15

617 38 0
                                    

Kertas peperiksaan yang sudah disemak diasingkan dari kelompok yang belum disemak. Sekali sekala dia mengeliat bagi meregangkan segala otot yang cramp sejak isyak tadi lagi. Mata disorot ke arah jam di dinding, ahh.. dah pukul 1.40 pagi.

Pelipis diurut sekejap, bahu yang terasa lenguh dipicit-picit perlahan. Penatnyaaaa !

" Abang tak tidur lagi ?"

Suara Ahnina yang secara tiba-tiba itu membuatkan Ahqaf tersentak. Hesy dia ni, cuba bagi salam !

" Nina kenapa tak tidur lagi ? dah lewat ni. Kalau nak study pun, jangan lah sampai tak cukup tidur." pesan Ahqaf pada adiknya yang sudah melabuhkan punggung di sofa. Dia duduk di karpet bawah ni sahaja. Lebih selesa, tak usah tunduk.

" Siapa cakap Nina study ? Nina dahaga, nak pergi minum air ja."

Ahnina tengok abangnya asyik buat senaman ringan sahaja. Penat dan lenguh barangkali, fikir Ahnina.

" Itu lah, mak suruh kahwin tak nak. Kalau ada kakak ipar, Nina boleh suruh kakak ipar urutkan abang. Hmm, bestnya ada kakak ipar !" keterujaan Ahnina pada jam 2 pagi sangatlah tidak mendapat sambutan.

" Merepek ! Abang muda lagi tau." pen merah dicapai semula. Apakebenda budak ni tulis ? Tulisan macam cakar ayam !  Dia pusingkan ke muka surat hadapan untuk melihat pemilik kertas jawapan ini.

Hafizi.

Ahqaf gagahkan jugak biji matanya untuk membaca jawapan pelajar kelasnya. Formula pun tak jelas !

" Muda apanya dah 26 tahun ! Umur macam abang ni dah layak ada anak tau."

Ahqaf toleh ke arah adiknya. Cakap banyak pulak budak ni !

" Umur macam Nina ni dah layak pergi tidur tau. Shuhh shuhhh !" dia kembali pada kerjanya. Padahnya berjanji dengan budak-budak tu nak serahkan semula kertas jawapan peperiksaan ini esok. Haih

Ahnina memuncung mulut. Ahqaf ni memang payah ! Abang siapa entah ?!

****

Alahai gimana ini ?!

Syifa pandang kiri dan kanan. Mahu saja dia sepak tayar kereta vivanya yang sedang kempis dan tersadai di tepi jalan raya. Alahai, takde ke sesiapa nak tolong ?

Ramai je kat sini kereta yang lalu-lalang tapi sebuah pertolongan dan dasar keperimanusian bagaikan sudah hilang dek ditelan arus pemodenan. Syifa mengeluh lagi. Sudah lah hari ini dia berpuasa ganti, kena pulak tadi dia berkursus di Bangi sana. Kaki pun dah sakit. Mujur dia ada sediakan selipar dalam kereta.

Syifa sudah menelefon Encik Zaki tapi babahnya tidak jawab pun panggilan sepenting ini. Puan Rozita pasti sibuk dengan kedai bunganya yang semakin mendapat sambutan. Call Ira ? Sudah weh ! semua tu operator yang jawabkan !

Sugul wajah gadis itu tatkala bersandar di tepi kereta. Menyesalnya dia tak belajar cara tukar tayar kereta dengan betul masa ambil lesen memandu dulu kala. Hmmpp tak guna kau bersedih !

Call polis aci tak ? Plus ke ? Eh tapi Plus hanya ada di lebuhraya sahaja. Kan ? Syifa sendiri tak pasti dengan tanggapannya. Adumakk !

" Eh tu macam..." Ahqaf memberi signal ke kiri apabila dia terperasankan sebuah kereta yang dia hafal benar nombor platnya.

Syifa yang sudah masuk ke dalam kereta hanya bersandar lemah. Lagi 20 minit nak masuk waktu berbuka. Dia cuba mencari sebarang gula-gula namun dia hanya jumpa plastik sahaja.

Allahu... kuatkan lah aku.

Tok tok !

Cermin tingkap diketuk dari luar. Ehhhhh ?

Saya pilih awak !Where stories live. Discover now