Satu-satunya gadis yang buatkan Zafriel terbuka menyayanginya sampai sekarang. Zafriel ketap bibir..

Telefon pintarnya dicapai lalu, nombor telefon seseorang didailnya. Buat masa sekarang, dia perlukan jawapan. Dia tak mahu ragu-ragu.

Lama dia menunggu panggilannya diangkat. Akhirnya, orang yang dihubunginya itu menjawab. Salam yang dihulurkan oleh Zafriel disambutnya.

"Kenapa abang Zaf call ni?"soal suara gadis itu dari corong speaker.

"Abang nak jumpa boleh tak? Farah free ke sekarang?"
...
Selesai sahaja mengeringkan rambut, aku terus mengambil sikat untuk menyisir rambut. Cermin di hadapanku aku pandang kosong. Perasaanku masih dibelengu rasa serba-serbi.

Walaupun sudah hampir 4 hari kejadian di Pulau Pangkor itu berlalu namun ia masih menghantui fikiranku. Pertemuan antara aku dengan Zafriel itu buatkan aku dihimpit rasa bersalah.

Setelah apa yang aku katakan dan buat pada Zafriel selama ni, dia datang menolong aku tanpa aku pinta. Aku masih ingat macam mana cuak wajahnya bila lihat aku kesakitan begitu. Suaranya sangat syahdu saat menyeru namaku. Dan, aku lihat jelas juga butir air matanya. Huh!!!

Tak semena-mena, aku mematikan lamunanku. Nope! Zafriel bekas suami aku. Bekas suami aku! Salah hukumnya kalau kau masih ingatkan dia. Bukan kau ke yang buang dia dan sekarang.. kau pula melaram ingatkan dia?! Come on lah, Qaliesya!!

"Akak, akak masih ingatkan siapa yang tolong akak waktu itu? Abang Zafriel kak! Abang Zafriel.. dia yang bawa akak, dia yang tunggu akak dan dia juga yang.. rawat akak masa akak tak sedar satu hari itu."

Kata-kata Fatihah mulai bermain dalam ingatanku. Apa yang dia katakan buatkan rasa aku bercampur baur. Antara sedih dan sebak.. aku rasakan keduanya. Kenapa lelaki yang aku buang dalam hidup aku itu memilih untuj bantu aku?

Selama ini, aku kejam pada dia. Aku seksa hatinya, malah aku menidak kan tanggungjawabnya sebagai suami aku tapi.. sekarang? Dia tolong perempuan macam aku?! Kenapa Zafriel?! Kenapa kau tolong aku?

Kau boleh aje abaikan aku, kau boleh aje biarkan aku terperuk sakit kat lobi hotel waktu itu.. tapi kenapa kau pilih jalan untuk bantu perempuan hina macam aku? Tak semena-mena, air mataku bergenang. Sebak dadaku aku rasakan saat ini.

Perutku aku raba perlahan. Bibirku menguntum senyum pahit. Kalau lah kau tahu aku mengandungkan anak kau sekarang, kau gembira ke.. Zaf? Kau akan suka ke? Kau akan bertanggungjawab ke? Aku ketap bibir. Makin kuat aku mengalirkan air mata.

Hinanya aku ni. Keadaan aku kini aku rasakan amat menyedihkan. Tak mungkin Zafriel akan bertanggung jawab. Tak lama lagi, dia akan berkahwin dengan Kartini.. dan kau, kau akan jadi ibu tunggal. Membesarkan anak ini sendiri tanpa seorang suami.

Membayangkan itu, aku mulai diterpa rasa takut. Cemuhan orang, hinaan masyarakat..huh, tak sanggup. Dicemuh oleh Engku Ziemah pun, hati aku sudah calar-balar.. inikan lagi dicemuh oleh masyarakat yang bilangannya mencapai berjuta.

Pandanganku aku alihkan pada kotak yang masih berbalut yang terletak di atas meja di hadapanku. Air mataku aku seka lalu perlahan aky mencapai bungkusan tersebut. Untuk seketika aku belek.

Bibirku menguntum senyum kelat. Yurp, inilah hadiah daripada Zafriel semasa hari jadi aku yang ke-22. Kenapa aku pilih untuk tak buka hadiahnya? Huh, sebab.. aku tak sudi. Dulu, aku fikir nak buang aje hadiahnya itu tapi.. disebabkan balutannya yang sangat cantik, sayang pula nak buang.

Aku ketap bibir. Berkira-kira aku mahu buka hadiahnya sekarang. Akhirnya, satu keluhan kecil aku lepaskan.

Balutan itu aku buka dengan kemas lalu kotak yang terpampang jenama 'Swatch' terhidang di depan mataku. Terus mataku buntang. Kotak itu aku buka lalu jam tangan emas putih menjadi pandangan pertama ku. Dalam kotak itu juga terselit sekeping kad kecil.

Kad itu perlahan aku capai lalu isinya aku baca. Sungguh, ayat dalamnya mengundang rasa lucu sehingga buatkan senyumanku terukir.

'Erm.. kau kata kau nak jam kan? Aku bagi kau jam ni. Jadi, nanti bila keluar malam tuu, reti-retilah set jam nak balik bila. Jangan pula tunggu sampai aku call kau. HB'-Zafriel.

Dinginnya. Tapi, aku suka. Inilah ucapan happy birthday yang paling menyakitkan hati. Haha.. tapi bila baca waktu sekarang ni, rasa kelakar pula. Terhibur.

Aku capai jam itu lalu aku belek. Yurp, bukan calang-calang jam yang Zafriel belikan ini. Harganya mencapai berbelas ribu ringgit. Namun, aku kenal Zafriel. Harga itu murah, yurp.. kerana dia cucu kepada pengusaha syarikat terkenal. Harga belas ribu ibarat belasan ringgit sahaja buat lelaki itu.

Bibirku menguntum senyum senget.
"Thanks, Zaf. Untuk hadiah dan ucapan sakit hati tu."ucapku sendirian.
...

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now