37

684 30 4
                                    

Syifa menerima tiga panggilan dari nombor yang tiada dalam kontaknya awal pagi tadi. Apabila disoal siapa namanya, talian terputus begitu sahaja. Dia sendiri pelik namun cuba abaikan gangguan tersebut. Mungkin kanak-kanak bermain dengan telefon.

" Kenapa muka masam macam cuka ni ? Ada problem ke ?" tanya kak Rina yang ketika itu melintas meja Syifa. Wajah wanita itu berkerut seakan-akan sedang fikirkan sesuatu.

" Eh kak Rina. Takde lah, ada suatu nombor ni asyik call Syifa dari pagi tadi. Bila kita tanya, diam pastu putus macam tu ja." adu Syifa pada senior di pejabat itu.

Telefon pintar itu diletakkan di dalam beg semula.

" Bebudak kot, biasa lah. Jangan fikir sangat hal remeh macam tu." pesan Kak Rina pada Syifa bagaikan seorang kakak kepada adik.

Syifa angguk lemah kemudian senyum nipis.

" Oh ya, bos panggil. Dia suruh bawak fail tahunan sekali." hampir terlupa pesanan Encik Farid tadi.

" Terima kasih, kak." ujar Syifa kemudian mula mencari fail tersebut. Usai jumpa, baru lah dia mengetuk pintu majikannya.

Ahqaf membaringkan tubuh tegapnya di katil. Aahh penat sungguh hari ini. Sibuk mengalahkan pak menteri gayanya !

" Awak taknak mandi dulu ke ?" tanya si isteri yang baru masuk ke dalam bilik. Mungkin baru selesai masak makan malam.

Ahqaf sengaja hendak mengusik isterinya.

" Saya nak mandi dengan awak. Please, saya penat sangat ni.." rengek Ahqaf manja. Syifa sengih. Faham lah yang Ahqaf mahukan perhatiannya.

Syifa meletakkan telefonnya di tepi katil.

" Mengada !" terus dia capai tuala dengan jelingan manja. Ahqaf ketawa kecil melihat wajah comel isterinya.

Sambil menunggu isterinya habis mandi, Ahqaf berangan-berangan sendiri. Alangkah indahnya dapat peluk tubuh kecil Syifa masa macam ni. Haih bila agaknya Syifa...

Tiba-tiba telefon milik isterinya berdering meminta dijawab. Ahqaf buat tak tahu sahaja, mungkin panggilan tidak penting.

Namun, sangkaannya meleset. Sampai tiga kali ni, penting sangat ke sampai tak boleh tunggu esok ?!

Ahqaf bergesek ke sebelah sana, ingin melihat pemanggil.

" Private number ?"

Bunyi air yang masih lagi hebat di kamar mandi memberanikan Ahqaf untuk menjawab.

" Helo."

Diam.

Tiba-tiba, tutttt...

Kening Ahqaf bertaut menjadi satu. Siapa ni ? Dah la private number, asyik call banyak kali pulak tu. Ish mula lah jiwa Ahqaf nak cemburu. Lelaki ke perempuan ?

Sebaik sahaja Ahqaf kembali ke tempatnya, bunyi air sudah tidak lagi kedengaran. Tahu lah dia yang Syifa sudah habis mandi.

Mula lah dia tersengih nakal bila nampak Syifa keluar hanya berkemban kain tuala. Nampak jelas leher jinjang isterinya bersama rambut yang dibungkus elok dengan tuala kecil. Ahqaf perhati tindak-tanduk isterinya hingga terlupa tentang panggilan tadi.

Ika tak tahu apa yang patut dia buat sekarang. Untuk apa Syed beritahu rahsia kepada dia ? Nak ajak berkomplot sekali ? Hello, Hazikah dah move on. Kalau dulu boleh la buat perangai tak semengah, terkejar-kejarkan lelaki. Kini tidak lagi. Dia lebih suka bersama ibunya yang kini semakin sihat. Zailani pula mula menunjukkan perubahan pada dirinya apabila acap kali menelefon Ika bertanyakan khabar.

Saya pilih awak !Where stories live. Discover now