Aku sudah berpeluk tubuh. Bibirku menguntum senyum senget. "Sejak bila awak pandai nak mengarah saya? Siapa awak nak atur hidup saya? Ada saya bagi izin pada awak sentuh hidup saya? Ada?" lantang aku berbicara.

"Aku ni suami kau, jadi kau kena ikut apa yang aku kata. Jangan degil!" nada suara Zafriel mulai berubah keras.

Bibirku aku ketap. Urgh!! Tak suka betul. Tak habis-habis dengan title suaminya itu. Memang dia suami aku tapi bagi aku dia ada ataupun tak, hidup aku masih sama. Aku masih rasa kenikmatan jadi bujang. Kehadiran Zafriel dalam hidup aku, ibarat semak samun yang mengacau bilaukan hidup aku. Tak lebih dari itu.

"Saya tak perlukan suami lah dalam hidup saya! Kalau awak nak tahu kehadiran awak itu, buatkan hidup saya jadi haru-biru! Awak selalu sibuk dengan hidup saya! Saya serabut tahu tak!" lantang aku menghamburkan kata-kataku. Ya, aku geram.

Zafriel kelihatan tergamam dengan butir bicaraku. "Jadi, awak nak saya buat apa sekarang? Awak nak saya biarkan awak buat benda yang tak sepatutnya? Macam itu ke?" kini suara Zafriel sudah meninggi. Pipi putihnya sudah mulai memerah.

Sudah lama dia menahan marah namun kali ini marah Zafriel tak dapat lagi dibendung. Matanya tajam menikam anak mata aku. Aku pula langsung tak pedulikan pandangannya itu. Aku pun tengah marah juga!

"Saya nak awak ceraikan saya! Ceraikan saya sekarang! Saya nak awak bebaskan saya dari terus jadi isteri awak! That's it! Cepat, ceraikan saya sekarang!" cabar aku dengan penuh amarah.

Zafriel terus berkerut dahi. "Kau nak cerai?"

"Yurp! Selama saya jadi isteri awak ni, awak fikir saya bahagia ke? Maybe, itu bagi awak tapi bagi saya, saya tak gembira. Saya rasa terseksa kerana perkahwinan ni sebab saya kahwin dengan lelaki yang langsung saya tak cinta!" segala apa yang terbuku dalam hati ku aku luahkan.

Lantaklah kalau Engku Zafriel Syeikh terasa. Apa aku peduli? Dia nak sangat dengarkan? Dengarlah dan cerna apa yang aku cakap itu betul-betul. Simpan dan lepas itu pendam!

Untuk seketika Zafriel membisu, terus matanya meliar memandang lantai. Dia memejam matanya rapat lalu pelipis matanya diurut perlahan. Aku dihadapannya masih menyinga.

"Fine. Kalau kau rasa nak cerai, aku ceraikan kau. Puas?!"ujar Zafriel merenung tajam anak mataku.

Tergamam aku dibuatnya apabila mendengarkan keputusan lelaki itu. Ce-cerai? Tak salah ke apa yang aku dengar ni? Malam ini, Zafriel ceraikan aku. Semudah itu?

Jadi, selama ini usaha aku tak sia-sia. Setelah berbulan-bulan lamanya aku meminta cerai daripadanya, akhirnya malam ini Engku Zafriel Syeikh tuturkan juga talak pada aku.

Terus bibirku meleret sengih sinis. Huh, finally. Be a single women back. Dengan langkah penuh gediknya, aku melangkah keluar dari rumah. Puas! Aku suka! Akhirnya, aku diceraikan dan aku bebas dari terus jadi isteri Engku Zafriel Syeikh.

"Kamu nak ikut kami balik ke, Iesya?" soal ummi mengurut pipiku lembut.

Terus tangan ummi aku genggam. Sebuah gelengan aku berikan sebagai jawapan. Tangan ummi yang aku genggam, aku urut perlahan.

"Iesya perlukan masa, ummi. Semua yang berlaku ni.. Iesya perlukan masa untuk semua ini."lemah saja nada suaraku. Sebak kononnya.

Ummi mengeluh perlahan. Untuk kali terakhir, ummi memelukku lalu kedua-dua belah pipiku diciumnya. Selesai memberikan salam, mereka berdua meninggalkan aku sendirian di mahkamah.

Bibirku menguntum senyum lebar. Selendang yang tersarung elok di atas kepalaku aku betulkan. Tak semena-mena ekor mataku melirik pada kelibat dua orang perempuan yang melangkah keluar dari mahkamah. Seorang itu adalah perempuan yang paling meluat aku tengok, si Kartini gediks dan seorang lagi adalah nenda kepada Engku Zafriel Syeikh, Engku Ziemah

Sebelum keluar, Engku Ziemah sempat menghadiahkan sebuah jelingan kepada aku. Terpana aku dibuatnya. Cepat-cepat aku larikan anak mataku. Scary bila dapat jelingan maut dari wanita itu. Memang sejak dari awal perkahwinan lagi, Engku Ziemah langsung tak sukakan aku.

Argh!! Lupakan semuanya, Qaliesha. Now, you create a new story.. Now you are a single women. So, what things to do first?
...
p/s》

So, this is my fourth novel. Still love , romance genre. Hoping that this story akan bagi aura yang baru for the readers. Nak try cara penulisan yang lebih ekstrim lagi sebenarnya.

Untuk bulan feb ni, saya cuma akan published prolog aje. Since, sem baru akan datang so.. saya nak fokus pada study dulu.. maybe.. bulan mac, i will started a new chapter.. maybe lah. Kalau tetiba keluar chapter baru bulan feb itu, means time tu mood menulis saya tengah high. Tengok mood..

Tapi, InsyaAllah.. this story will be ended hujung bulan Mei. Sebab, saya ingat nak published lagi dua story lepas itu. Still dalam perancangan. So, untuk tahun ni.. saya nak published empat story..

For this year, 'TIDAK UNTUK LEPASKANMU' adalah my second karya after 'BETWEEN 2 LOVE'. So for those yang baru nak baca my story itu, dijemputlah membaca story2 saya sebelum ini. Digalakkan, senang citer..

1st story-Dia Bukan Pilihan
2nd story-Sleeping Prince Love
3rd story-Between 2 Love
4rd story-Tidak Untuk Lepaskan Mu.

Seperti biasalah, kalau dah baca itu.. minta-mintalah comment kalau suka jalan citer. Vote itu tak kisah senanya. Kalau suka, votelah.. kalau rasa macam pelik aje, comment..

Love!

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang