11

5.6K 328 12
                                    

Hari ni dah seminggu aku bergelar isteri kepada Nazmi Adhwa. Hubungan kami lebih dingin daripada yang dulu. Masakanku tidak pernah lagi disentuh dia. Masanya juga banyak terluang di luar rumah. Aku sebagai isteri hanya berhusnuzon mengatakan dia pergi ke markas menguruskan tugasnya. Aku lihat dia keluar dari bilik closet sambil memakai suit biru hitam. Tali leher yang bercorak diambil bagi menampakkan lagi suit itu menarik. Aku mengambil kerusi kecil berdiri di depannya memakaikan tali leher. Tanganku berhenti di dadanya. Inai masih lagi merah di tangan.

"Aku dah lambat ni." Aku turun dari kerusi kecil itu dan letakkan semula ditempatnya.

"Naz, sampai bila kita nak macam ni? Dah seminggu kita jadi suami isteri. Tapi, kita lansung tak macam pasangan suami isteri." Kata aku menghentikan langkahnya.

Dia berpatah balik mendekati aku yang hanya berdiri tegak. Bibirnya melekap dibibirku lama. "Puas hati kau?" Dia mengesat bibirnya dan berlalu pergi.

Aku terjelepok jatuh ke lantai. "Naz. Sampai hati awak buat saya macam ni."

Pintu rumah diketuk dari luar. Aku takut hendak membuka kerana tidak pernah-pernah pula ada yang datang melawat rumah ini selepas aku bergelar isteri kepada Naz. "Cik Laila, assalammualaikum."

Hembus nafas lega apabila kedengaran suara Arabella yang memberi semalam. Pantas aku membuka pintu utama itu, tidak mahu Arabella tunggu terlalu lama di luar.

"Jemput masuk, Arabella."

"Rindunya cik Laila." Arabella memeluk tubuhku erat. Aku nampak Simon dan Mike di belakang Arabella.

"Oh my God, guys. Laila betul-betul rindukan korang."

"Kalau rindu meh peluk aku." Kata Simon bergurau.

"Eh, kalau cik rimau tu tahu. Mampus dia sembelihnya kau, Simon." Mike berkata pula.

Kelakar pula dengar kata Mike. Naz bukannya ada perasaan apa-apa dekat aku. So, kalau aku dengan lelaki lain, confirm dia tak marah atau mengamuk pun.

"So, tell me what's going on?" Aku bertanyakan tujuan mereka ke sini.

"Inspektor Zackery ada call kami semalam. Ada operasi baru melibatkan penjualan dadah dalam satu kelab malam di KL. Tak salah aku, nama kelab malam tu Rome's Club."

"Wah, menarik." Aku dah teruja. Pertama kali hari tu turun beroperasi memberikan aku pengalaman yang sangat menyenangkan.

"Naz masuk pejabat ke hari ni?" Tanya Simon.

"Pejabat?"

"Don't tell me that he doesn't tell you his real job other than become a spy."

"No." Aku menggeleng.

"He is an architect. Naz ada syarikat sendiri selepas sahaja dia tamatkan Master dia dalam bidang arkitek."

"Laila, is there anything since you guys married?" Dah macam abang-abang soalan Simon.

"Tak ada apa-apalah. Back to the operations, tell me the details."

Simon dan Mike bertukar-tukar giliran menceritakan perjalanan operasi yang akan berlaku lusa. Arabella hanya mendengar dan kadang mencelah menambah informasi.

"Hi, beautiful." Aku duduk diatas bonet kereta Zackery. Dia sibuk menyelitkan pistol dan pisau di poket kakiku.

"Hi, Zack. If you don't mind, can I call you Zack?"

"It's more better you call me, bie."

"Hahaha. Sorry, just Zack. Jangan lebih-lebih."

"Apa salahnya? U single, I pun single."

PrimRose - I Can't Live Without YouWhere stories live. Discover now