30

10.2K 377 34
                                    

"Daddy...." anak kecilku memeluk daddynya kuat bagi melepaskan rindu. Raidil yang berada disamping Kasyaf juga turut lari memeluk Naz.

"I miss both of you." Naz mencium-cium pipi Kasyaf dan Raidil. Aku pula senang melihat pemandangan bahagia ini. Air mata mengalir kerana teringat akan abang Adam dan kakak Atilia yang telah pergi meninggalkan kami.

"Uncle Naz, Raidil tidur satu bilik dengan Kasyaf." Beritahu Raidil.

"Panggil daddy. Daddy." Kata Naz kepada anak kecil itu.

Raidil senyum lebar. "Da..Daddy."

"Ya, sayang. Daddy dan mummy." Aku mengusap lembut rambut Raidil dan Kasyaf. Janji aku untuk besarkan kedua-dua anak kecil ini menjadi anak yang senangkan hati kami ibubapa dan anak yang soleh dalam menjadi khalifah bumi Allah yang menegakkan panji Islam.

"Jom, kita solat isyak berjemaah. Raidil dan Kasyaf pergi ambil wudhu. Mummy dengan daddy tunggu dekat sini." Arah Naz. Laju sahaja mereka berdua lari menuju ke bilik mengikut arahan daddynya.

"Sayang pun pergi ambil wudhu. Bie bentangkan sejadah." Mataku pejam saat bibirnya berlabuh di ubun kepala. Rasa sayu dan syahdu. Tubuhnya aku peluk seerat-eratnya.

"I miss you, bie."

"Miss you too, so much. Nanti malam kita lepaskan rindu ya." Dia mencubit pipi aku.

"Ish, bie ni. Gatalnya." Lengannya aku cubit.

"Merah dah muka sayang bie ni. Ish apa ni fikir naughty." Aku lari masuk ke dalam bilik air. Tahu yang aku sudah terkena dengab gurauan dia. Merah pipiku kerana malu disakat sebegitu.

Naz yang berada di bilik melepas ketawa bahagia. Sungguh dia juga rindukan isterinya. Rasa bersalah kerana disaat Laila perlukan dia, dia tiada. Ini juga atas sebab rancangan untuk menghapuskan Loki si penjahat tak guna yang telah menyebabkan isterinya kehilangan abang dan kakak ipar tercinta. Tapi dia bersyukur kerana anak mereka berdua selamat.

Mereka sekeluarga menunaikan solat isyak berjemaah dan diimamkan oleh Naz sendiri. Selepas, menunaikan kewajipan mereka sebagai umat Islam, Naz berkongsi sedikit perkongsian ilmu agama tentang kisah sahabat Rasulullah kepada isteri dan anak-anaknya.

"Mummy, esok Kasyaf dengan Raidil tak nak pergi sekolah boleh tak?" Tanya Kasyaf ketika aku hendak mencabut telekung. Rasa terharu apabila Naz menolong mencabutkan telekung aku dan menggantungkan sekali di tempat penyangkut. Kasyaf dan Raidil tersengih-sengih melihat aku sambil meloncat-loncat diatas katil.

"Kenapa nak ponteng tiba-tiba ni?"

"We want to spend day with daddy." Raidil tolong beritahu. Amboi, dua anak ni bila berpakat, aku sendiri kalah.

"Tapi, esok last day kan before weekend. Plus, esok hari jumaat. You guys balik before 12." Aku cuba berdiplomasi. Manakala, Naz hanya melihat aku sambil kepalanya disandarkan di kepala katil.

"Esok kan you guys nak solat jumaat. So, boleh pergi dengan daddy. Then, after that ajaklah daddy pergi mana-mana."

"Tapi, daddy nak bermanja-manja dengan mummy lepas solat jumaat. I miss her a lot." Naz bersuara dan apa yang keluar dari mulutnya tidak membantu lansung dalam keadaan macam ni.

"Bie, you are not helping me."

Dia angkat bahu sambil melemparkan senyuman memikatnya.

"Please, bie..."

"I want something for helping you."

"Deal..."

"Siapa pergi sekolah esok, daddy akan belanja baskin robbins. After, solat jumaat." Fuhh, lepas nafas lega apabila dua budak tu meloncat suka. Ish, dengan daddy diaorang sekejap je kan, bila dengan mummy. Aku tarik kaki Raidil dan geletek pinggang dia. Kasyaf yang melihat aku dah mula geletek cuba melarikan diri ke arah daddy dia, tapi terlambat bila tubuhnya aku sempat tangkap. Terlepas ketawa dan jeritan dua anak-anak lelaki aku. Aku turut ketawa mendengar tawa mereka.

Terkejut aku apabila Naz tarik tubuh aku. Kini dia diatas aku. Mata aku memandang mata dia. "Geletek mummy pula." Arahnya kepada dua askarnya.

"Guys, stop. Hahaha. Guysssss... Pleasee... Please stop. Geliiii..." Keluar air mata aku apabila tidak dapat menahan geli.

"Tak nak... Mummy tak stop pun bila Kasyaf suruh stop." Amboi balas dendam. Raidil mengangguk sokong. Naz pula seronoklah bila dua anak-anak lelaki dia dah jadi geng dia.

"Bie.... Geli..." Naz jelir lidah. Aku cuba tarik tangan Kasyaf dan berjaya. Naz yang cuba selamatkan askar dia terleka sekejap dan aku menarik tangan dia. Aku duduk diatas dia.

"Daddy time." Hahaha, anak-anak jadi team aku menggeletek daddy mereka.

Bahagia sangat-sangat kerana dengan adanya dia dan dua putera kami, aku rasa cukup dan bersyukur. Doa aku agar mereka sentiasa ada disisi mengisi hari-hari aku. Perkara yang lepas banyak mengajar aku agar terus tabah menghadapi dunia pinjaman Allah ni. Setiap yang hadir dalam hidup manusia akan ada datang dan pergi. Setiap yang pergi itu ada hikmah disebaliknya dan setiap yang datang mengajarkan aku benda yang baru.

Naz lelaki yang aku cinta, lelaki yang aku sayang dan rindu. Dia juga pinjaman Allah untuk aku. Terima kasih kepada Allah kerana telah menjadikan dia suami aku. Perpisahan yang berlaku mengajar kami banyak perkara.

I love you, Nazmi Adhwa.

I love you my dear Kasyaf and my dear Raidil.

I miss you abang Adam dan kak Atilia.

TAMAT
1913, 21 Januari 2018

Terima kasih kepada semua readers yang sentiasa sabar menantikan episod-episod PrimRose - I Can't Live Without You. Tanpa korang, Aisy tak akan mampu tamatkan novel genre aksi ni. Thanks a lot. Please jangan lupa vote dan komen. Love, CKK.

Hope you guys love and enjoy this final episode.

PrimRose - I Can't Live Without YouWhere stories live. Discover now