10

761 37 2
                                    

Rozita menyudahkan jahitan pada seluar palazonya yang sebelum ini terkoyak gara-gara tersangkut di paku kecil. Siap !

" Ma." panggilan Syifa tidak dilayan oleh mamanya. Paha Rozita dijadikan bantal dan sambung tidur di situ.

" Kakak, tahu tak sekarang dah pukul berapa ? Mandi tak lagi ni ?" Rozita mula lah nak bebel pada anak gadisnya yang seorang ini. Mujur yang bongsu dah bangun awal. Tu pun sebab ada kelas tambahan kat sekolah. kalau tak takde maknanya dua anak daranya hendak bangun awal.

" Baru pukul 8.30 pagi mama.. Kakak dah mandi lepas subuh tadi tapi mengantuk lagi lah." kata Syifa dengan suaranya yang serak sambil mata tertutup. Ahh letih betul.

Rozita geleng kepala. Penat nak nasihat budak-budak zaman sekarang.

" Kakak, bangun lah. Mama nak tanya satu soalan ni. Pennnnting sangat." sampai terkelip-kelip mata Rozita, punya lah nak cakap hal itu penting yang amat. Tapi mana dilayan oleh si anak. Sibuk berdengkur !

Paha Rozita digegarkan sedikit bagi mengejutkan anak perempuannya. Hai kalau dibiar, memang lencun kain aku ni. Air liur pun boleh meleleh budak ni.

" Ya ma, kejap lagi kakak basuh pinggan. Mama bagi kakak lima minit ja lagi. Kejap ja.."  dua jari dilayang ke udara. Mujur tak tercucuk ke lubang hidung Rozita. Tangan Syifa ditepis perlahan kemudian memaksa jugak anaknya untuk bangun. Cakap lima minit, tapi tunjuk dua jari. Entah apa lah anak aku ni

Dengan lembik dan longlainya Syifa menegakkan badannya ke dada sofa. Hari minggu paling dia suka dan ditunggu-tunggu.

" Dengar lah mama nak tanya kakak ni." bahu puterinya digoncang lembut.

" Hmm.." sedaya upaya Syifa celikkan matanya yang bundar itu. Figura mamanya dipandang sekejap kemudian terkatup semula.

" Kakak dah ada boyfriend ?" soalan cepumas daripada Rozita membuatkan Syifa terbangun dengan kejutan di telinganya. Pasti, Sah ! Mama ada plan something belakang aku !

Eh tetiba je cergas anak aku ? Tadi kemain lembik macam ikan basi gayanya. Rozita memandang wajah anaknya dengan penuh mengharap.

" Takdenya ma. Kakak nak jaga mama dengan babah dulu, baru fikir kahwin tu semua." terharu pulak Rozita saat ini. Tak jadi nak tanya soalan utamanya kepada Syifa.

" Babah mana ? Tak nampak pun." kali ni dia lebih segar. Soalan mama lah, terkezzut titerw ! Terus segar-bugar mata, tak mengantuk dah. Tapi lembik tu tetap hado.

Seluar di paha Rozita dilipat semula.

" Babah pergi hantar Ira la. Dah kakak liat sangat nak bangun. Kesian babah, dia ada janji dengan kawan dia pukul 10 nanti." Rozita bangun meninggalkan anaknya dengan penuh rasa bersalah. Ala.. ni tak besyyyy !

Babah, i'm sorry ! Huwaaaaargh !!

***

Merepek lah Zailani ni ! Aku dah agak, mesti ada ja perangai tak senonoh dalam kepala otak dia tu. Pening dia hendak melayan mamat yang seorang ni. Macam mana lah si Ahqaf boleh tahan berkawan dengan Zailani sejak zaman sekolah lagi ? Ni baru kes menggatal, belum perangai entah apa-apa dia lagi. Semak perut aku !

" Ala, berkira lah kau. Nombor fon je, bukan aku mintak nombor rumah dia." ujar Zailani di corong telefon. Susah betul nak deal dengan si Farid rambut kerinting ni. Dah macam-macam benda dia 'sogok', tapi Farid tak makan saman. Berlagak !

Walaupun sudah berjuta mahupun beribu-riban kali Zailani merayu nakkan nombor telefon pekerja Farid tempoh hari, dia tetap tidak akan putus asa.

" Ye lah, kau memang ! Hari ni kau mintak kat aku nombor fon dia, esok kau mintak alamat rumah pulak. Eh sudah-sudah lah, Lan. Kita sembang lama-lama ni kang bini aku ingat aku ada affair dengan kau pulak. Heee seram doh !" tubuh Farid menggeletis seperti sotong.

