3.3

1.4K 28 0
                                    

Kami kembali ke hotel sebelum tengah malam, selepas puas melepak di luar. Lokasi terakhir kami di sebuah bar yang agak popular di kalangan pelancong asing. Apa nama bar-nya aku tak ingat kerana balik dalam keadaan separuh mabuk. Hendry pula baik-baik saja aku rasa, sebab dia masih mampu memimpinku kembali ke hotel.

Sampai di bilik, dia menyuruhku baring di atas katil tapi aku menolak dengan alasan mahu buang air kecil. Dia tidak banyak soal, lalu memimpinku ke bilik air.

Di bilik air, aku terkial-kial cuba membuka zip seluar jeans yang dipakai, malangnya gagal. Pandanganku kabur dengan kepala yang pening menyebabkan aku gagal mengawal keseimbangan tubuhku. Aku bersandar lemah pada dinding dan menjerit memanggil Hendry yang berada di luar.

Sepantas kilat dia muncul dihadapanku. "Tolong...." pintaku supaya dia membuka seluarku. Dia ragu-ragu tetapi aku terus menarik tangannya ke punggungku. "Cepatlah, bodoh..." kataku tak tertahan lagi, bukan tak tahan yang satu itu, tapi tak tahan hendak terkencing.

Nak tak nak, Hendry terpaksa layankan permintaan darurat itu. Kancing seluar ditanggalkan, zip ditarik ke bawah. Selesai sudah, aku cepat-cepat melucutkan seluar jeans yang agak ketat itu hingga terlupa Hendry sedang ternganga di hadapanku. Mujurlah dia sedar diri dan segera berpaling ke arah lain sebelum aku melucutkan seluar dalam dan menduduki mangkuk tandas.

Setelah semuanya aman, aku pun berjaya melepaskan hajat. Beberapa saat kemudian aku selesai. Aku bangun sambil menarik naik seluar dalam dan menarik tombol flash. Bunyi air menggeledak jelas kedengaran. Kemudian aku terkial-kial kembali menarik seluar jeans yang ketat naik ke punggung.

"Tolonglah bodoh..." sekali lagi aku meminta pertolongan Hendry.

Lelaki itu berpusing menghadapku semula dan menarik naik seluar jeans hingga ke punggungku. Belum sempat Hendry membetulkan zip dan kancing, aku sudah terjelepok pada tubuhnya. Dia mendukung aku hingga ke katil. Aku rasa tubuhku dibaringkan perlahan di atas tilam.

Selesai tugasnya, Hendry hendak berlalu tapi tidak jadi apabila tangannya ditahan. "Please...don't leave me..." bisikku lemah. Entah apa yang aku fikikan, tapi aku tidak mahu berjauhan Hendry.

"Tidurlah, Elsa...."Pujuknya sambil meleraikan peganganku, "....saya tak pergi mana pun."

"Please, don't go...stay with me..." rayuku lagi, separuh sedar.

Hendry duduk di birai katil sambil menatap mukaku. Aku tarik tangannya supaya baring di sebelahku. Mungkin aku sudah gila agaknya. "Baringlah, bodoh..." pintaku lemah. Mungkin tidak mahu dianggap bodoh, dia menurut kehendakku. Lalu aku peluk tubuhnya dengan gelojoh dan berbisik romantis. "Kau memang bodoh, kan..." dan tegelak kecil. Selepas itu aku tidak sedarkan diri lagi.

Suamiku Bukan Bodoh (complete✔)Where stories live. Discover now