3.4

1.4K 28 0
                                    

Esok paginya, aku sedar dalam keadaan separuh gila. Bukankah gila namanya bila terpelukkan Hendry sepanjang malam. Yang peliknya tidur malam tadi ternyata nyenyak sekali berbanding malam sebelum ini.

Hendry terjaga selepas beberapa minit kemudian. Aku duduk di birai katil sambil memicit dahi yang tiba-tiba berdenyut. Mungkin penangan alkohol malam tadi.

Hendry bingkas bangun bila menyedari dirinya berada di tempat larangan. Dia melompat turun dari katil.

"Hei," pekikku ke arahnya.

Riak wajahnya jelas ketakutan.

"Siapa suruh tidur atas katil?" tengkingku.

Dia serba salah dan tergagap-gagap cuba memberitahu sesuatu. Terserlah kebodohan nya disitu, membuatku terasa geli hati. Tidak tertahan lagi aku tergelak kecil. Dahinya berkerut memandangku. Mungkin pelik melihat perubahanku. Sebenarnya aku hanya mempermainkannya saja. Seronok melihat reaksi bodohnya.

"Just kidding..." aku tersengih dan berlalu ke bilik air.

Semasa mandi, aku berfikir tentang perkara yang berlaku malam tadi. Entah hantu mana yang merasukku dan mengajak Hendry tidur sekatil. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah berlaku. Apatah lagi aku meminta Hendry menolongku di tandas. Nasib baik bangun pagi tadi pakaian kami masih melekat pada badan. Syukurlah aku tidak terbawa-bawa oleh tabiat buruk mat salleh dari UK. Kalau disana, jarang lelaki dan perempuan tidak bersetubuh selepas mabuk. Ia seperti sebuah trend zaman sekarang dan aku dengar sudah menular ke serata dunia.

Aku harap selepas ini tiada lagi babak bodoh seperti ini berlaku antara kami. Kalau berlaku lagi, aku risau tabiat buruk di UK dulu berulang kembali. Aku rasakan malam tadi pasti telah berlaku sesuatu di luar kawalan. Apabila mabuk aku mudah tewas pada nafsu sendiri, apatah lagi tubuh Hendry begitu seksi dan menghairahkan. Aku pasti sekali, malam tadi aku telah menggodanya, dan Hendry berjaya mengelak daripadaku. Mujurlah dia mengelak, kalau tidak....aku tidak tahu nasibnya pagi ini, pasti menyedihkan.

Kemunculan aku dari bilik air mengejutkan Hendry yang sedang bercakap dalam telefon. Aku sempat terdengar bahasa asing keluar dari mulutnya, jelas menandakan dia berbual dengan saudaranya. Jadi aku tidak bertanya, takut nanti dikatakan kura-kura dalam besen, pura-pura buat eksen.

Tetapi, satu hal buatku geram. Matanya jelas meratah dadaku yang berbukit. Aih, dasar jantan! Belum sempatku memaki, dia berlalu ke bilik air selepas menamatkan perbualan. Aku belum puas hati terhadapnya. Pasti malam tadi dia mengambil kesempatan menyentuh buah dadaku yang montok ini. Siapa tahu, kan.

Ketikaku sedang menyarungkan pakaian, aku ternampak handphone-nya dalam almari pakaian. Lantas aku mencapainya dan memeriksa call history. Saja mengesahkan panggilan tadi dari Magreta ataupun Agus. Namun, tekaanku silap.

Sabrina? Panggilan tadi dari Sabrina. Siapakah Sabrina? Aku tertanya-tanya sendiri. Yang pasti itu nama perempuan. Telingaku pantang mendengar nama perempuan, hatiku mula berubah tidak senang. Otak pula, mula mentafsir yang bukan-bukan.

Tiba-tiba, ketika fikiran sedang berperang, panggilan dari Sabrina masuk. Aku terkejut bukan kepalang, hampir saja handphone Hendry terlepas dari tangan. Hatiku berkira mahu menjawab atau biarkan saja.

Akhirnya, aku kuatkan semangat dan menarik butang hijau. Berderau jantungku saat terdengar esakan di hujung sana. Lalu kedengaran suara halus pastinya milik perempuan, sayangnya aku tidak faham bahasanya.

"Excuse me..." ucapku serba salah, sebenarnya aku mahu menyuruhnya menelefon semula kerana Hendry sedang mandi.

"Siapa?" Suara halus berubah rentak kasar.

"Hendry is taking a shower, can you call again later..." kataku cukup lembut sekali aku rasakan.

"Err...apa? Awak siapa? Mana Hendry?" Soalnya bertalu-talu, membuatku geram. Tiada lagi esak tangis kedengaran. Suaranya berubah kasar tiba-tiba selepas aku membuka mulut.

Niatku hendak memakinya terbantut apabila Hendry muncul dari bilik mandi. Serta merta darahku menyirap dan semangat jahatku pulih semula. Memang dari mula tadi aku tidak berpuas hati terhadap Sabrina, biar pun aku tidak mengenalinya, namun dia harus tahu satu peraturan iaitu;

"Hei, perempuan!" tengkingku sambil memandang Hendry yang terpaku bagai dipukau melihatku.

"...i don't care who you are, but just one thing you should know, stop call my husband! Stupid bitch!"

Aku berteriak seperti orang gila tanpa menyedari tubuhku separuh bogel. Selesai berkata aku menyerahkan handphone pada pemiliknya yang ternganga memandangku.

"Idiot. Who is she?" Soalku tidak sabar ingin melancarkan perang terhadap Hendry.

Dia menyambut handphone-nya dan membawa ke telinga. Pertanyaanku langsung tidak diendahkan. Tubuhnya berpusing membelakangiku dan keluar bahasa asing dari mulutnya. Aku menarik nafas panjang cuba bertenang dan saat itu aku tersedar pakaian dalam yang menempel pada tubuhku. Astaga, mengapa aku lalai sekali hingga lupa memakai pakaian terlebih dahulu. Patutlah mata Hendry tertonjol hendak terkeluar. Arghh, malunya....aku segera menyarungkan pakaian.

Suamiku Bukan Bodoh (complete✔)Where stories live. Discover now