Dia.. aku sudah kenal sejak sekolah menengah lagi. Memang aku ni sudah ditakdirkan jadi musuh kepada Kartini gedik itu. Dia benci aku dan aku juga benci dia. Siapa tak benci tengok sotong manja depan mata? Dengan semua lelaki dia layan, aku pula yang gatal mata tengok.

Namun, walaupun si Kartini itu menggatal dengan semua lelaki sewaktu di sekolah, kebanyakan pelajar lelaki akan undi aku sebagai pelajar tercantik di sekolah. Well, Qaliesya kan? Mungkin kerana itulah, Kartini tak puas hati.

Gadis itu sudah mengetap gigi. Rambutnya yang sedikit kusut diluruskan guna jari. "Huh, ingat lepas dah jadi bekas isteri Zafriel, aku takkan nampak muka kau. Ermm.. boleh pula kita jumpa kan?" balasnya dalam nada tenang.

"Kau tahu tak yang tak lama lagi, aku akan jadi isteri abang Zaf? Bagus juga korang bercerai ni, bagi jalan lurus untuk aku dapatkan abang Zaf." sambung Kartini cuba mengapi-apikan aku.

Aku tersengih sumbing. Cemburu? Pfft.. jangan haraplah nak nampak aku cemburu. Siapa si Engku Zafriel itu untuk aku cemburukan?

"Erm.. tahniah. Haha, bagus juga abang Zaf itu pilih kau. Nak juga aku tengok lelaki itu hidup dengan perempuan gedik macam kau ni. Bahagia tak hidup dia?"soalku dengan wajah selamba. Aku berpeluk tubuh.

Dahi Kartini sudah berkerut. Mungkin dia pelik tengok aku selamba aje. Langsung tak menunjukkan tanda-tanda cemburu.

"Kau tak cemburu ke?" soal Kartini.

Aku tersengih sinis. Satu persatu beg shopping yang bersepah di atas lantai aku kutip. Aku biarkan soalan Kartini itu untuk seketika. Beg shopping aku lebih penting jika nak dibandingkan jawab soalan Kartini yang merapu itu.

"Jawablah soalan aku itu!" gertak Kartini geram. Mungkin, dia marah bila aku palau soalannya itu.

Aku yang tadi menunduk mengutip beg shoppingku terus mendongak memandang wajahnya. Pipinya sudah merona merah kerana menahan geram. Aku tersenyum.

One mark for Qaliesya, Null for Kartini gedik.

"Perlu ke aku cemburu? Aku lagi suka kalau dia kahwin dengan kau. Bagus sangatlah orang kuat control macam abang Zaf itu dapat isteri menggedik macam kau ni. Tak sabar nak tengok korang bahagia. Haha.. bahagia ke?" perli ku dengan nada mengejek.

"Haha, pfft.. kau fikir aku tak kenal kau ke, Iesya? Memang depan aku, kau tak tunjuk yang kau cemburu tapi sebenarnya kau sakit hati kan? Sakit hati sebab bekas suami kau kahwin dengan aku. Betul tak? Hah! I get you." duga Kartini dengan sengih sumbing.

Kali ini, kata-katanya mengundang tawaku. Haha, kelakar bila tengok orang bodoh menduga.

"Suka hati kaulah nak cakap apa pun. Aku tak sama macam kau, gedik. Kalau aku cakap tak, maksudnya tak lah. Ke kau tak tau beza tak dan ya sebenarnya?" soalku dalam nada perli.

Terpaku Kartini dibuatnya. Aku leret sengih sinis. Langkah kakiku aku aturkan mendekati Kartini. Dengan tenang, aku mendekatkan bibirku ke telinganya.

"Tolong jangan jadi munafik. Aku yang munafik macam kau ni pun tak sanggup nak tengok bodoh kau itu, perempuan." bisikku perlahan sebelum berlalu meninggalkan Kartini terpinga-pinga sendiri.

