2.8

1.4K 29 2
                                    

Keesokan paginya, di meja makan ketika sedang bersarapan, Abang datang menyerahkan sebuah fail kelabu yang mengandungi dokumen penyerahan separuh saham miliknya. Aku rasakan baru memenangi loteri bernilai 1.5 juta. Lebar senyumku hingga ke telinga. Rasa ingin ketawa terbahak-bahak pun ada. Tanpa berlengah aku lalu menyelak helaian pertama. Abang menghulurkan pen di kemejanya padaku. Tanpa perlu membaca apa-apa, aku terus tanda tangan sahaja di ruangan.

"Okay, dah selesai!" Kataku tersenyum simpul pada Abang.

Abang hanya menggeleng, manakala Hendry di sebelah hanya diam menikus. Nampaknya perjanjian telah selesai. Abang telah menepati janjinya padaku. Sekarang aku boleh mendabik dada kerana memiliki syer kedua terbesar dalam Eco Group. Tiada siapa lagi meragukan kedudukkan aku sebagai Presiden termasuk ahli lembaga pengarah. Pangkat yang aku sandang bersesuaian dengan saham yang dimilikki.

"So, bila nak buat mesyuarat?" Tanyaku tidak sabar mahu menghebohkan kepada ahli lembaga pengarah yang lain.

"Kau jangan risau, aku boleh umumkan dalam mesyuarat petang nanti tanpa kau." Jawab Abang.

"Tanpa aku?" Aku kehairanan.

"Kau sekarang kan cuti berkahwin....tak elok pula masuk office selepas berkahwin. Nanti apa kata orang. So, aku bagi cuti dua minggu untuk kau rehatkan diri."  Selesai berkata Abang duduk di tempatnya selalu. Kak Suriati segera menapak untuk melayani tuannya.

"Cuti dua minggu? Apa abang merepek ni!" Pekikku di luar sedar. Apa aku nak buat selama dua minggu itu?

"Memang cuti kahwin kompeni 2 minggu. Tak boleh lebih dari tu!" Tengking Abang mulai geram.

Ya tak ya juga....aku tersengih malu. Inilah akibatnya kalau kita selalu memperbodohkan orang. Aku sedar Abang dan Hendry berbalas senyuman. Serta merta darahku mendidih. Laju saja tanganku menjalar ke punggung Hendry dan mencubitnya sekuat hati hingga dia menjerit kesakitan. Abang di hujung tersentak. Aku peduli apa...dia dah jadi suami aku, jadi suka hatilah aku memperlakukannya.

"So, memandangkan korang cuti lama, why not kau bawa husband kau shopping. Belikan Hendry apa yang patut. Lagipun dia sudah jadi keluarga kita." Cadang Abang.

"What? Bawa dia shopping?" Pekikku sekali lagi. "....supaya semua orang tahu dia suami aku? Begitu?"

Huh, nonsense!

"Kenapa rasa malu pula? Bukan semua orang di luar tu kenal kau..." balas Abang balik.

Kali ini aku diamkan diri, cuba bertenang dan berfikir secara profesional sebaik terpandangkan fail kelabu atas meja. Kemarahanku perlahan reda. Aku habiskan baki air kopi dan cuba menjeling Hendry. Dia sedang mengunyah makanannya sambil memandang meja. Aku perhatikan pakaiannya, kemeja putih lengan panjang dan seluar slack hitam. Kadang-kadang dia memakai kemeja warna lain, tetapi tidak lebih dari 3 corak. Aku teringat pakaiannya semalam, ada beberapa helai sahaja, semuanya jenama biasa. Begitu juga jam tangan yang telah lusuh dipakainya. Puas memerhati sambil menilai sendiri, aku tersengih geli hati.

"Okay!" kataku sambil menampar meja. Keduanya terkejut. "....hari ni kita shopping!"

Aku pandang Hendry. Dia terpinga-pinga. Dasar bodoh memang begitu. Abang pula, cuma tersenyum.

Suamiku Bukan Bodoh (complete✔)Where stories live. Discover now