4

880 43 1
                                    

Ketukan pintu dari luar membuatkan Syed mengukir senyuman seorang diri di dalam bilik itu. Akhirnya, orang yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Tak susah pun nak lembutkan si Syifa ni !

" Masuk !" Syed memberi izin dari dalam. Terjengul wajah PAnya di pintu bersama seorang wanita. Anggun seperti selalu, itu yang membuatkan Syed suka pada Syifa.

" Wakil dari Landscap dot Co, Cik Syifa Nasuha nak berjumpa dengan encik." ujar Vi, gadis Sabah yang lancar dalam bahasa melayu.

Syed angguk kemudian mengarahkan supaya Vi keluar dari situ.

Syifa sengaja tayang wajah masam mencuka, tanda dia sedang protes pada seorang lelaki yang duduk bersilang kaki dengan hebatnya di kerusi empuk itu. Amboi siap senyum lagi dia ! Syifa jeling tajam pada Syed.

" Come, have a sit. Coffee or tea ?" Syed sudah mengubah tempat duduk dari kerusi kerja ke sofa di penjuru bilik. Syifa pula masih berdiri statik di tempatnya seperti dia masuk tadi. Fail di dada dipeluk erat.

" Saya datang sini bukan nak minum kopi atau sembang teh tarik dengan en Syed. Tujuan saya datang sini untuk serahkan report yang en Syed suruh en Farid paksa saya hantar ke syarikat en Syed yang gah ini." fail itu diletakkan di atas meja kerja Syed dengan kasar. Secalit senyuman pun tidak dihiasi di bibir Syifa.

Syed ketawa sinis.

" Macam mana you tahu I suruh Farid paksa you hantar ? You jangan main fitnah, dosa besar tau." dengan penuh selamba Syed berkata-kata.

Syifa mencebik kuat ! Dosa besar ? Sekarang kau tahu pulak dosa pahala semua ?! Dulu masa kau buat benda terkutuk tu tak tau dosa ke ?!

" Ya ka dosa besar ? Emm.. maaflah, saya kurang arif tentang ilmu agama. Saya rasa macam tak layak nak bercakap soal dosa pahala." sindir Syifa dengan gaya acah-acah budak tak cukup umur mengaku salah.

Syed tahu gadis kelahiran Perak ini sedang menyindirnya secara terang-terangan. Namun, sedikit pun tak terkesan pada Syed Anuar yang memang terkenal denga sikap kepala batu bata !

" Kalau tak ada apa-apa, saya nak balik office semula. Fyi, sekarang dah 2017 tau. Orang zaman sekarang hantar kerja, paper work, report and whatsoever guna email, padlet, pdf.. Hmm kesian en Syed, tak reti nak mafaatkan kemudahan teknologi yang sedia ada. Isk isk isk !" Syifa geleng kepala di hujung katanya tanda dia simpati pada Syed. Ceh, pirah !

Syed mengacip gigi geram ! Berani dia rendah-rendahkan diri aku ?!

" You know what, semakin you buat perangai memberontak macam ni, semakin membuak-buak semangat I nak dapatkan cinta you semula." Syed bangun dari duduknya dan menghampiri gadis itu. Syifa buat aksi muntah dengan ayat poyo si Syed !

" But you got no chance to get my 'love' back ! Assalamualaikum." terus Syifa angkat kaki dari situ sekaligus meninggalkan bangunan milik keluarga Syed.

Bodoh punya jantan !

*****

Syifa berjalan seorang diri di mall sebesar gedabak itu seorang diri. Niatnya hendak membeli sepasang dua baju kurung atau blouse untuk dirinya dan si adik, Syira.

Sejam lebih dia keluar masuk kedai  untuk mencari blouse atau baju kurung pada harga standard. Jumpa lah tiga empat buah kedai yang menawarkan harga yang berpatutan dengan design baju yang dibelinya.

Mesti barai gila tudung aku, getus hati Syifa. Ye lah, entah  berapa pasang baju hari ni dia try. Tudung pun dah senget, muka berminyak, 'penduduk kampung' pun dah mula nampak.. Haih potato betul lah aku ni.

Usai tawaf mall tersebut, Syifa keluar berjalan ke keretanya. Ketika dia melalui sebuah kereta, terdetik hatinya hendak membelek sekejap tudungnya yang senget. Beg baju diletakkan di tepi kaki kejap.. kemudian dia dekatkan wajahnya di cermin sisi kereta.

Saya pilih awak !Where stories live. Discover now