7

762 47 0
                                    

Syifa minum dengan rakus minuman yang baru hantar tak sampai seminit lepas oleh pelayan tadi. Amboi nampak sangat dahaganya ! Ahqaf di depan pun dia buat macam wujud tak wujud ja.

" Awak ingat saya ?" Ahqaf memulakan perbualan sejak mereka tiba di kedai makan ini.

Gadis itu angkat muka sambil menelan air di dalam mulutnya. Mata Syifa merenung wajah pemuda yang telah membantunya menyelamatkan diri daripada anjengsss tadi.

Syifa berfikir sejenak. Muka macam pernah nampak, tapi di mana ya ? Gila kau, tiru ayat pelawak Yasin Senario pulak.

Ahqaf menunggu jawapan gadis itu dengan sabar. Macam tak serius ja minah ni, getus hati Ahqaf.

Pap !! Terhinjut bahu Ahqaf apabila dengan tiba-tiba Syifa menampar kuat meja itu. Auch, tak sakit ke ?

" Awaaak....." meleret suara Syifa sambil merenung mata lelaki itu. Matanya dikecilkan dari saiz biasa.

Haiih takut pulak aku menunggu ! Soalan aku simple je. Kalau ingat, cakap je ingat. Kalau tak, jawab ja lah tak ! Apa yang susah sangat ?

" Awak abang Nina kan ? Oh gosh, thank you so much sebab tolong saya tadi. Kalau awak tak ada kat situ, memang saya tak tahu lah apa kesudahannya." bebelan Syifa tadi membuatkan Ahqaf termangu.

Dia ni, kejap serius kejap memain. Apa hal dah ?!

Tiba-tiba Syifa ketawa kecil. Ahqaf sudah garu tengkuknya yang tak gatal. Pelik lah perempuan ni.

" Errr awak okey ?" Ahqaf sekadar bertanya.

Laju dan bersemangat sahaja gadis bertudung itu mengangguk dengan senyuman. Ahqaf mula ukir senyum nipis di bibirnya. Cantik pulak kalau dia senyum macam tu.

Eh, apa kau ni !! Wake up !

Ahqaf tunduk menghirup minumannya. Astaghfirullahalazim..

" Kenapa muka awak merah ? Cantik sangat ke saya senyum tadi ?" polosnya soalan Syifa hingga terbatuk-batuk pemuda tinggi lampai itu.

Syifa jadi kalut. Takkan dia nak tolong tepukkan belakang lelaki itu kot ?! No way, haram !

" Eh eh sorry ! Ala, jangan lah mati tersedak kat sini. " gelisah pulak Syifa tengok Ahqaf dok terbatuk- batuk tanpa henti.

Ahqaf urut dadanya dan tekak yang terasa perit. Aduii, boleh kena sawan aku macam ni. Ada ke patut dia tanya aku soalan tu ? Aku rasa aku cakap dalam hati je tadi. Cemana dia boleh dengar ?

" It's okay. Hah.." Ahqaf mengumpul nafas setelah penat tersedak. Teh o ais di hadapannya disedut lagi.

" Oh ya, nama awak A.. Aqal... Aqah.. Aqal.."

" Ahqaf. Mohd Ahqaf." jejaka itu cepat-cepat memotong tekaan Syifa sebelum lagi jauh gadis itu melalut pasal namanya. Aqal ? Helooo..

Tapi, macam mana dia tahu nama aku ? Ni mesti Ira dengan Nina beritahu. Aku sendiri pun tak tahu nama perempuan ni !

Syifa tampar dahinya sendiri. Ahqaf lah !

" Oh ya, saya masih tak tahu nama awak." Mata Ahqaf mencerlung ke arah mata gadis itu.

" Nama saya Syifa Nasuha, panggil saya Syifa." jawab gadis itu dengan sengih-sengih.

" Ahqaf, awak boleh tolong hantar saya ke surau dekat dengan simpang keluar dari Shell tu tak ?" pinta Syifa malu-malu. Ya lah, sudah lah Ahqaf bantu dia tadi, kini nak mintak macam-macam pulak. Syifa tak nak lah dicop high demand punya perempuan.

Ahqaf terasa lapang dada. Bagusnya kakak Ira ni. Tanpa sedar Ahqaf senyum.

" Boleh tak ? Lagipun dah nak masuk waktu maghrib, lagi 10 minit je lagi." gesa Syifa. Peluh pun dah kering, jadi takda lah dia rasa tak selesa nak solat.

Saya pilih awak !Where stories live. Discover now