5

884 43 0
                                    

Dua beradik itu sibuk mencari parkir kosong di majlis aqiqah tersebut. Ramai betul jemputan sampai penuh hingga ke hujung taman. Kata Syira, suami kepada kakak Ahnina merupakan seorang taukeh minyak. Tak hairan lah setakat jemputan gini-gini ! Tak luak pun duit dalam bank.

" Akak, tu abang Ahqaf ! Dia lambai kat kita lah." Syira kecilkan matanya untuk melihat seorang lelaki yang dok terlambai-lambai ke arah dia dan kakaknya. Betul la, tu abang Ahqaf.

" Mana ?" Syifa panjangkan lehernya mencari figura yang Syira cakapkan.

Oh tu dia ! Segak berbaju melayu berwarna maroon. Eh ?

Syifa pandang dirinya sekejap. Macam mana boleh sama pulak ni ?! Tak suka lah ! Nanti ada 'unggas' yakni adiknya suka mengenenkan sesuka hati. Mencik ah !

Ahqaf melambai ke arah sebuah kereta yang dia kenal pemandunya. Dia pandang ke kiri, ada satu tempat kosong. Muat untuk kereta viva kakak Syira. Terus dia panggil mereka ke situ.

" Terima kasih abang Ahqaf." ujar Syira setelah kakaknya selesai parking. Syifa keluar dengan tas silang di sisi lalu dia memandang jejaka itu. Nak cakap terima kasih lah, apa lagi.

" No mention lah, Ira." balas Ahqaf sambil tersengih. Dahi lelaki itu yang berpeluh dek panas mentari menimbulkan rasa kasihan dalam hati Syifa. Lantas dia menyeluk sesuatu dari dalam begnya.

" Nah, sebagai tanda terima kasih saya pada awak." satu plastik tisu poket diserahkan kepada lelaki berbaju melayu itu. Ahqaf pandang Syifa dan tisu poket silih berganti.

Malu lah aku kalau Lan nampak aku lap peluh guna tisu. Mesti dia cakap ' tak lelaki la kalau lap peluh guna tisu'..

Tapi nanti apa pulak kata kakak Ira ni. Hmm ambik je lah.

" Thanks." akhirnya tisu itu bertukar milik. Ahqaf ukir senyum nipis pada gadis berbaju maroon itu.

" Kak Syifa ! Ira !" kedengaran suara Ahnina berlari anak ke arah mereka bertiga.

" Jom Ira ! Aku nak tunjuk kat kau baby kakak aku. Cute overload tau ! Konfem kau rasa nak cium-cium budak tu !" teruja Ahnina bercerita pada kawan baiknya. Biarpun mereka tidak bersekolah di sekolah yang sama, tetapi hubungan mereka sangat akrab.

Akrab sangat sampai tinggalkan dua manusia kat belakang dengan kekoknya.

" Errr.. jemput lah masuk. Saya kena jaga kat sini." ajak Ahqaf pada kakak Syira yang masih belum dia tahu namanya. Ahnina pun tak bercerita, takkan dia pulak yang terhegeh-hegeh nak tanya nama gadis itu. Mana tahu tunang orang ke, kekasih orang ke..

Syifa angguk perlahan dan senyum pada lelaki itu sebelum dia menapak masuk ke dalam rumah yang meriah dengan gelak tawa mok cik- mok cik.

*****

Usai majlis aqiqah, Syifa hantar adiknya pulang terlebih dahulu kerana Syira tak mahu jadi 'orang-orang' katanya. Setelah mempamit diri pada keluarga Ahnina, baru lah mereka meninggalkan majlis itu. 

Setengah jam masa yang diambil untuk ke majlis perkahwinan kawan Syifa  itu benar-benar menyiksa jiwanya. Dah la sensorang ja dalam kereta, rasa tak havoc gitiu.

Bunyi DJ dok pot pet di konti tidak mampu mengusir rasa bosan Syifa ketika memandu.

Akhirnya dia tiba dengan selamat di majlis itu. Menjerit tak ingat dunia apabila Syifa dan Wana berjumpa di bilik pengantin. Before dia orang kena ketuk dengan kuali, baik behave sikit. Mak si Wana ni garang sikit orangnya. Bekas polis wanita katakan..

" Weh cun habis lah kau hari ni !" puji Syifa sambil membelek kawannya di cermin. Sumpah lain gila muka Wana bila mekap.

" Eleh propa je lebih ! Aku hari-hari cantik, kau je yang dengki tak nak puji aku !"

Saya pilih awak !Where stories live. Discover now