"Ieiih, still manja lagi dengan auntie. Hmm.. so cute. But, wait.." aku berkerut dahi bila wanita itu sudah membelek tubuhku atas bawah dengan perasaan terkejut.

Wajah Fatihah dan ibu aku pandang silih berganti sambil buat muka pelik. Setelah itu, aku belek gaun maroon yang aku pakaikan pada tubuhku. Kenapa? Pelik ke gaun maroon ni?

"Why auntie?"soal Fatihah kehairanan melihat gelagat Auntie Sophia yang sudah menggaru-garu dagu membelek tubuhku atas bawah.

Wanita itu mengalihkan matanya memandang ke arah Fatihah. "Auntie nampak badan Iesya dah naik. Erm.. macam terlebih sihat." hampir terbatuk aku bila dengar kata-kata Auntie Sophia.

Ibu sudah berkerut dahi. Dia terus membelekku atas bawah. "Ha'ah lah. Kenapa ibu baru perasan? Kamu nampak lebih bam-bam sekarang." ibu pula beri pendapat.

Jantungku sudah berdegup hebat. Perasaan risau dan resahku sudah mulai mengganggu jiwa aku. Huh, aku risau kalau mereka tahu aku mengandung. Ma-macam mana ni? Macam mana kalau kantoi?!

"Eh-eh.. ma-mana ada naik. Iesya timbng dua hari lepas. Maintain aje. Huh, mungkin baju ni kot. Buat Iesya nampak berisi sikit." sedaya upaya aku cover rasa gemuruhku. Sebingkis senyuman kelat aku berikan pada mereka.

Auntie Sophia sekadar mengangguk kan kepala. "Erm.. mungkinlah kot. Jadi lepas ni, auntie sarankan Iesya jangan pakai warna maroon lagi. Nanti orang cakap Iesya mengandung pula."sempat wanita itu mengusik diselangi tawanya yang gemersik.

Aku sekadar tersengih sumbing. "Mengandung? Ahaha.. Tak mungkin lah Iesya mengandung kan? Hahaha.. auntie ni. Lassser sangat.." aku selitkan nada menyindir. Huh, aku tak tahulah selama mana aku boleh bertahan untuk menipu.

Orang yang aku bohongkan inipun bukannya calang-calang. Orang hebat.
...
Cermin tandas aku belek dengan perasaan bercampur baur. Setiap apa yang aku nampak bermain dalam kotak fikiranku. Bayangan Zafriel dan Kartini berjalan bergandingan depan mataku dan Zafriel.. buat tak pedulikan aku.

Huh!! Aku tak faham..

Dia kata dia rujuk aku sebagai isteri nya semula tapi kenapa? Kenapa dia buat macam aku dengan dia ni tak ada apa-apa? Kenapa dia buat aku macam orang bodoh dalam perhubungan ni?!

Sakit. Yurp. Itu apa yang aku rasakan ketika ini. Zafriel seperti menjadikan aku sebagai orang ketiga dalam perhubungan cintanya dengan Kartini. Huh? Ke.. ini cara dia balas dendam pada aku?

Cara dia sakitkan hati aku setelah apa yang aku buat pada dia selama ni? Cara dia nak dera hati dan fizikal aku? Aku kacip gigi. Tak semena-mena, aku terhasut pada bisikan hatiku sendiri.

Pantulan wajahku pada cermin aku renung tajam. Langsung tiada secalit senyuman terlukis di birai bibirku.

"Aku harap ini bukannya permainan kotor engkau, Zafriel."ucapku terselit nada geram.

Selesai sahaja aku membersihkan muka, aku terus mengatur langkah keluar dari tandas. Belum dua langkah aku menjauh, tanganku ditarik seseorang dari belakang menyebabkan aku hampir jatuh terduduk di atas lantai.

Terus kelibat itu membawa aku ke tempat yang tersorok daripada pandangan ramai. Aku terpaku tatkala wajah Zafriel kini berada di hadapanku. Riaknya sedikit resah memandang sekeliling supaya memastikan tiada sesiapa di situ yang akan sedar perbualan kami berdua.

"Za-Zafriel?"seruku tergagap sambil mataku aku dongakkan memandang nya.

Zafriel menundukkan pandangannya memandangku. Perbezaan tinggi aku dan dia sangat ketara. Tinggiku hanya sebatas bahunya.

Bibir Zafriel menguntum senyum nipis. "Ya?"

Aku kacip gigi. Ergh!! Nope, nope! Aku tak boleh layan perasaan macam ni! Kalau betul Zafriel ada niat nak game kau that's mean dia akan cari jalan untuk buat kau suka kan dia. Yeah, that's it!

"Boleh jauh sikit tak? Semak." selamba aku hamburkan ayat garang ku itu padanya.

Zafriel tersengih bila dengar aku kata begitu. Dia mengundur dua tapak ke belakang sambil mengangkat tangan seperti orang bersalah. Terus aku berpeluk tubuh. Wajahnya aku pandang marah.

"Bukan saya dah beritahu awak ke yang kita getback ni secara rahsia? Even, we still husband and wife but please, we must not show it to others." sengaja aku berikan peringatan kecil itu kepada Zafriel.

Zafriel sekadar menyungging sengih. Untuk seketika, dia mendiamkan diri. Wajahku ditatapnya lama. Melihatkan itu, aku sudah dibelengu rasa tak selesa.

"Kenapa awak pandang saya macam itu?" soalku sudah melarikan pandanganku ke tempat lain.

Keluhan kecil meniti keluar dari mulut lelaki itu. Terus dia alihkan matanya daripada terus menatapku. "Kau baru lepas menangis kan?"

Dugaan nya itu buatkan aku terpempam. Segera aku menyeka kelopak mataku yang sudah kering. Huh?! Macam mana dia tahu ni?

"Pfft.. nope. I'm not crying."
"Lier. You're crying. I know it." cantasnya bila dengar aku berdalih.

Aku ketap bibir. Tubuhnya aku dekati. Wajahnya aku tatap geram.
"Fine kalau awak nak fikir apa pun but.. saya nak awak tahu. Saya dengan awak jadi suami isteri untuk sementara saja sampai baby dalam perut saya ni lahir then after that we're nothing."tekanku.

Tak semena-mena aku mengatur langkah menjauhi Zafriel. Dadaku yang berkocak hebat aku pegang. Huh.. kenapa ni Qaliesya? Kenapa kau sedih ni?

"Still choose your ego as a king. Pfft.." sinis suara Zafriel menyapa gegendang telingaku. Sentap. Ya, itu apa yang aku rasakan.

Namun, aku masih meneruskan langkahku meninggalkannya di belakang.. dengan hati yang sedih.
...

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now