Tak boleh bayang kalau isterinya menuduh dia menjalinkan hubungan dengan orang lain kerana dia mencintai isterinya sepenuh hati. Cinta pandang pertama bruh !

" Takut sangat dengan bini kau. Cuba jadi lelaki sikit." Zailani bernada sarkastik. Bibirnya dicemik ! Menyampah betul dia kalau suami kena dengar cakap isteri. Hello, we are men okay !

Farid ketawa kecil. Kau tak faham, Lan..

" Sorry ah bro, aku kena bawak anak aku pergi klinik. Kau nak tackle dia, kau usaha lah sendiri. Baru 'lelaki' weh. Chiauu !"

Zailani termangu sekejap.

Haah kan ? Tak gentleman lah kalau aku mintak nombor minah jerawat tu daripada Farid. Eh tapi macam mana aku nak jumpa dia lagi ?

Aduuu, malasnya nak pergi tempat Farid setiap hari ! Sudahlah Alisha asyik nak suruh dia teman bershopping. Huh, teman lah sangat. Tahu nak tunjuk barang, pastu aku yang bayarkan ! Perempuan !

Zailani berfikir sejenak.
Kecing kecing !! Got that idea !

Dia memetik jari bagaikan sudah berjaya melaksanakan misinya. Siap kau !

****

Dua orang pelajar tersebut dipandang dengan serius. Markah kuiz bulanan yang baru ditanda dipandang sipi oleh Ahqaf. Zaid dan Imani hanya menunduk, tak berani nak angkat muka langsung bila Sir Ahqaf versi singa mula 'merasuki' diri.

Ahqaf tidak akan sesekali marah pelajarnya kerana itu bukan cara yang betul untuk mengajar.

" Markah awak berdua paling rendah dalam kelas. Apa alasan awak nak beri pada saya ?" suara bengis Ahqaf bergema di telinga dua pelajar itu.

Masing-masing diam. Imani mahupun Zaid tak bersuara, hanya memandang lantai. Tahu lah Ahqaf yang Imani sedang takut. Lain pulak si zaid, rilek ja tengok muka bengis Ahqaf. Dah biasa, nak gerun apanya ?

Imani menahan marah. Kalau tak kerana mama dan papanya bergaduh besar, pasti dia sudah berjaya peroleh markah tinggi. Serabut betul Imani tatkala terdengar suara petir papa dan mamanya yang saling menyalahi antara satu sama lain perihal syarikat. Ahhh !

" Nur Imani." Imani angkat muka apabila namanya dipanggil.

" This is the second time markah awak drop. Awak ada masalah ke ? Awak tak faham apa yang sir ajar atau memang awak tak fokus dalam kelas ?" kali ni suara Ahqaf lebih kepada memujuk. Seperti memujuk Ahnina makan ketika demam.

Imani mendengus perlahan. Malas lah nak bukak cerita !

" Saya yang tak fokus dalam kelas. Saya tak revise semula apa yang sir ajar. Saya tak buat latihan yang sir bagi." dan akhirnya Imani salahkan dirinya sendiri atas kepincangan keluarganya.

Ahqaf cuba pandang Imani tapi gadis itu seperti mengelak daripadanya.

Imani takut dia akan membuka pekung dirinya pada Sir Ahqaf. Tidak ! Ini urusan keluarganya, biar dia simpan sorang-sorang.

Ahqaf bersandar semula di dada kerusi. Berlagak bertenang di depan pelajarnya yang lagi seorang, Zaid.

" Sir, setiap bulan sir akan nampak muka saya. Sampai dah tak ada alasan saya nak reka." Zaid mula bersuara tatkala guru itu memandang ke arahnya.

" Macam biasa lah, Zaid. Buat soalan ni dan hantar pada saya esok pagi, AWAL-AWAL PAGI. Sebelum saya thumb-print kat office, saya nak kertas jawapan bersama jawapan. Faham tak ?!" terhinjut bahu Zaid dan Imani di hujung kata Ahqaf. Terkejut den !

" Baik Sir." kertas soalan denda itu dicapai oleh Zaid kemudian dia menyalam tangan cikgu fiziknya. Tinggal lah Imani di situ seorang diri.

" Sir, saya punya soalan denda yang mana satu ?" tanya Imani sambil melihat meja kerja Ahqaf.

Ahqaf geleng kepala. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang Imani sorokkan daripadanya. Sebagai guru tingkatan, dia harus mengambil tahu serba sedikit kebajikan anak muridnya.

" Untuk awak, saya nak bagi denda yang lain."

Imani pandang wajah guru itu dengan resah. Jangan cakap aku kena cuci tandas dah la !

****

Saya pilih awak !Where stories live. Discover now