2.5

1.7K 28 0
                                    

Majlis tamat jam tiga petang. Kami sampai di rumah sejam kemudian. Di majlis tadi Abang berhasrat ingin mengajak Magreta dan suami ke rumah agam kami. Mujurlah Hendry sekali lagi masuk campur. Itupun selepas aku mencubit punggungnya sekuat hati. Menurutnya, kakak dia bermalam di hotel dan akan pulang ke Sabah esok. Masalah sekarang, Abang masih tidak puas hati, tetap juga ingin mengajak orang kampung itu makan malam di rumah kami, malam ini. Aku sangat marah dengan Abang. Bila aku nembantah niat baiknya dalam kereta, dia marah aku balik.

"Kau selalu kata Hendry bodoh, sekarang kau yang bodoh tidak pandai merebut peluang depan mata!" Tengking Abang.

Lah, aku pula yang dikatakan bodoh. Peluang apa yang ada untuk direbut? Bodoh.

"Kau tak tahu kampung mereka di Semporna Sabah. Kau tak nampak bertapa majunya pelancongan mereka. Mengapa kau tak terfikir melabur disana?"

Aku terpinga-pinga cuba menghadamkan ucapan Abang. Ya tak ya juga, sistem pelancongan disana berkembang pesat. Syarikat hartanah dalam dan luar negara berebut melabur disana. Tetapi, bukan mudah untuk mendapatkan kepercayaan orang kampung. Ramai pemaju yang gagal dan balik dengan tangan kosong. Sekarang aku faham maksud peluang yang dikatakan Abang.

"Abang ipar saya bekerja di JPN (Jabatan Perumahan Negara) negeri Sabah. Kalau Datuk berminat ingin melabur disana, dia pasti boleh uruskan permohonan kita." Sampuk Hendry yang berada di tempat duduk hadapan.

Abang memandangku sinis.

"Dengar?" katanya "....suami kau lebih bijak dari kau."

Serta merta darahku mendidih. Kecil besar, kecil besar saja Abang aku tengok. Mahu saja aku hadiahkan buku lima pada mulutnya yang celupar itu.

Eleh, peluang konon. Aku tetap juga tak suka keluarga kampung itu. Mereka bukan saja serabut dan tidak bergaya, malah pelik. Aku tidak suka mendengar bahasa asing itu kerana aku tak faham sepatah haram pun. Entah-entah mereka mengata aku, siapa tahu...

Puas merajuk, kereta sampai di rumah. Aku segera menapak ke dalam rumah dan berlari membilang anak tangga ke tingkat atas. Aku mahu menanggalkan gaun ini secepat mungkin. Memakainya lama membuatku rasa rimas dan tak selesa.

Sebaik aku melangkah masuk, aku terlopong. Terkejut beruk aku melihat hiasan bunga bertaburan di atas tilam. Di tengah tilam, terletak dua biji bantal warna merah bentuk hati. Tepinya pula sejambak bunga ros putih beserta sekeping kad terselit kemas. Lantas aku capai dan buka kadnya. 'Selamat pengantin baru buat cik Elsa sama cintanya Hendry. Semoga dirahmati Allah dan berkekalan hingga ke Jannah. Yang ikhlas, Kak Suriati.'

Astaga. Aku hampir tidak percaya siapa pelakunya. Berani sekali Kak Suriati menulis kad seperti ini. Bila masa aku bercinta dengan Hendry? Memandai saja si bibik itu, tidak sedar dirinya sekadar orang gaji. Nanti dia, tahulah aku mengajarnya nanti.

Turun naik nafasku selepas membaca kad tersebut. Betul-betul membuatku terbakar. Dan bunga-bunga ini, entah idea siapa. Aku rasa pelakunya orang yang sama. Mereka ingat aku gembira dengan perkahwinan ini, sampaikan kamarku perlu berhias begini. Mereka tidak tahu bertapa bencinya aku berkahwin dengan lelaki itu. Mereka tidak tahu....

Rintihan jiwaku terhenti sebaik terpandangkan sebuah beg roda yang agak besar, terletak di tepi almari pakaian. Beg apa pula tu? Rasanya belum pernah nampak sebelum ini. Mungkin beg jurumekap pagi tadi tertinggal. Aku lantas mendapatkannya.

Daun pintu dikuak dari luar. Tersembul muka Kak Suriati tersengih, diikuti muka lakhanat itu. Keduanya muka dibenciku.

"Akak, kesini!" Bentakku. Kak Suriati lantas maju ke arahku.

"Ini semua akak punya kerja, kan?"

Perlahan wanita 40-an itu mengangguk. Kepalanya ditundukkan tanda bersalah. Aku cuba bersabar dengan kebodohannya, kerana selama ini dia selalu memasak makanan kegemaranku.

"Pasti Hendry yang menyuruh akak, kan?" Tekaku sambil menunding jari ke arah Hendry di muka pintu.

Tetapi Hendry tiada disitu lagi. Dia berdiri di tepi beg roda tadi. Aku kehairanan. Dia memandangku ketakutan.

"Bukan Hendry, Cik..." jawab Kak Suriati. "...tapi..."

Tiba-tiba Abang munculkan diri di muka pintu. "Aku..." ucapnya selamba. "...aku yang suruh Kak Suriati buat semua ni. Apa? Salahkah?"

Aku menarik nafas bertenang. Semuanya telah terjawab. Apa yang mampu aku buat kalau pelakunya adalah abang aku sendiri. Marah tak marah, aku redha sajalah.

"Hendry," Panggil Abang.

"Mulai hari ini, kau pindah kesini. Korang sudah sah berkahwin dan sekarang sudah jadi suami isteri. Buat-buatlah seperti suami isteri."

"What?" Aku hampir terpekik.

"Apa yang Abang merepek ni!" Bentakku.

"Hendry pindah kesini? Sebilik dengan aku? Huh, nonsense. Mati hidup aku tak mahu kongsi bilik dengan dia!" Suaraku tinggi melangit dengan harapan Abang faham.

"Okay..." jawab Abang masih tenang. "...kalau begitu aku tarik balik tawaran saham itu." Lalu dia keluar melepasi pintu.

Apa? Tarik balik tawaran itu? Aku belum menandatangani lagi. Apa gunanya aku berkahwin dengan si bodoh ini? Arghhh! Aku hampir gila dibuatnya.

Suamiku Bukan Bodoh (complete✔)Where stories live. Discover now