4.6

1.3K 25 0
                                    

Malamnya kami makan di restoran atas air berhampiran jeti. Akhirnya keinginanku siang tadi terpenuhi. Mujurlah semuanya berjalan lancar. Berkat pertolongan Agus, kami mendapat kereta sewa yang lain. Sementara kereta sewa yang rosak siang tadi telah dihantar ke bengkel.

Selepas makan, kami pulang ke hotel. Tubuhku terasa sangat letih hari ini. Petang tadi, selepas menguruskan hotel, kami ke pekan untuk membeli keperluan seperti pakaian dan berus gigi. Hanya aku yang membeli pakaian. Hendry ada membawa pakaian sendiri dalam begnya. Rupanya ini situasi darurat yang dikatakannya siang tadi. Aku menuduhnya ingin bermalam di rumah Magreta, namun tekaanku meleset sama sekali. Berapa kali aku menghalaunya balik ke rumah Magreta, dia tetap menolak biarpun terpaksa tidur di lantai malam ini. Aku rasa ada sesuatu tidak kena dengan Hendry selama ini. Dia bukanlah sebodoh yang disangka ataupun lurus bendul orangnya. Kejadian siang tadi membuktikan dia berani melawanku jika dia mahu. Tetapi aku rasa selepas ini dia tidak berani melawanku setelah melihat kehebatanku. Kalau dia degil juga, aku risau tubuhnya akan berubah jadi mayat.....

Panggilan dari Abang tiba-tiba masuk ketikaku mengelamun di atas katil. Hendry berada di meja menghadap laptop. Seperti telahku duga, Abang bertanyakan projek tersebut selain bertanya khabar kami disini. Berita disana pula kurang menyenangkan telinga mendengar. Kegilaan Uncle Stone berebut kuasa dengan Abang kedengaran lagi. Menurut Abang dalam talian, bapa saudara kami yang tidak sah tarafnya itu memaksa Abang menjadikannya pewaris sah harta Santos, disebabkan selama ini dia dan ibunya dipulaukan, dan tiada nama dalam wasiat harta keluarga.

"Jika hasratnya tidak dipenuhi, dia akan melaporkan kerja kotor yang kita lakukan selama ini. Kalau boleh aku memang tak mahu nama mereka mencemari warisan keluarga kita. Mereka berdua hanyalah parasit yang berbahaya." Maki Abang dalam talian.

"Tapi, hairan juga...bagaimana dia mendapatkan bukti itu semua? Aku rasa ada orang mengkhianati kita..."

"Maksud abang?" Aku dah mula tertarik.

"Entahlah....yang pasti kalau aku jumpa tahulah nasibnya nanti."

Ketika sedang berbual dalam telefon, Hendry tiba-tiba menghampiri dan duduk di birai katil. Dengan muka tidak bersalah, dia menyentuh kakiku selamba dan mula memicit perlahan. Celaka, aku ingatkan dia ingin melakukan apa...rupanya mahu mengurut kakiku. Apalagi, pucuk dicipta ulam mendatang. Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. Aku lalu menaikkan kedua kaki di atas paha Hendry. Astaga, aku hampir berada di syurga saat jemarinya memicit lembut telapak kakiku yang kebetulan sedang lenguh.

Seminit kemudian, Abang mengakhiri perbualan kami memandangkan aku kurang melayannya.

"Bualkan apa?" Tanya Hendry sebaik handphone diletakkan.

"Uncle Stone nak rampas harta." Jawabku selamba.

Selepas itu Hendry diam dan tunduk meneruskan kerjanya sebagai tukang urut. Aku teringatkan Uncle Stone selalu menelefon Hendry. "Selepas malam tu dia takde menelefon lagi," jawabnya apabilaku bertanya. Jauh sudut hati aku merasakan ada sesuatu tidak kena antara Hendry dan Unlce Stone. Aku teringat kata-kata Abang, namun selepas itu aku usir jauh-jauh fikiran itu. Tidak mungkin Abang mengahwinkan aku dengan orang yang salah.

Dan sekarang pun aku merasakan ada sesuatu tidak kena dengan Hendry. Tiba-tiba berbuat baik. Jangan-jangan dia berharap dapat tidur sekatil denganku seperti di hotel Tawau. Lantas aku tarik kaki di pahanya. Dia terkejut.

"Terima kasih. Sekarang kau boleh tidur." Arahku. Dia akur.

Aku memetik suis lampu di tepi katil dan keadaan menjadi malap. Kemudian aku lontarkan sebiji bantal dan selimut tebal ke lantai. Hendry terbongkok-bongkok mengatur tempat tidurnya. Selimut yang tebal dilipat dua dan dibentangkan menjadi tilam.

Aku tersengih dalam gelap melihat tubuhnya terbaring di bawah. Pada masa yang sama, aku berasa bersalah juga. Bukankah terlalu kejam membiarkannya tidur di lantai sedangkan katil ini boleh muat dua orang.

Setengah jam telah berlalu, namun mataku masih terkebil-kebil sambil otakku menerawang ke lantai. Aku sedar Hendry pun masih berjaga. Tubuhnya berubah posisi beberapa kali, mungkin mencari keselesaan.

"Hei!" Panggilku tidak tertahan lagi.

Dia bingkas bangun menghadapku.

"Baring sini...." Pelawaku.

Sepantas kilat menyambar Hendry melompat ke atas katil. Aku terlopong tidak percaya. Maka, benarlah tekaanku sebentar tadi. Dia mengurut kakiku dengan harapan berkongsi katil. Dasar anjing jantan!

Suamiku Bukan Bodoh (complete✔)Where stories live. Discover now