Bahunya aku langgar kasar sebelum aku susun langkah masuk ke butik PRADA. Satu senyuman kemenangan melebar di birai bibirku.
Full mark for Que Sarah Qaliesya, still zero for Kartini gedik.
....
Selesai meletakkan segala beg shopping ke bonet belakang, aku terus meluru ke arah tempat duduk pemandu. Farah sudah lama terperuk di tempat duduk penumpang hadapan. Sakit kaki katanya.

Pedal minyak aku tekan perlahan lalu kereta jenama Myvi aku perlahan-lahan meninggalkan perkarangan Pavillion. Sepanjang perjalanan, banyak cerita gosip mosip aku bualkan dengan Farah. Dari kisah artis sampailah ke zaman universiti, ada saja si empunya badan yang kami akan jadikan topik untuk diumpat.

"Erm, baru aku teringat. Tadi, masa aku nak cari kau.. aku ada nampak kau dengan seorang perempuan. Siapa itu?" soal Farah yang tiba-tiba teringat perkara itu.

Keningku sudah terangkat. Jadi, Farah pun nampak pertengkaran kecil antara aku dan Kartini itu? Perhatianku masih aku kuncikan pada jalan.

"Jadi, kau nampaklah apa yang jadi tadi? Apa yang jadi antara aku dengan perempuan itu?" soalan berbalas soalan.

Sebuah anggukan Farah berikan. Pretzels Auntie Anne's yang dia beli tadi, dikunyahnya perlahan. Hilang sikit lapar yang tadi menyangkar.

"Aku nampak tapi tak jelas sangatlah. Erm, tapi nampak macam serius aje korang tadi." ujar Farah menceritakan semula apa yang dia ingat.

Aku meleret sengih. Sekilas, aku jeling pada Farah sebelum aku kembali fokus pada pemanduanku.

"Kalau kau nak tahu, perempuan itu musuh aku sejak azali lagi. Dia itu gedik sangat. Kalau sekarang kau nampak gedik aku, kalau kau nampak gedik dia.. confirm kau rasa macam nak lempar selipar kat dia." yang buruk aku ceritakan dulu. Baik? Haha.. jangan haraplah aku nak nampak baik si Kartini itu. Ada ke?

"Uih, macam gedik gamaknya. Apa aje yang dia buat kat kau sampai erm.. boleh musuh bagai ni?" soal Farah ingin tahu.

Aku berdehem kecil. "Aku ni pelajar perempuan paling cantik waktu kat Sekolah menengah dulu. Si Kartini itu pula langsung tak tersenarai dalam Top 3 pelajar tercantik. Itu salah satu kenapa aku musuh dengan dia.

Yang keduanya, Kartini pernah minat dengan seorang lelaki ni.Setiap hari, sebelum masuk kelas.. dia mesti akan sapa lelaki itu. Apa-apun, dia akan cuba untuk dekat dengan lelaki itu tapi sayangnya, lelaki yang dia suka sangat itu sebenarnya minat kat aku. Pfft.. kesian hidup dia tapi itulah.. siapa suruh menggedik?" dari A sampai Z aku ceritakan.

Farah yang mendengar cerita ku sekadar mengangguk dan menggeleng. Kemudian dia mengangguk perlahan.

"Tapi, sekarang ni.. dia cuba nak dekati abang Zafriel itu. Sebab sebelum aku kahwin dengan lelaki itu, dia dah minat dulu. Tup-tup lelaki itu kahwin dengan aku pula. Ahah, bengang dia."sambungku bila teringatkan perkembangan si Kartini itu.

Kali ini, Farah tergamam. Matanya terus mengerling aku yang masih tenang memandu.

"Habis itu, kau tak cemburu ke?" haih, soalan ni lagi. Tak habis-habis.

Aku menjeling ke arah Farah dengan leretan sinis. "Aku takkan pernah cemburu sebab hati lelaki itu bukan aku punya sekarang ni." ujarku penuh makna.
...

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now