Kereta diparkingkan di dalam kawasan banglo setingkatnya. Hanya tempat itu saja yang dia fikirkan sekarang ini. Tubuh Qaliesya yang sudah lencun di kerusi penumpang belakang diangkatnya lalu dipapah ke rumah. Dalam renyai hujan, Zafriel berusaha untuk elakkan tubuh gadis itu terdedah banyak dengan hujan.

Tiba sahaja di ruang tamu, segera tubuh Qaliesya dibaringkan ke atas sofa. Wajah Qaliesya yang sudah pucat buatkan hati lelaki Zafriel berubah resah. Tak semena-mena dahi Qaliesya dirabanya. Panas.

Zafriel terus berlari ke arah biliknya, selimut, bantal dicapainya lalu dibawa ke ruang tamu semula. Tuala yang berada dalam tangannya terus disapu ke wajah basah dan seluruh tubuh gadis itu lalu bantal diselitkan pada belakang kepala Qaliesya manakala selimut menutupi seluruh tubuh Qaliesya.

Tidak hanya itu, Zafriel laju mencapai telefonnya lalu nombor telefon seseorang dihubunginya. Lama dia menunggu sehingga akhirnya panggilannya itu mendapat jawapan daripada orang yang dihubunginya itu.

"Farah, Qaliesya ada dengan aku sekarang. Aku minta kau datang cepat!"bertegas Zafriel memberi arahan.

Selesai memberitahu alamat rumah, Zafriel menarik nafas lega. Rambutnya yang basah, disauknya ke belakang. Seketika, ekor matanya membelek wajah Qaliesya yang masih pucat.

Satu keluhan Zafriel lepaskan. Setelah beberapa lama tak berjumpa dengan gadis itu, akhirnya mereka bertemu dalam keadaan yang tak terduga. Wajah Qaliesya itu ditatapnya lama.

Rindu. Hanya itu yang tersemat dalam hati Zafriel ketika ini. Dia rindu mahu membelek wajah bujur sirih milik Que Sarah Qaliesya, gadis yang sekarang sudah mulai tersemat dalam hatinya. Ya, kerana gadis itu.. Zafriel rasakan suatu penyesalan kerana lepaskan Qaliesya dari tangannya.

Bibir Zafriel meleret senyum nipis. "Kau kata kau boleh jaga diri sendiri tapi sekarang.. apa yang aku nampak, kau masih Qaliesya yang dulu. Qaliesya yang berlagak kuat namun rapuh." ujar Zafriel perlahan.

"Huh.. er.. jangan..."erangan Qaliesya berjaya buatkan Zafriel berkerut dahi.

Dia lihat tubir mata Qaliesya bergenang air mata. "Ke-kenapa kau-kau buat aku macam ni, Thaqif.." hambur gadis itu dalam tak sedar.

Tergamam Zafriel bila dengar nama lelaki lain disebut oleh Qaliesya. Perit namun dia pendam. Bukannya dia tak tahu siapa Thaqif dalam hidup gadis itu. Itulah nama lelaki yang bercinta dengan Qaliesya sebelum dia dan gadis itu berkahwin.

"Sa-saya cintakan awak, Thaqif. Cin-cinta sangat.."

Zafriel ketap bibir. Ayat Qaliesya itu buatkan dia benar-benar terasa bodoh. Apa yang kau fikirkan sekarang ni, Zafriel? Kau fikir Qaliesya suka kau, cintakan kau? Huh, kau mimpi di siang harilah, Engku Zafriel!, perlinya dalam hati.

Ketukan yang bertalu pada pintu pejabatnya buatkan lamunan Zafriel mati. Terus, tangan kanannya menyambar fail yang terletak depan matanya. Dia terus menyahut agar orang itu untuk masuk.

"Hmm.. apahal kau call aku suruh datang ni? Ada benda penting yang kau nak bincang dengan aku ke, Zaf?" soal seorang lelaki berpakaian kemeja hitam merapatinya.

Bibir Zafriel meleret sengih bila lihat Ipul sudah melabuhkan punggung di hadapannya. Suka hati mamat ni, nak main duduk tanpa izin. Phuh, nasib baik member.

"Kau pernah cakap yang kau sedang menganggur kan sekarang ni? Betul tak, Pul?" soal Zafriel sudah berkerut serius.

Sebuah anggukan Ipul berikan. Matanya tak lekang bersemuka dengan Zafriel. "Jadi? Apa kaitannya dengan sekarang ni?"

"Aku nak minta kau ambil tugas sebagai pengurus cafe aku. Boleh tak? Sejak kebelakangan ni, aku nak kena selalu out station jadi tak ada yang boleh tengok-tengokkan cafe aku ni bila aku tak ada."jelas Zafriel seperti merayu.

"Daniel?"

"Dia dah letak jawatan. Baru dua hari lepas dia pergi. Aku tak boleh nak paksa dia since dia pun ada masalah sekarang ni. Sekarang ni, aku cuma minta kau tolong aku. Ambil jawatan itu, boleh tak?" rayu Zafriel sudah buat wajah minta kaki.

Ipul diam sejenak. Haih, baru dia terfikir nak menganggur lama tapi.. kalau menganggur tak dapat haprak pun tak gun juga. Akhirnya anggukan sebagai jawapan.

"Tapi, aku nak cuti aku 6 kali sebulan. Kalau lebih sikit, lagi bagus. Makan pun aku nak free.."songeh Ipul sudah meletak syarat.

Zafriel buat wajah jengkel. Nasib baik member. Kalau tidak, sudah lama dia halau keluar Malaysia.

Ipul menyungging sengih. Tak semena-mena matanya terpandang kan cincin perak yang tersarung pada jari manis milik Zafriel. Dahinya sudah berkerut.

"Cincin apa itu?" soal Ipul masih hairan.

Terus jari manisnya ditilik. Senyum kelat Zafriel terukir. "Aku dah setuju nak berkahwin dengan Kartini. Ini cincin tunang aku."ujar Zafriel perlahan.

Pernyataan Zafriel berjaya buatkan Ipul terpaku. Bagai hilang degupan jantungnya bila dengar berita itu. Berita sakit jiwa. Berita sakit hati!
...
...

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now