2

1K 57 0
                                    

Lengan baju kakaknya ditarik dengan dengusan manja. Payah lah kak Syifa ni.

" Jom la, kak." ajak Syira dengan bersungguh-sungguh. Berpeluh-peluh dia waktu ini demi mengajak kakak sulungnya ke kedai burger paling terkenal kat hujung taman.

Tapi kakaknya pula buat perangai.

" Kenapa Ira nak makan burger sangat ni ? Dah tak ada makanan lain ke kat dapur tu ?" Syifa tidak ambil pusing sikap manja adik bongsunya itu. Makin dilayan, makin menjadi-jadi pulak budak ni.

Kali ini Syira pasrah lagi berserah. Sudah lah !

" Ira nak rasa burger tu jugak ! Kawan Ira cakap sedap." suaranya dilemahkan sebelum punggungnya direbahkan di sofa satu itu.

Syifa pandang adik perempuannya, tahu lah dia yang Syira sudah merajuk. Haih, susah betul ! Ibu bapa mereka sudah berangkat ke umrah pagi tadi, jadi tinggallah mereka dua beradik di rumah.

" Fine. Pergi bersiap." akhirnya Syifa mengalah. Sayang sungguh dia pada si adik hingga tak mahu melihat wajah sedih itu.

Syira apa lagi, kemain bersorak lah budak tu. Syifa hanya geleng kepala sahaj melihat kerenah adiknya yang perangai tak sama dengan umur.

****

"Mana kedai burger yang Ira nak sangat tu ?" Syifa memanjangkan lehernya mencari kemahuan adiknya. Begitu juga Syira, siap turunkan tingkap lagi kau !

Dari kejauhan nampak ada satu barisan panjang yang sedang beratur menunggu giliran untuk membeli burger. Waduh, kecur liur gue !!

" Ha tu ! Kat sana, kak !" jerit Syira dengan tak sabarnya.

" Ish cuba bawak bertenang sikit. Tak lari ke mana pun kedai tu !"

Syira bertenang semula. Haishh, sabar Ira.

Signal diberi ke kiri untuk parkir keretanya. Usai itu, baru lah mereka turun. Dalam hati Syifa tertanya-tanya jugak kenapa Syira beria-ria sangat nak ke sini. Walhal banyak je kedai burger sekitar taman perumahan yang mereka diami.

" Cepat la kak !" panggil Syira yang sudah menonong ke depan, meninggalkan kakaknya di belakang.

" Tak menyempat lah adik akak ni." bahu Syira dipeluk manja kemudian mereka beriringan ke kedai burger tersebut.

Setibanya mereka di situ, terus Syira mengambil tempat duduk. Wah ramainya orang ! Teruja tahap dewa Syira tengok suasana meriah di sini. Yang penting, abang burger tu ada ! hahhahaa ! Tujuan dia mengajak kakaknya ke sini bukan nak makan burger sangat. Setakat nak cuci mata pada abang burger ja.

Nasib baik kakaknya mahu ikut. Kak Syifa memang kadang-kadang polos sikit. Hehe..

" Ha order lah. Dok termenung apa lagi ?" tegur Syifa di depan Syira.

Seorang budak lelaki belasan tahun menghampiri meja dua gadis itu bersama buku kecil di tangan.

" Order, kak ?" tanya Fahimi dengan senyuman.

" Saya nak baby egg daging tambah cheese satu. Akak nak apa ?" Syira menunding jari telunjuknya ke arah kakaknya.

" Sama macam dia lah."

Syira buat muka toya. Ni kes malas nak fikir order lah. Kalau aku order nasi pataya kat kedai burger ni pun, dia akan cakap "sama macam dia jugak"

Alahai kakakku..

Selepas mencatat pesanan dua gadis tersebut, Fahimi berlalu dari situ untuk menghantar kertas sekecil tapak tangan tadi pada Ahqaf.

Syifa mula memerhati segenap kawasan perniagaan ini sementara menunggu pesanannya tiba.

Saya pilih awak !Where stories live. Discover now