langkah anak daranya itu di belakang. Tiba sahaja di muka pintu kereta pemandu yang masih tertutup, Kartini sudah menunggu dengan setia.

Pintu kereta di buka dan senyuman Kartini yang tadinya melebar, mulai pudar. Keningnya sudah berkerut.

"Ma-mana Zaf? Bukan dia kata dia nak keluar dinner dengan aku ke?"gertak Kartini apabila melihat kelibat yang keluar dari kereta itu bukan Zafriel tetapi Pudin.

Pudin sekadar menyungging sengih senget. Wajah Kartini yang sudah menyinga dipandangnya.

"Cadangan awal memang macam itu tapi tiba-tiba Zaf tak dapat datang sebab ada appoinment dengan client. So, dia minta aku bawakan kau makan malam."ujar Pudin lembut.

Sempat Pudin mengambil kesempatan untuk membelek wajah Kartini dari dekat. Tanpa Pudin sedar, bibirnya menguntum senyum pendek.

Tiada siapa tahu yang hatinya tercatat nama gadis itu. Kerana persahabatan, Pudin lebih memilih makan hati daripada menghancur kan ikatan persahabatannya dengan Zafriel. Kawan lebih penting daripada cintakan?

Lagipun, sejak dari awal pertemuan sehinggalah sekarang layanan Kartini padanya tak pernah baik. Layanannya sama seperti majikan kepada budak bawahan. Namun, kerana sayang.. Pudin tak kisah dilayan seperti budak asalkan dia dapat dekat dengan gadis itu.

"What?!!! Kenapa Zaf tak beritahu I dulu?" soal Kartini dalam nada geram dan terkejut.

Pudin sekadar angkat bahu. Cakap banyak pun tak guna.

Puan Sri Dailan yang berada di sebelah Kartini sudah tersenyum nipis. "Kalau macam itu, eloklah kalau makan kat rumah aje. Jimat sedikit minyak kereta itu. Hmm.. marilah makan dengan kami Pudin." ajak Puan Sri Dailan.

"No way, ma! Hmm.. Tini taknak makan. Fullstop!"gertak Kartini sebelum menghempas kaki meninggalkan mereka berdua di perkarangan.

Puan Sri Wildan hanya mampu menggelengkan kepala. Satu keluhan pendek dilepaskannya. Penat. Penat melayan anak daranya itu.

"Puan Sri, kalau.. Tini tak nak pergi, saya balik dululah."ujar Pudin cuba menyembunyikan rasa hampanya itu.

Punyalah gembira dia bila ditugas kan membawa Kartini keluar makan tapi tiba-tiba Kartini taknak pula. Sia-sia saja Pudin berangan lebih di siang hari, berangan dapat makan berdua dengan Kartini.

"Hmm.. hati-hatilah kalau macam itu. Bawa kereta elok-elok."tegur Puan Sri Dailan lembut.

Pudin sekadar menganggukkan kepala. Sebelum masuk ke dalam kereta, dia sempat mengerling ke beranda bilik Kartini. Satu keluhan berat dilepaskannya.

Susah betul kalau pendam perasaan cinta ni.
...
p/s》

Salam, guys.. Sorry sebab lambat update sebab saya lately ni tak berapa nak rajin sangat buat story. Nak gosip sikit aje.

Tak balas pun tak apa.. asalkan baca.
Haha..

Macam mana cara lelaki game kita eiyh? Sebab saya kenal seorang hamba Allah ni,..tak tahulah dia gaming ke tak, but.. erm.. cara dia itu buat saya confius tentang feeling dia. Dia suka ataupun tak?

So, lepas ni.. jangan cakap pompuan complicated. Lelaki pun kalau time sengal dia datang.. dia pun boleh jadi.complicated. Huh!!

Sebab itu tak ada feel nak tulis story, but I will try to update lepas ni. Tak bestlah kalau lambat update kan? Nanti lupa alur citer pula kan?! Haha.. sorry2..






Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now