6.1

1.3K 20 0
                                    

Petang itu, Hendry mengotakan janjinya membawaku menjelajahi pulau-pulau yang berdekatan. Kami mengambil pakej island hopping sahaja dan bermalam di Kapalai Dive Resort di Pulau Sipadan, kerana esok aku mahu membuat aktiviti menyelam skuba.

Sepanjang tour mengelilingi lautan, aku langsung tidak bercakap dengan Hendry. Aku lebih tertarik dengan pemandangan indah di sekeliling dan sesekali mengambil gambar kenangan. Kami pergi ke Pulau Mabul, Pulau Bohey Dulang, Pulau Timba-Timba, Pulau Bum-Bum dan akhir sekali Pulau Sipadan.

Kami sampai di Kapalai Dive resort menjelang senja. Matahari sedang terbenam di ufuk barat jelas kelihatan dari balkoni hotel. Sebelum ia tenggelam aku tidak mahu ketinggalan menyaksikan keindahan matahari terbenam.

Ketikaku sedang berbaring di kerusi panjang, Hendry muncul dan duduk di hujung kerusi tanpa dipelawa. Aku tidak mengendahkannya dan fokus merenung keindahan alam semesta. Tiba-tiba kaki kananku terasa disentuh dan dipicit perlahan.

"Dasar anjing...." aku tersengih sambil mencuit pipi Hendry dengan telunjuk kaki kiri. Dia hanya tersenyum dan gigih mengurut kakiku yang kebetulan sedang penat. Diurutnya dari hujung kaki sampai ke atas lutut. Alangkah sedapnya tangan Hendry sehingga aku terlupa rajuk sebentar tadi. Namun, aku tidak mudah termakan pujukkannya lalu aku bahas tentang sejarah dia dan Sabrina. Dia tampak terkejut.

"Frankly speaking, kau masih ada hati dengan Sabrina, betul tak?" Aku terus menembaknya dengan soalan cepumas.

Dia cepat-cepat menggeleng. Hatiku sedikit tenteram melihat reaksinya.

"Habis, mengapa kau masih melayannya?" Soalku lagi. Tangannya berhenti mengurut kakiku, tetapi aku tendang pahanya agar dia meneruskan kerjanya. Dia akur sambil berfikir mengenai soalanku tadi.

"Err...saya cuma simpati pada Ina. Tu saja..." jawabnya tunduk.

"Tipu! Aku tak percaya!"Bentakku tiba-tiba dan menarik kakiku dari pahanya. Aku turun dari kerusi dan masuk ke dalam.

Hendry lantas mengekoriku sambil cuba menafikan. "Betul, Elsa. Saya tak tipu. Itu cerita lama," katanya bersungguh-sungguh dan menarik tangan kananku. Tubuhku lalu terdorong ke arahnya. Serta merta tubuhku dipeluknya. "I love you..." ucapnya.

Aku tersentap mendengar kalimah itu. Ia seolah-olah seperti guntur di langit baru saja membedil tubuhku. Aku kaku dalam pelukkan Hendry.

"I love my wife so much...more than anything." luahnya lagi.

Hendry melepaskan tubuhku seminit kemudian. Bahuku disentuh sambil merenung mukaku. Mata kami bertentangan seketika. Malangnya aku tidak pandai membaca fikiran orang, tetapi aku rasa Hendry ikhlas tidak menipu.

"Elsa, dengar sini..." katanya serius. "Mulai hari ini jangan pernah fikir bukan-bukan tentang aku dan Sabrina. Kami hanya sepupu yang saling peduli. Aku cintakan kau lebih dari diriku sendiri. Kerana cinta aku patuh setiap kemahuan kau. Sekarang kau dah tahu isi hatiku, so aku sedia dihukum..."

Selesai berkata, Hendry melutut di hadapanku. Astaga. Aku tidak tahu berbuat apa. Nak kata dia bodoh, ternyata dia pandai berkata-kata. Entah dari mana dia mendapat kekuatan meluahkan perasaan. Dia juga bisa bercakap seperti gayaku iaitu ber'aku' dan 'kau'. Hendry betul-betul di luar dugaan.

"Buktikan kau cintakan aku." Aku cuba mengujinya. Sebelum dia, aku pernah mendengar luahan Iqram juga. Cuma aku tidak berminat menguji Iqram kerana tiada kepentingan. Lainlah kalau Hendry, dia suamiku yang sah.

"Err...buktikan bagaimana?" Soal Hendry sambil mendongak memandangku.

Aku mengangkat kaki kananku separas mukanya. "Cium kaki aku." Hendry tersentak. Aku saja mengujinya. Sebenarnya aku tidaklah sejijik itu. Apabila Hendry hendak menyentuh kakiku, lantas aku tarik semula. Dia tampak bingung.

Aku tergelak kecil dan duduk mencangkung menghadapnya. "Sejak bila kau jatuh hati padaku?" Soalku saja mengusiknya. Dia teragak-agak menjawabku, mungkin tidak selesa dibelai wajah. Aku berhenti membelai wajahnya.

"Err...sejak...sejak kita berkahwin di gereja..." jawabnya.

"Tapi, aku tak cintakan kau." Kataku berterus terang.

Hendry lantas memegang kedua tanganku. "Elsa, aku tak kisah kau bencikan aku. Aku hanya nak bersama kau...aku tak harapkan apa-apa pun. Aku tak nak harta, aku hanya nak kau saja." Luahnya bersungguh-sungguh.

Aku tergelak mendengarnya. Tak sangka Hendry sanggup merayu sedemikian rupa. Aku tak tahu dia berlakon atau bukan, jadi aku abaikan sahaja kata-kata bodohnya. Bagiku, sesiapa pun boleh berbuat demikian. Ada suatu ketika nanti, akan sampai waktunya Hendry membuktikan cintanya padaku. Saat itu aku akan menilai cintanya sama ada ikhlas atau sebaliknya.

Suamiku Bukan Bodoh (complete✔)Where stories live. Discover now