"Kenapa kau kacau perempuan ni ha?!" Jerit Aizat Farhan yang datang secara kebetulan di tempat kejadian. Lelaki gila tersebut terus bangun dari baringnya dan berlari lintang pukang, jauh dari tempat itu.

Nur Wardina tercungap-cungap memohon oksigen. Nafasnya terasa bagai mahu terhenti apabila dia diserang sebegitu oleh orang gila. Tempat ni memang ramai orang gila ke? Namun, jantungnya kini berdegup kencang melihat lelaki di hadapannya kini. Merah wajahnya menahan rasa segan.

"Aizat..." Panggil Nur Wardina. Aizat Farhan menoleh pada Nur Wardina dan menghadiahkan senyuman manis.

"Are you okay?"

"I'm okay. Thanks to you," ucap Nur Wardina seikhlas hati. Senyuman manis kembali dibalas untuk lelaki itu. Mujur ada lelaki ini. Sungguh dia terhutang nyawa pada manusia di hadapannya. Tanpa Aizat Farhan, mungkin beg dompet kesayangan pemberian ibunya itu akan hilang begitu sahaja. Namun, senyumannya mati apabila matanya melirik pada seseorang di sebelah Aizat Farhan.

"Apa yang menarik sangat engkau ni sampai orang tu attracted dengan kau?" Soal Tengku Iskandar, seperti biasa suka menyakitkan hati Nur Wardina dengan kata-katanya. Nur Wardina tidak pula membalas soalan bodoh itu. Nafasnya dihela berat, menunjukkan wajah yang jelas mempamer rasa jengkel pada lelaki tersebut. Wajah lelaki itu pun tidak sanggup untuk dia tatap.

"Wardina, jom kita breakfast sama-sama?" Ajak Aizat Farhan membuatkan Tengku Iskandar mendengus kasar.

"Em, takpelah encik Aizat. Saya dah breakfast," jawab Nur Wardina. Aizat Farhan ketawa besar mendengarnya lantas matanya memandang Tengku Iskandar. Tengku Iskandar tidak pula ketawa bersama Aizat Farhan. Apa yang lawak sangat?

"Kenapa panggil saya encik?? Panggil Aizat jelah." Nur Wardina tersenyum kelat mendengarnya.

"Sebenarnya pukul 9 saya dah kena masuk kerja..."

"Oh, awak dapat kerja baru? Kerja apa?"

"Emm, kerja biasa-biasa je."

"Wah, ada orang dah boleh terima bekas banduan macam kau? Atau diaorang sebenarnya tak tahu kau bekas banduan?" Sekali lagi, Tengku Iskandar membangkitkan isu 'status' sebenar Nur Wardina membuatkan Aizat Farhan mencebik.

"Is, enough. Dia dah berubah dah pun."

"Berubah? Aku takkan maafkan dia sampai bila-bila." Nur Wardina menundukkan pandangannya. Cuma memekakkan telinga dari kata-kata lelaki itu.

Nur Wardina mengerling jam tangannya lalu matanya terbuntang. 9.15????

"Encik Aizat... eh, Aizat. Maaf ya. Saya minta diri dulu!" Ucap Nur Wardina lalu berlalu pergi meninggalkan Aizat Farhan dan Tengku Iskandar. Nur Wardina berjalan menuju ke tempat parkir kereta tadi lalu terus masuk ke dalam tempat pemandu. Tidak semena-mena, air matanya mengalir.

"Kenapa? Setiap kali lelaki tu ungkit pasal ayah dia, aku rasa bersalah? Aku tak patut rasa bersalah. Aku dah bayar semuanya. Tapi kenapa masih ada rasa macam ni. Ya Allah, kuatkan hambaMu ini."

++++

Ding Dong!

Loceng rumah mewah Tengku Iskandar berbunyi menandakan seseorang berada di luar. Seperti biasa, Mak Jah yang sedang sibuk di dapur terpaksa berlari terkedek-kedek mendapat pintu tersebut. Tombol pintu canggih itu dibuka dengan cermat lalu daun pintu dibuka. Wanita tua itu meneguk air liur melihat kelibat di hadapannya.

"Cik Brittani?" Ujar Mak Jah apabila kelihatan Brittani terpacak di hadapan rumah Tengku Iskandar dengan tangannya memeluk tubuh.

"Ermmm, Tuan Iskandar takde kat sini.... Dia kerja.." kata Mak Jah takut-takut dengan mata tertunduk ke lantai. Brittani mencebik kasar mendengar kenyataan dari orang gaji tua itu.

Sumpah Wardina.Where stories live. Discover now