23

713 36 5
                                    

Syed tersenyum bangga melihat gambar yang tertera di skrin telefon. Wah wah, baru declare beberapa minggu lepas dah pandai pasang 'cawangan' baru ! Hebat kau, Ahqaf !

Gambar gadis bertudung litup itu dipandang sinis oleh Syed. Tak sia-sia dia upah Zakaria untuk menyiasat tentang keluarga Ahqaf di JB.

Teman wanita konon ! Puihhh

Ni kalau Syifa tahu, mesti bergegar punya lah dunia yang mereka ciptakan bersama. Hahahaha ! Memang itu yang aku inginkan !

Nombor seseorang didail. Zakaria menjawab panggilannya dengan segera tanpa perlu Syed tunggu.

" Siasat perempuan tu !" arahan diberi dan dia hanya perlu tunggu hasil sahaja. Zakaria boleh diharap berbanding Adli bodoh tu ! Pengecut !

***

Ika tersenyum girang tatkala wajah Ahqaf mengisi ruang mata. Entah kenapa dia jatuh suka pada pemuda serba sederhana itu. Walhal sebelum ini targetnya hanya pada lelaki yang berdompet tebal. Alahai, cair dia tengok Ahqaf yang memakai baju melayu dan bersongkok itu. Pasti baru pulang dari solat jumaat.

Serba sedikit hatinya dipagut rasa 'sesuatu' tatkala ada suara merdu yang sedang bertaranum dari masjid itu. Kemudian dia menunduk memandang dirinya yang masih jahil tentang suruhan Yang Maha Esa.

Ika menutup kejap matanya. Hatinya.. rasa berdegup kencang mendengar alunan suci ayat Al Quran itu.

Allah.

Lama dia tidak menyebut nama
Ika memerhatikan semula tubuhnya. Meskipu ln dia tidak bertudung, dia masih memakai pakaian yang dikategorikan sopan.

Ahh sampai bila dia harus hidup dengan keadaan begini ? Diburu dendam Syed yang entah bila akan berakhir.

Ika menghidupkan enjin keretanya menuju ke rumahnya. Risau pulak tinggal Puan Aisyah keseorangan di rumah sejak pagi tadi.

***

Terbatuk Ahqaf tatkala Zailani mengusiknya begitu. Bongok lah !

" Kau suka Syifa kan ?" dengan nada meleret begitu, mahu tak segan Ahqaf.

Dia sendiri keliru dengan perasaannya terhadap gadis pemalu itu. Syifa seperti tidak menunjukkan minat langsung padanya, takkan dia pulak nak terhegeh-hegeh ?

Entah-entah, aku dah kena friendzone ?!

" Woi, mengelamun pulak dia !" Zailani memetik jari di depan mata sahabatnya.

Niatnya tadi hendak bertanya tentang Syifa dengan lebih lanjut. Namun melihatkan kepayahan untuk Ahqaf membocorkan rahsia, Zailani sudah dapat mengagak.

" Kalau aku cakap aku suka dia, kau ada masalah ke ?"

Takut juga dia hendak mendengar jawapan Zailani. Ish mana boleh Lan suka Syifa !

Zailani perasan riak wajah Ahqaf yang cuak itu. Seronok pulak usik kawan aku !

" Mesti lah aku ada masalah ! Kalau aku suka dia, kau jeles ?" duga Zailani.

Sejujurnya dia hanya ingin mengusik sahaja Ahqaf perihal Syifa. Gadis itu terlalu polos untuk Zailani jadikan sebagai 'barangnya'.

Ahqaf telan liur. No way !

" Ma..mana ada jeles !" segera dia palingkan wajah ke arah lain. Malas dia hendak melayan Zailani.

Sakit hatinya mendengar pengakuan Zailani tadi. Dia tak tahu sejak bila dia merasakan sesuatu pada Syifa. Gawat ni !

Zailani menghamburkan ketawanya tanpa teragak-agak. Tak sangka Ahqaf reti cemburu ! Selalunya dia tak layan sangat cerita cintun macam ni. Tapi malam ni, Ahqaf seolah-olah memendam rasa terhadap Syifa.

Saya pilih awak !Where stories live. Discover now