"You look beauty this night, Qaliesya." nada suaranya sangat manly buatkan ovari aku rasa nak meletup.

Aku diam tak menyahut. Bibir merahku aku gigit. Sesekali mataku meliar pada bibir Zafriel. Aku telan liur. Argh, fikiran kotor apa yang merasuk kepala aku sekarang ni?

"Lepaskan saya,Zafriel." aku merayu perlahan. Tubuhnya aku cuba tolak lembut. Nampak macam nak tak nak saja menjauh.

Bibir Zafriel menjungkit senyum. Rambutku yang mengaburi wajahku diselitkan ke celah telinga lalu dia pusingkan tubuh ke sisi. Aku bukan lagi menindih Zafriel tetapi aku sekarang sedang tidur di sebelah lelaki itu dalam keadaan berpelukan. Gila! Gila kerana aku langsung tak membantah.

Perlahan namun menyenangkan. Ciuman lembut Zafriel pada setiap ada pada wajahku aku nikmati. Sehinggalah, akhirnya bibir merah Zafriel mengucup bibir aku. Tanpa aku sedari, aku juga turut membalas kucupan itu. Lama kami begitu sebelum akhirnya, Zafriel tarik bibirnya. Aku tergamam.

"Malam ini, kau untuk aku. Hanya untuk aku, Qaliesya." ujarnya perlahan.

Aku yang bagaikan terpukau. Tidak mengangguk, tidak menggeleng. Aku biarkan Zafriel buka tali bathrobe aku, selak dan biarkan Zafriel rasai kesemuanya.

Malam itu, aku biarkan berlalu dan pergi begitu sahaja. Aku benci malam itu, malam dimana mahkota yang aku jaga selama ini diratah oleh seorang lelaki yang bergelar suami bukan atas dasar cinta.
...
"Abang Zaf.."

Zafriel yang melangkah laju mahu bergegas keluar terus melajukan langkahnya mahu keluar dari rumah banglo dua tingkat itu.

"Abang Zaf, tunggu Tini sekejap! Abang Zaf.."suara nyaring Kartini makin kuat menyapa halwa telinga mendengarkan sosok gadis itu makin merapati.

Akhirnya tangan milik Zafriel dicapai oleh Kartini. Tangan Zafriel digenggamnya rapat membuatkan langkah Zafriel jadi mati. Tak semena-mena tangan yang digenggam Kartini dilonggarnya kasar. Wajah Kartini dipandangnya serba-serbi.

"Apa lagi? Makan malam keluarga dah habiskan? Tini nak apa lagi?" soal Zafriel dengan perasaan bercampur baur.

Helah nendanya berjaya menjerat Zafriel ke rumah keluarga Kartini. Akhirnya, dalam rela paksanya Zafriel ikut juga makan malam bersama ahli keluarga kecil milik Kartini. Bersembang sakan, bergelak ketawa.. sepanjang masa itu, Zafriel cuba memperhebatkan lakonannya. Walaupun ditipu nenda sendiri, air muka Engku Ziemah masih perlu dijaganya.

"Tini cuma nak cakapkan sesuatu pada abang. Boleh tak bagi Tini masa abang sekejap?" soal Kartini cuba memujuk Zafriel.

Wajah Kartini yang sudah meminta-minta itu mengundang rasa bersalah dalam hati lelakinya. Walaupun sebatas kawan namun, kalau dah lelaki mesti lah cair kalau kena hadap muka duckface perempuan kan?

"Apa dia?"soal Zafriel dingin.

Bibir Kartini menguntum senyum nipis. "Fasal hal kahwin itu, erm.. bila abang nak teruskan? Abang tengok sendiri kan macam mana reaksi mama papa Tini tadi?"soal Kartini sedikit teruja.

Siapa sahaja yang tak teruja bila dengar crush sendiri mahu memilih diri ini sebagai isteri? Sudah lama Kartini memendam rasa pada Zafriel namun Zafriel buat nampak tak nampak saja pada rasanya itu. Dia berusaha berkali-kali untuk pujuk hati Zafriel mencintainya namun lelaki itu.. lelaki itu langsung tak terpujuk dengan usahanya itu.

Namun, tatkala dia dapat tahu Zafriel berkahwin. Hatinya punah lebur. Lagi-lagi bila dapat tahu Zafriel berkahwin dengan perempuan yang jadi musuhnya sejak zaman sekolah lagi. Mengenangkan itu, hampir setiap hari Kartini mengamuk tak tentu fasal. Mana sanggup dia lihat musuhnya itu memiliki crushnya? Huh, takkan sesekali dia biarkan.

Kerana itulah, Kartini guna cara lain. Dia rapat dengan Engku Ziemah kerana ada maksud disebaliknya. Ada sebab dia jaga Engku Ziemah, rawat wanita itu. Semuanya lakonan untuk dapatkan hati wanita itu kerana Kartini tahu Engku Ziemah adalah kelemahan Zafriel. Zafriel takkan membantah kata nendanya. Dan.. sekarang usahanya berhasil.

Zafriel sudah bercerai dan sekarang.. lelaki itu mahu mengambilnya sebagai isteri pula. Ahahahahaks!!!

"Tini dah lupa ke yang abang ada beritahu mama papa Tini, yang abang masih perlukan masa?" Zafriel cuba ingatkan Kartini tentang hal itu.

Dahi Kartini berkerut. Senyuman yang tadinya melebar sampai ke telinga mulai mengendur. "Kenapa abang masih perlukan masa?"

"Tini dah lupa yang abang baru aje bercerai? Bagi abang masa untuk lupakan.." belum sempat Zafriel menghabiskan ayatnya, Kartini mencelah.

"Perlukan masa untuk lupakan Qaliesya? Macam itu ke abang Zaf?" duga Kartini sudah berpeluk tubuh.

Zafriel tergamam tatkala nama Qaliesya meluncur keluar dari mulut gadis berhijab itu. Wajah Kartini yang menyarung selendang coklat itu dipandangnya sekilas sebelum ekor matanya dilarikan ke tempat lain.

"Semuanya tak ada kaitan dengan Qaliesya. Dia dah tak ada kaitan dalam hidup abang."kelat. Itu yang Zafriel rasakan.

"Habis itu, kenapa abang nak lengahkan?"

"Sebab, abang cuba nak terima Tini jadi sesuatu dalam hidup abang. Faham tak?" kini suara lantang Zafriel buatkan Kartini terkesima.

Dia menundukkan pandangannya ke lantai. Kata-kata Zafriel itu berjaya buatkan dia.. tersentuh hati. Zafriel cuba nak cintakan aku?

Zafriel mengeluh perlahan. Melihatkan Kartini membisu, Zafriel ambil peluang untuk pergi. Yurp, dia kena pergi sekarang sebab ada sesuatu yang dia nak uruskan.

Cafenya..
...

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now